Dec 9, 2008

Jamak Berimamkan Orang Yang Solat Tamam

saya ingin bertanya adakah boleh jika kita menyertai jemaah yang bersolat genap? (solat fardhu - zohor asar maghrib isya) apabila kita menjamakkan sembahyang). bagaimana pula dengan menjamakkan solat asar dengan solat jumaat? saya ada mendengar bahawa kedua-dua ini dibolehkan melalui siaran radio tetapi saya inginkan kepastian. jika boleh disertakan dengan dalil naqli daripada hadis atau sebarang fatwa yang sah.


==================

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr phirdost dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

(a) Solat orang musafir dibelakang Imam penduduk tempatan

Seorang musafir dibolehkan bersolat dibelakang Imam yang bermukim (penduduk tempatan) dengan syarat solat tersebut dilakukan secara penuh (atau yg sdr sebut sebagai genap). Ini berdasarkan beberapa hadith, contohnya :-

(1) Bersabda Nabi saw :

إنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ
"Imam dilantik untuk dikuti, maka jangan kamu berbeza dengannya" - [Hadith riwayat al-Bukhaari #722, Muslim #4141]

(2) Riwayat Ahmad dari Ibn Abbas ra, bahawa telah diberitahu kepadanya :

مَا بَالُ الْمُسَافِرِ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ فِي حَالِ الانْفِرَادِ , وَأَرْبَعًا إذَا ائْتَمَّ بِمُقِيمٍ ؟ فَقَالَ : تِلْكَ السُّنَّةُ . وَقَوْلُهُ : "السُّنَّةُ" يَنْصَرِفُ إلَى سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم.
"Mengapa orang yang bermusafir solat 2 rakaat apabila bersendirian, dan 4 rakaat apabila berimamkan mereka yang bermukim? Maka beliau berkata : 'Itu adalah sunnah', iaitu sunnah Rasulullah saw" -[Hadith dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel #571]

(3) Dari riwayat Naafi' berkata :

وفي صحيح مسلم (694) من طريق نافع قال كان ابن عمر إذا صلى مع الإمام صلى أربعاً وإذا صلاّها وحده صلى ركعتين .
"Apabila Ibn Umar bersama Imam dia akan bersolat 4 rakaat dan jika ia bersolat berseorangan dia akan bersolat 2 rakaat" - [Hadith riwayat Muslim didalam Sahihnya #694]

(4) Riwayat dari Sulaiman al-Tameemi bahawa Abu Majlaz berkata :

وروى البيهقي في السنن من طريق سليمان التميمي عن أبي مجلز قال قلت لابن عمر : المسافر يدرك ركعتين من صلاة القوم يعني المقيمين أتجزيه الركعتان أو يصلي بصلاتهم ؟ قال فضحك وقال يصلي بصلاتهم .
"Aku berkata kepada Ibn Umar, Jika orang yang bermusafir mendapatkan bersama mereka yang bermukim, apakah di solat 2 rakaat atau bersolat sebagaimana mereka bersolat? Dia ketawa dan berkata,'Dia hendaklah bersolat sebagaimana mereka solat'"- [Hadith riwayat al-Baihaqi].

Menurut Syiekh Nasir ibn Sulaiman al-Alwaan :

لا مانع من كون المسافر يصلي خلف المقيم سواء اختلفت هيئة الصلاة أم لا . واختلاف النية غير مؤثر غير أن المسافر إذا أدرك مع الإمام دون الركعة فإنه يصلي قصراً .
مثال ذلك : مسافر أدرك مع الإمام التشهد الأخير من صلاة الظهر فحينئذٍ يصلي الظهر ركعتين ، فهذه صلاته إذا لم يدرك ركعة فأكثر .
"Tidak ada tegahan kenapa orang yang bermusafir tidak boleh bersolat dibelakang orang yang bermukim, tidak kira samada bentuk solat itu berlainan ataupun sama. Perbezaan niat tidak memberi kesan, tetapi jika orang yang bermusafir mendapatkan Imam kurang dari satu rakaat, maka ia hendaklah bersolat qasar.

