Dec 9, 2008

A-lWatan Al-Asli

Assalamu'alaikum ustaz,

ada terdapat kekeliruan di kalangan sahabat2 saya berhubung dengan solat qasar, kenapa tidak lagi boleh melakukannya di tempat asal seseorang musafir atau isterinya (al-watan al-asli)? bagaimana pula status anak2 mereka yang mengikutnya, yang tidak dilahirkan di tempat asal bapa atau ibu mereka? boleh ustaz huraikan.

Sekian, terima kasih.

============

Jawab

1. Memang keliru. Maka utk mengatasi kekeliruan inilah maka ujudnya Fiqh Madzhabik untuk memberi garispanduan kepada orang awam memandangkan berlaku perubahan kepada realiti dan mobiliti masyarakat.
Fiqh Hanafi adalah madzhab pertama yg memberi definasi kepada jenis watan.

Mari kita lihat definasi madzhab Hanafi (alBada'i, 1/270)
Watan asli ialah tempat seseorang dilahirkan dan dibesarkan, watan asli juga meliputi tempat isteri dilahirkan dan dibesarkan. Watan alIqaamah= tempat seseorang menetap dan mencari rezki.
Begitu juga madzhab Syafi'iy (alMuhadzab: 1/115), watan ialah tanah air termasuk rumah musim sejuk dan rumah musim panas (bagi orang kaya di negara yg ada 4 musim, kekadang ada rumah musim panas dan rumah musim sejuk, pun dikira watan)..

Jadi, anda bertanya KENAPA seseorang tidak boleh melakukan solat qasar jika kembali ke tempat asalnya dan juga isterinya? Misalnya generasi hari ini, mereka lahir di sebuah kampung di Kelantan, tapi belajar dan makan gaji dan menetap di Gombak Kuala Lumpur, dia membeli rumah di Gombak dan menganggap Gombak adalah watannya yg baru. Maka apakah dia masih berstatus musafir jika pulang berhariraya atau pulang semasa cuti sekolah. Katakan dia berhariraya di kampungnya selama 1 minggu. apakah semasa 1 minggu di kelantan (dirumah pesaka orang tuanya) dia boleh mengqasar solatnya?

Dalam hal ini, madzhab Syafi'iy kita tidak membolehkan, begitu juga Hanafi. Manakala kalau kita melihat fatwa2 Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim mereka tidak membenarkan definasi watan ini. Ini kerana ia adalah sesuatu yg diada-adakan.
Perbahasan inilah yg menimbulkan kekeliruan kepada orang awam bila Ibn Taymiyah membantah pendapat madzhab mengenai isu watan dan muqim.

2. Walid juga bertanyakan status anak2 yg lahir bukan di kampung ayah atau ibunya.

Jawab

Katakan anak2 pasangan itu lahir di tempat lain, namun hubungan kekeluargaan atau hubungan darah yg mengalir dalam tubuh mereka menjadikan mereka bukan orang asing bila mengunjungi kampung ayah atau ibunya. Maka hukum fiqh safar masih sama spt perbahasan di atas.

sekian

0 comments:

Post a Comment