Dec 9, 2008

Jarak Dan Tempoh Mengikut Shafie

Salam

1. Berapa jarak yang disepakati ulama' Syafi'ie untuk membolehkan solat jama' dan qasar dilakukan?

2. Berapa harikah yang dibolehkan bagi seseorang musafir untuk melakukan solat jama' jika dia bermusafir dan bermalam di satu tempat selama empat malam lima hari?

3. Saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa seseoarang layak untuk melakukan solat jama' jika tempoh dia berada di tempat yang dituju tidak lebih dari tiga hari, adakah 3 ahri tersebut termasuk hari tiba dan balik atau tiga hari yang berasingan dengan hari tiba dan balik?

Terima kasih.
Wassalam

=================

wa'alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr izzuddin79 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyallaah.

Walaubagaimana pun, kami akan menjawab soalan diatas secara ringkas berdasarkan Kitab al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imaam al-Syaafi'e, jilid 1.

Soalan 1 : Jarak membolehkan seseorang itu Jama' dan Qasar ketika bermusafir adalah 16 farsakh atau bersamaan 81km. Ibn Umar ra. dan Ibn Abbas ra. mengqasarkan solat dan berbuka pada jarak 4 burud, atau 16 farsakh yang bersamaan dengan 81km atau lebih. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/191].

Soalan 2 : Seseorang itu dibenarkan melakukan solat Jama' dan Qasar jika permusafiran kurang dari 4 hari. Jika pada awal2 lagi seseorang itu telah mengetahui bahawa dia akan bermusafir lebih dari 3 hari (4 hari misalnya), maka secara automatik kelonggaran (ruhsah) untuk melakukan solat Qasar terbatal. Maknanya sepanjang 4 hari, dia hendaklah bersolat seperti biasa.

Perlu di beri perhatian disini ialah dia masih boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar semasa didalam perjalanan pergi dan balik, kerana memenuhi Soalan 1, iaitu jarak yang membolehkan. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Soalan 3: 3 Hari bermusafir itu tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Wallahu A'lam, wassalam

Rujukan :
===========
1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imaam al-Syaafi'e - 1. cet ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam : 2000.

2 comments:

Anonymous said...

salaam, mungkin ada sedikit percanggahan disini. jawapan kepada soalan ke-2. harap anda teliti dgn betul

Admin said...

ia benar sekali berlaku kesilapan dalam jawapan no 2, dia boleh jamak atau qasar solat selama 3 hari (mengikut fiqh mazhab Shafie) dan solat penuh pada hari ke 4.

Post a Comment