Sebagai contoh : Seorang musafir mendapatkan Imam pada Tahiyyat Akhir Solat Zohor. Didalam kes ini dia hendaklah bersolat 2 rakaat. Inilah cara solatnya jika dia tidak mendapatkan Imam dengan satu rakaat atau lebih"

Cuma ketetapan membenarkan Solat penuh bersama Imam bermukim dan dikuti dengan menjama' solat merupakan ketetapan dan ijtihad para-para Imam.

(b) Bolehkah menjama'kan Asar dengan solat Jumaat.

Al-Hafiz Imam Nawawi didalam Kitab Al-Majmu' (dan jemaah yang lain) mengatakan bahawa :

ومن أجل ذلك فقد نص الفقهاء من الشافعية على جواز الجمع بين صلاة الجمعة وصلاة العصر،
"Bagi ulama' Syafie telah membenarkan menjama' diantara Solat Jumaat dan Solat Asar"

Begitu juga dengan kitab-kitab Fiqh Syafie yang lain seperti Mughni Al-Muhtaaj tulisan Syiekh Al-Syarbini menyebut :-

(يجوز الجمع بين الظهر والعصر تقديما) في وقت الأولى (وتأخيرا) في وقت الثانية. والجمعة كالظهر في جمع التقديم كما نقله الزركشي واعتمده كجمعهما بالمطر بل أولى، ويمتنع تأخيرا لأن الجمعة لا يتأتى تأخيرها عن وقتها
"(Dibenarkan menjama' diantara Solat Zohor Asar secara Taqdim) didalam waktu pertama (dan Ta'khir) didalam waktu yang kedua. Solat Jumaat seperti Zohor didalam Jama' secara Taqdim sebagaimana yang dimaklumkan oleh Al-Zarkashi dan dibenarkan seperti menjama' sewaktu hujan pada awalnya, dan tidak mungkin dapat ditangguhkan kerana sesungguhnya Solat Jumaat tidak datang padanya secara Ta'khir dari waktunya" (Muhgni Muhtaaj 1/370).

Ulama Fiqh perbandingan masakini dari Syria, Dr Wahbah Al-Zuhaily mengatakan :-

يجوز عند الجمهور غير الحنفية الجمع بين الظهر والعصر تقديما في وقت الأولى، وتأخيرا في وقت الثانية، والجمعة كالظهر في جمع التقديم، وبين المغرب والعشاء تقديما وتأخيرا أيضا في السفر الطويل كما في القصر (89
"Dibenarkan disisi Jumhur selain dari Hanafi menjama' diantara Zohor dan Asar secara Taqdim diwaktu pertama, melakukan solat secara Ta'khir pada waktu kedua, dan solat Jumaat seperti juga solat Zohor didalam jama' Taqdim, diantara Maghrib dan Isya' secara Taqdim dan Ta'khir juga seperti didalam permusafiran yang panjang sebagaimana didalam Qasar (89km)." (Al-Fiqh Al-Islami 2/349].

Contoh ulama' moden mazhab Syafie yang lain seperti Syeikh Dr Khaalid Al-Jundi, pensyarah Usuluddin dan falsafah, Universiti Al-Azhar apabila ditanya boleh atau tidak menjama'kan solat asar dan Jummat, menurut beliau :

بالنسبة للمسافر فله القصر والجمع، إذا كنت في مكان ستصلي فيه الجمعة ثم ستسافر فعليك أن تصلي الجمعة ثم تصلي صلاة العصر جمع تقديم، ويمكن أن تصليها جمع تقديم قصرا وجمعا، أي يمكنك أن تصليها ركعتين فقط أو أربع ركعات فقط.
"Bagi mereka yang bermusafir untuknya dibolehkan Qasar dan Jama', Jika kamu berada ditempat yang akan bersolat Jumaat, dimana kamu didalam musafir, maka hendaklah kamu solat Jumaat kemudian bersolat Asar secara Jama' Taqdim, dan kamu boleh juga melakukan solat Jama' Taqdim secara Qasar dan Jemaah, atau dibenarkan kamu bersolat 2 rakaat sahaja atau 4 rakaat."

