Dec 9, 2008

Jamak Maghrib Dan Isyak

Merujuk kepada SJ - 63, ustaz Zain y.s telah menjawab pertanyaan netter:

Dalam masalah yg dikemukakan, kalau dia seorang yang bermusafir yang dibenarkan jamak sembahyang. Dia tidak boleh menjamakkan maghrib dengan Isyak lagi. Sebab apa? Bagaimana boleh dia menjamakkan maghrib dengan Isyak, kerana dia sudah berada dalam waktu Isyak! Sembahyang Isyak seperti biasa atau mengqasarkannya.

Soalan saya:

1) Adakah maksud ustaz Zain tidak boleh menjamakkan maghrib dan isya' dlm waktu isya'? (jama' ta'khir). Hanya ada jama taqdim utk maghrib & isya'. Adakah ianya begitu?

2) Adakah niat qasar/jama' perlu diniatkan sebelum musafir? Bagaimana jika saya tidak pasti tentang jarak perjalanan (sama ada lebih atau kurang dr 2 marhalah) dan menggantungkan (taklik) niat saya seperti ("Jika perjalanan ini lebih 2 marhalah, maka aku akan jama'/qasar", dan sebaliknya)

3) Bagaimana pula jika saya pasti perjalanan lebih 2 marhalah, cuma tidak pasti sama ada akan melakukan jama' takhir atau taqdim sebelum memulakan musafir (kerana tidak pasti sempat atau tidak mengerjakan jama' taqdim ketika dlm perjalanan nanti). Adakah sah solat jamaq [email]taqdim@ta'khir[/email] / qasar saya atas penggantungan niat spt itu.

Terima kasih dan assalamu'alaikum!
-----------------------------------------------------------------------
p/s Jazakallah pd Ustaz Pendekar krn balasan email saya tempoh hari.





Utk waktu ini, saya hanya ada kesempatan menjawab persoalan berbangkit shj.

Jawapan saya itu adalah dalam konteks masalah berikut:

"Seorang sedang musafir dan sedang beliau menunaikan solat fardhu Magrib di rakaat yang kedua, terdengar azan Isya' dari masjid. Apakah hukum solat magrib beliau dan apa harus beliau lakukan?"

Dalam kes diatas:
1. Sembahyang maghribnya sah. Bermakna, dia telahpun menunaikan sembahyang maghrib pada waktunya secara tunai, bukan qadha'.

2. Bila org ini selesai sembahyang maghrib, dia sudahpun berada dalam waktu isyak.. Jadi, bagaimana mungkin dia boleh mengerjakan jama' (Isya' & maghrib) kerana dia telahpun melakukan sembahyang Maghrib secara tunai.

Jawapan ini hendaklah dilihat dalam konteks masalah yg dikemukakan di atas. Bukan dalam konteks jamak secara umum.

-----------
Pertanyaan:
"Adakah maksud ustaz Zain tidak boleh menjamakkan maghrib dan isya' dlm waktu isya'? (jama' ta'khir). Hanya ada jama taqdim utk maghrib & isya'. Adakah ianya begitu?"

Jawab:
Dalam konteks masalah yg dkemukakan oleh netters berkenaan sudah tentu tidak boleh, krn org itu telahpun menunaikan sembahyang maghrib.

Contohnya:
Ali bermusafir sejauh jarak yg membolehkan jamak dan qasar. Bila masuk waktu maghrib, ALi menunaikan solat maghrib seperti biasa tanpa dijama'kan dgn Isyak.

Kemudian, apabila masuk waktu Isyak, apakah Ali boleh menjama'kan solat isya'nya dgn solat maghrib?

Apa gunanya dia melakukan jama' isya' dan maghrib ketika itu, kerana dia telahpun melakukan solat maghrib.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment