Dec 28, 2008

Menetap Di Dua Tempat

Salam
saya berkerja di putrajaya dah 2tahun, menyewa di bangi... kampung asal saya di pengkalan chepa kota bharu. saya acap balik ke kb. sekerap seminggu sekali kerana isteri saya menetap disana... saya keliru apabila saya ingin melakukan jamak dan qasar ni. tolong uraikan untuk saya..

segala usaha tuan mejelaskan kekeliruan saya saya ucapkan ribuan terima kasih. Salam

-------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Difahami daripada soalan saudara, bahawa saudara mempunyai dua tempat tinggal, iaitu satu di Kelantan bersama dengan isteri, dan satu lagi di Putrajaya sebagai tempat bekerja.

Dan saudara dikira menetap (iqamah) di kedua-dua tempat tersebut. Maka tidak harus mengambil rukhsah qasar dan jamak solat di kedua-dua tempat itu. Tetapi dalam perjalanan antara dua tempat itu, masih boleh qasar dan jamak kerana musafir.

Rujukan:
- Fatwa Lajnah Daemah (8/148)

20 comments:

Yus said...

Salam.

Bagaimana pula sekiranya saya tinggal dengan ibu bapa saya di Putrajaya (kerana saya bekerja di Kuala Lumpur).

Dan setiap Jumaat selepas kerja saya balik ke rumah sewa isteri saya di Melaka (isteri berasal dari negeri lain dan bekerja di Melaka).

Kemudian tengah malam hari Ahad saya bertolak pulang ke rumah di Putrajaya.

Bagaimana status solat jamak qasar saya?
Bolehkah solat Jamak, Qasar di Melaka rumah sewa isteri saya?

Terima kasih.

Admin said...

w'salam

layak dapat status musafir dari KL ke Melaka atau dari Putrajaya ke Melaka... layak solat qasar 3 hari di Melaka...

Putrajaya ke KL tidak memenuhi jarak perjalanan musafir... WA

Yus said...
This comment has been removed by the author.
Yus said...

Terima kasih ustaz.

Maknanya layak solat qasar sepanjang di Melaka.

1. Bagaimana pula dengan solat jamak? Sepanjang sebelum ni saya lakukan solat jamak+qasar di rumah isteri di Melaka.
Misalnya saya bertolak dari rumah jam 6.30ptg sampai di Melaka selepas Isyak. Saya jamak takhir di rumah Melaka. Bolehkah ustaz?

2. sambungan soalan 1. Dan saya juga jamak + qasar sepanjang berada di Melaka (Sabtu, Ahad). Bolehkah ustaz?

2. Bolehkah solat asar di jamak+qasarkan ke solat Jumaat? (Sekiranya saya pulang Melaka awal, pada pagi Jumaat)

3. Apakah watan asli isteri saya kini? (Dia bekerja di Melaka, dan berasal dari Perak)

Terima kasih ustaz.

Admin said...

1. Boleh jamak ta'khir lepas waktu isyak di melaka (maghrib dan isyak).

2. Solat qasar khusus untuk musafir. Solat jamak untuk darurat. Di Melaka esoknya buat solat qasar untuk Zuhur, Ásar dan Isyak bila telah masuk waktu. Solat jamak apabila berlaku sesuatu darurat di mana kita tak dapat menunaikan solat dalam waktunya.

3. Solat Jumaat dengan solat ásar TIDAK boleh jamak. Kewajipan Jumaat adalah gugur bagi musafir.

4. Watan asli isteri anda adalah di Perak dan di kampung ibu/bapa mertuanya juga dianggap watan asli isteri. Di Melaka kita namakan tempat mastautin.

WA

azalina said...

salam ustaz....

saya menetap di KL, parent saya di Kedah,
saya selalu balik kg sebulan sekali. Soalannya bolehkan saya solat jamak dan qasar sepanjang perjalanan dari KL ke Alor Star dan di rumah parent saya. terima kasih ustaz.

Admin said...

Salam

dalam perjalanan dari KL ke Kedah dan sebaliknya awak boleh qasar solat. Sampai di Kedah status musafir gugur kerana di sana kira watan asli. sampai di KL juga sama tempat mastautin bukan sebagai musafir. WA

Anonymous said...

salam
sy bekerja di KL. suami dan anak tlh bpindah ke kedah serta tggl bsama keluarga mertua. saya akan pulang ke kampung dua minggu sekali menjengok mereka. soalan saya :
1) bolehkah sy jamak jk tlh smpi ke rumah mertua? (balik jumaat hingga ahad mlm)
2)jika sy tidak terus ke rumah mertua,sebaliknya ke rumah yg dibeli(tp blm diduduki),adakah blh sy jamak qasar?
3)sy smpi ke KL waktu subuh hari isnin (tempat kerja),bolehkah sy jamak zohor dan asar disitu?

Admin said...

rumah ibu dan bapa suami puan juga adalah dikira sebagai watan asli bagi puan, bila sampai dirumah ini status puan sebagai musafir telah gugur.

begitu juga rumah tempat tinggal puan di KL dikira sebagai tempat mastautin, sampai disini status puan sebagai musafir pun gugur sama.

puan hanya layak jamak atau qasar sebagai musafir ketika dalam perjalan sahaja.

Bila puan dan suami telah memiliki rumah yang baru rumah baru ini akan menjadi watan asli bagi puan dan keluarga. WA

HAFJ said...

Assalamualaikum ustaz,

Saya terpaksa bertanyakan soalan specific utk permasalahan saya kerana ia berlainan dari kes2 dia atas. Saya mempunyai rumah di Shah Alam. Rumah ibubapa saya di Damansara, KL dan rumah ibu bapa mertua di Kuala Selangor. Sya bekerja di Terengganu dan pulang setiap hujung minggu (2 hari sahaja- khamis petang bertolak ke KL dan pulang Ahad awal pagi sebelum subuh).

Saya ingin bertanya :

1) Adakah saya boleh solat jama' dan qasar setibanya di rumah di shah alam pada hari khamis malam?

2) Disebabkan saya tidak tinggal di shah alam selama lebih 3 hari, bolehkah saya solat jama dan qasar sepanjang hujung minggu itu?

3)Saya tidak menganggap tinggal di terengganu itu tempat bermastautin. Bolehkan saya solat jama' dan qasar sepanjang saya berada di terengganu(3 hari menetap)? Saya pulang ke terengganu pada ahad pagi (hari perjalanan) dan bekerja (isnin+selasa+ rabu-3 hari sahaja) dan pulang ke kl semula hari khamis (perjalanan).Saya bertanyakan soalan ini berdasarkan huraian ustaz berikut : http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2008/12/keliru-solat-qasar-3-hari-di-kampung.html

4) Kadang2 setibanya saya di KL, saya akan singgah di rumah ibubapa saya di Damansara sebelum ke Shah Alam. Saya membesar di Damansara dan mengganggap ianya Alwatan Al-Asli saya. Penyinggahan itu tidaklah bermalam dan saya akan meneruskan perjalanan pada malam yang sama ke shah alam. Adakah saya masih bermusafir sehigga saya sampai ke shah alam?

Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.

Admin said...

Damansara, Kuala Selangor dan Shah alam adalah watan asli sementara di terengganu dianggap tempat mastautin anda.

1. boleh jamak takhir maghrib dan isyak di shah alam pada hari khamis malam sekiranya anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat dan kesukaran melakukan solat semasa dalam perjalanan. Tidak boleh qasar di shah alam kerana watan asli. Hanya boleh jamak atau qasar semasa dalam perjalanan sekiranya tidak terdapat kesukaran untuk melakukan solat.

2. Di Shah Alam anda kena solat tamam (penuh) kerana status musafir telah gugur bila sama di kediaman watan asli.

3. sementara di terengganu adalah tempat mastautin anda kerana anda menetap di sana selama tempoh mencari nafkah walaupun hanya 4 hari dalam seminggu. gugur taraf musafir di sini.

