Jan 20, 2011

Solat Jamak Qasar Di Kampung

Postby khai »
:salam

Anak-anak saya apabila berada di kampung saya atau isteri adakan juga dikira watan asli ?


****************************
Postby izrail »
:wassalam

Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sollaLlahu ‘alaihi wasallam,

Sekiranya kampung saudara adalah watan asli saudara, maka anak-anak saudara juga mengikut saudara dalam perkara ini - tidak boleh jama' dan qasr - jika mereka tidak mempunyai watan asli yang lain.

Tetapi jika sekiranya saudara telah berpindah dari kampung tersebut dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di suatu tempat kediaman kekal jauh dari kampung itu dan saudara tidak berniat pindah ke tempat lain, maka watan asli saudara adalah tempat kediaman kekal saudara yang baru. Begitu juga dengan anak-anak saudara jika mereka tidak mempunyai watan asli yang lain. Ini kerana, kampung saudara bukan lagi watan asli, maka boleh untuk anak-anak saudara melakukan solat jama' dan qasr jika cukup syaratnya.

hukum berkaitan
http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2011/01/watan-asli.html.

Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273

9 comments:

Anonymous said...

salam,
saya nak bertanya,
saya baru sahaja dapat pekerjaan baru yang memerlukan saya bekerja di pelantar minyak di tengah lautan. pekerjaan saya memerlukan saya berada selama 2 minggu bekerja/tidur di pelantar minyak berkenaan.

soalannya, berapa lama yang saya boleh qasarkan sembahyang saya sebaik saja saya sampai di pelantar minyak berkenaan? Adakah saya dikira bermukim dipelantar minyak berkenaan? Saya hanya berkerja sahaja di pelantar tersebut., cukup 2 minggu, saya pulanglah ke kampung halaman saya.

Admin said...

Bergantung jarak pelantar dari tempat asal anda. kalau ikut fatwa Imam As Shafie anda hanya boleh qasar selama 3 hari 3 malam, hari ke 4 kena solat penuh.

kalau ikut fatwa Ibn Taimiyah anda boleh solat qasar terus selama berkerja di pelantar dengan syarat tidak ada niat untuk bermastatutin di situ. WA

terpulang pada pilihan anda.

k a m i s a said...

salam..jika saya berniat untuk pulang ke kampung selama 7 hari, jarak melebihi 2 marhalah, bolehkah saya solat jamak pada 3 hari pertama?

Admin said...

w'salam

mengikut kebanyakan pendapat boleh pilih antar solat jamak dengan solat qasar. bagi musafir solat qasar adalah lebih menepati tujuannya... WA

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...
USTAZ SAYA ADA MASALAH MENGENAI TEMPAT YANG DIBOLEHKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR....
CONTOHNYA SAYA BELAJAR DI PARIT RAJA DAN INGIN PULANG KE KAMPUNG DI TERENGGANU... PERSOALANNYA SETAHU SAYA SOLAT JAMAK DAN QASAR DIBOLEHKAN APABILA KITA DALAM PERJALANAN IAITU KITA TELAH KELUAR DARI (MUKIM) ATAU TEMPAT ANDA BERMUSTAUTIN.... MASALAHNYA SAYA TIDAK TAHU MAKSUD KELUAR MUKIM ATAU KELUAR DARI TEMPAT ANDA BERMUSTAUTIN ITU.... ADAKAH IA MERUJUK KEPADA DAERAH ATAU KAMPUNG ATAU NEGERI YANG KITA TINGGAL BARU BOLEH SOLAT JAMAK DAN QASAR....

Anonymous said...

salam ,
saya ingin bertanya ..
saya berkerja sebagai pengukur , selalunya saya akan bermusafir untuk kerja mengukur jalan dan hutan , bolehkah saya buat jamak takhir ketika membuat kerja kerana sekiranya kerja di dalam hutan biasanya saya hanya akan keluar pada petang hari dan waktu zuhur dah habis ?
berapa hari saya boleh sembahyang jamak dan qasar?

Admin said...

w'salam

pertama jarak tempat kerja luar mestilah melebihi 90km. anda boleh melakukan jamak atau qasar selama 3 hari 3 malam ditempat tersebut. Jika ada waktu kelapangan anda boleh solat di dalam hutan tersebut dengan pakaian yang sedia dipakai (asal menutup auarat) dan pasti akan arah kiblat. WA

faizah said...

Assalamualaikum,
saya ingin bertanya,
jika saya berada di Johor Bahru dan perlu hadiri mesyuarat di batu pahat, johor.bolehkah saya membuat solat qasaratau jamak?
y kedua bila kita melakukan kerja sehingga melepasi waktu zohor bolehkah kita menjamakkan solat zohor itu kerana melakukan kerja dunia??

akulah69 said...

1. Saya dh kerja kt tempat lain hmpir 12 tahun. Sya dh beli rumah di mukim tempat emak sya tinggal, tetapi kampung berlainan. Jarak rumah emak dan rumah yg sya beli itu lebih kurang 2km. Adakah saya boleh jamak qasar di rumah emak, jika sekali sekala balik dr tempat kerja sekarang (100km jarak perjalanan)?

2. Saya bermalam di rumah ibu saya, kemudian saya pergi ke satu bandar (jarak -+ 50km dr rumah ibu saya), adakakah boleh saya jamak dan kasar.....

Post a Comment