1. apakah sempadan yg menentukan seseorg itu jadi musafir?adakah sekadar keluar rumah saja sudah dikira musafir,atau keluar bandar,daerah atau bagaimana?
2. apakah perbezaan antara watan asli dan watan hakiki?
3. adakah boleh dijamakqasarkan solat jika anak pergi ke rumah ayahnya yg tidak tinggal sekali dengannya (sudah bercerai dgn ibu)?
*****************
Wa'alaikumussalam warahmatullah
1- Seseorang boleh melakukan solat qasar dan apa-apa sahaja keringanan bagi yang bermusafir apabila dia telah melepasi kawasan kampungnya. (عامر القرية)
2- Watan Asli (الوطن الأصلي) di sisi al-Hanafiah ialah tempat kelahiran insan atau tempat perkahwinannya atau tempat yang dia berazam hendak menetap disitu, dan tidak berpindah dari situ walaupun dia tidak berkahwin disitu. Di sisi al-Syafi'iyyah dan al-Hanabilah al-Watan ialah tempat yang seseorang bermukim disitu, dia tidak berpindah dari situ sama ada ketika musim panas mahupun sejuk, melainkan ketika keperluan sahaja seperti untuk perniagaan atau ziarah. (al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, jzk: 44, m.s. 57). Watan terbahagi kepada Watan Asli (seperti yang dijelaskan di atas), Watan Iqamah dan Watan Sukna ( سُكْنَى ). Di bahagian lain di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah dinyatakan al-Watan al-Asli ialah tempat yang seseorang menetap di dalamnya dengan isterinya, samaada tempat itu tempat lahirnya ataupun negeri lain. Dia ada rumah disitu, dia duduk bersama isteri dan anaknya, dia tidak berhasrat untuk berhijrah daripadanya, bahkan dia jadikan tempat tinggalnya disitu. Watan asli ini tidak memerlukan niat untuk Iqamah/bermukim. Watan Asli ini boleh jadi satu atau boleh juga lebih (seperti orang yang berpoligami). Apabila dia bermusafir dari satu rumah iaterinya ke rumah isterinya yang lain di negeri lain, maka apabila dia masuk sahaja ke kampung isteri yang berikutnya dia dikira bermukim, tanpa dia perlu bernia bermukim. Watan Asli ini pula boleh berubah dari satu tempat ke tempat yang lain apabila dia berpindah dan menetap disitu bersama isterinya. Dan negeri yang ditinggalkannya (watan asli yang lalu) tidak lagi menjadi watan aslinya. Ini seperti yang berlaku kepada Nabi saw dan para sahabat baginda, dimana watan asli baginda adalah Mekah, kemudian baginda berhijrah ke Madinah, dan Mekah tidak lagi menjadi Watan Asli bagi baginda. Kerana itu apabila baginda solat di Mekah, baginda melakukan solat musafir, apabila baginda mengimami solat di Mekah bersama penduduk Mekah baginda akan qasar solat dan bersabda:
أتموا يا أهل مكة صلاتكم فإنا قوم سفر
Maksudnya: "Sempurnakan solat kamu wahai penduduk mekah, sesungguhnya kami orang yang berada dalam musafir." (Utk keterangan lanjut tentang persoalan Watan ini bersama khilaf dan syarat-syaratnya sila rujuk al-mausu'ah al-Fiqhiyyah. jld 27. m.s 266)
3- Yer dia boleh menjamakkan solatnya jika ada keperluan dan dia boleh menqasarkan atau jamakqasarkan solatnya jika dia berada dalam keadaan musafir.
wallahu a'lam.
----------------------------
Mohamad Abdul Kadir bin Sahak, IQ
0 comments:
Post a Comment