4. Status musafir anda gugur apabila sampai di damansara. WA.

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya nak bertnaya pada ustaz...saya bekerja di shah alam..suami bekarja di puchong...kami berulang setiap hari dari kuala selangor ke tempat kerja...setiap hari dalam perjalanan blik ke rumah kami di kuala selangor mesti dah hbis waktu maghrib...adakah saya dan suami boleh jamak solat maghrib dan solat isyak?

Anonymous said...

Salam. Saya terpaksa ke mesyuarat di pejabat hq yang jaraknya hampir 180km. Selesai mesyuarat saya telah solat jamak Asar dilakukan pada waktu zohor. Sekiranya saya sampai dirumah sebelum masuk waktu asar, adakah saya perlu melakukan solat asar selali lagi?

Anonymous said...

mana ade dlam agama menetap dalam satu masa,,, cuma dalam islam jika kita pergi ke suatu tempat yg jauh dan niat untuk mnetap disitu maka tempat itulah dikira tak boleh jamak dan rumah kg kita bukan lg tempat kita menetap... jika kita balik kg jarang sekali kita bleh jamak di rumah kita selagi kita tidak niat utk menetap disana walaupun semnggu maka menetap maka x boleh jamak... jd kawasan menetap kita dimana kita niat utk menetap hanya satu shj.. wallahua'lam..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

assalamualaikum....

ustaz saya ada persoalan yang sehingga kini saya belum dapat jawapan yang pasti

1. saya adalah seorang guru yang tinggal di kawasan bandar dan mengajar di pedalaman yang jaraknya adalah 97km. saya ketempat kerja saya pada setiap hari isnin pagi dan saya pulang semula kerumah di bandar pada hari jumaat tengahari. ditempat kerja saya disediakan tempat tinggal, yang menjadi kemusykilan saya adalah adakah saya boleh solat qasar dan jamak? (di rumah bandar jumaat-isnin dan ditempat kerja isnin-jumaat) begitulah rutin setiap minggu... mohon penjelasan ustaz....

2. bagaimana pula solat jumaat saya? selalunya saya solat jumaatdlm perjalanan pulang.

Anonymous said...

Salam Ustaz,
Saya meneteap di Subang dan ibu bapa saya menetap di Kedah. Saya akan balik ke Kedah dalam sebulan sekali pada hujung minggu (Sabtu & Ahad).

Apa yang saya tahu semasa perjalanan dari Subang ke Kedah solat dapat dijamakan & diqasarkan. Tetapi apa yang membuatkan saya keliru adalah bolehkah saya jamak semasa di Kedah dalam tempoh 2 hari tersebut?

Mohon Penjelasan.

Terima Kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum..sy ingin mendapat jawapan tentang hukum jamak bila balik kampung isteri dan saya..contohnya sy tinggal di banting,balik kg isteri hari jumaat sampai selasa di kuantan,pastu selasa pg balik kg sy di jerteh,trg sampai hari sabtu..persoalan sy bleh ke sy jamak di kedua2 kg sebab jumlah hari di setiap kg 5 hari..atau dua2 kg tu dikira sebagai brmukim di suatu tempat selama 10 hari..mohon pencerahan..

Unknown said...

sya bermusafir dri telupid ke sandakan1 mlm meneruskan perjalanan ke selangor2 mlm dan bermalam d terengganu 3 mlm dan pulang ke sandakan.
Apakah cara / kaedah musafir dan solat jamak dan qasar yg perlu sya lakukan.

Anonymous said...

Assalamualikum ustaz, saya nak bertanya..kalau saya dari KL ke Terengganu tumpang tidur rumah kawan saya di Terengganu selama 3 hari lepastu saya pindah ke Homestay di daerah yg sama selama 3hari adakah masih boleh saya solat jamak dan qasar di rumah homestay?

Post a Comment