Dec 9, 2008

Solat Jamak Qasar Pelajar Di Jepun

Assalamualaikum.
Saya adalah seorang pelajar di Jepun. Universiti saya terletak jauh dari rumah (luar prefecture) dan terpaksa menaiki keretapi selama 1 jam. Soalan saya, adakah saya dikira musafir dan boleh menunaikan solat jamak qasar setiap hari? Untuk makluman, menunaikan solat secara biasa TIDAK menimbulkan masalah kepada saya dari segi kuliah dan tempat solat. Harap maklum balas. Jzkk.

Wassalam

Arigato kerana menghubungi alAhkam.

Kita berikan dua pilihan

Fiqh Syafi'iy (Fiqih berdasarkan Madzhab Syafi'iy), anda boleh jama'-qasr jika perjalanan keretaapi anda itu melebihi 89KM. Jika perjalanan bullet train itu satu jam bermakna jaraknya melebihi 300KM, maka anda boleh jama'-qasr setiap masa semasa berada di kampus (Fiqh Islami:2/321)

Jama'-Qasr ini satu rukhsah (keringanan). Bagi madzhab ini (alUmm: 1/179), lebih baik mengambilnya (melakukan jama'-qasr)

Aliran Salafiyah-Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim mengemukakan pendapat yg radikal berdasarkan kajian mereka terhadap amalan Nabi saw, amalan para sahabat2nya.
Bagi aliran salafiyah: anda boleh qasr sepanjang masa semasa belajar di Jepun asalkan anda tidak ada cita-cita utk menjadi warganegara Jepun atau PR status. Jika anda tidak ada cita2 utk bermukim atau mastautin, maka anda berstatus musafir dan layak solat rukhsah setiap masa. Banyak para sahabat dan tabi'in yg melakukannya, cth: Ibn Umar semasa menetap di Azerbaijan selama 6 bulan; Anas bin Malik selama bermukim di Syria selama 2 tahun terus-menerus menqasrkan solatnya (Fiqh Sunnah) Ini juga fiqih pilihan alMuhaddith Albani (Fatawa alMedinah). WA

0 comments:

Post a Comment