Ulama' Syafie mengambil kaedah Solat Jumaat itu adalah adalah sebagai ganti Zohor. Ada juga khilaf dikalangan ulama' yang tidak membenarkan jama' diantara Jumaat dan Asar dengan alasan :- a. Solat Jumaat bukan untuk orang musafir b. atau ada dikalangan ulama Hanbali yang mengatakan Solat Zohor tidak sama dari Solat Jumaat didalam banyak aspek. Nas-nas yang membolehkan jama' tidak ada yang merujuk kepada Solat Jumaat, tetapi merujuk kepada Solat Zohor.

Menurut Ali Muhiyuddin Al-Qarh Dagha :-

حيث قال ابن تيمية: إجماع العلماء حجة قطعية واختلافهم رحمة، أما أن تتحول هذه الخلافات إلى فتن فهذا هو الذي لا يجوز علمًا بأن جمهور الفقهاء أجازوا الجمع بين صلاتي الجمعة والعصر للسفر والمطر.ـ
"Sebagaimana kata Ibn Taimiyah : Ijma' ulama adalah kenyataan kata putus, dan perbezaan mereka adalah rahmat, sebagaimana perbezaan ini bertukar menjadi fitnah dan ini tidak dibenarkan, kerana sesungguhnya jumhur Fuqaha' membenarkan Jama' diantara Solat Jumaat dan Asar bagi mereka yang bermusafir dan kerana hujan"

WA, wassalam
---------------
Rujukan :-

1. Al-Shiekh Khaalid Al-Jundi. Fasaluu ahla al-zikr : fatawa mu'asyirah. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2003. ms 116

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 349.

3. Syiekh Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaaj - 1. Beirut : Dar Al-Fikr, 2001. ms 370.

4. Ali Muhiyuddin Al-Qarh Dagha. ما الحكم إذا خالف المصلي الإمام وأذن لجمع صلاة العصر بعد صلاة الجمعة بسبب المطر. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=5469

15 comments:

izzati said...

sy nk tanya,boleh ke org yang solat tamam, berimamkan org yg solat jamak?

Admin said...

Makmum perlu mengetahui terlebih dahulu kedudukan imam sebelum mengikut imam. (makmum yang ingin solat secara tamam tidak boleh berimamkan imam solat jamak/qasar). Bagi makmum yang tidak tahu imam yang sedang solat jamak/qasar boleh diteruskan mengikut imam. Apabila imam selesai solat hendaklah memberitahu kepada makmum bahawa beliau solat jamak, imam tidak perlu membatalkan solat makmum. Dengan demikian makmum boleh mengulangi solat tersebut. "

jawapan dari http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=139&kateg=0

Radzi bin Osman said...

mohon share

Anonymous said...

rasanya admin silap..org solat tamam boleh mengikut org solat qasar atau jamak..bahkan boleh mengikut org brsolat sonat..
tp bg org solat qasar, tak boleh mengikut org bersolat tamam..

Anonymous said...

Aslm.
Bersetuju dgn Anonymous, org solat Tamam Boleh mengikut org yg sedang bersolat musafir di mana; selepas selesai solat, org musafir (yakni Imam) tidak perlu memberitahu bahawa dirinya bersolat musafir (jama' @ qasar, atau gabungan Jama'&qasar sekaligus) -hal ini kerana tidak boleh berkata-kata dengan org yg sedang mendirikan solat yg dikira mengganggu...
Utk makmum yg Tamam tadi, hendaklah meneruskan solatnya seperti biasa (menghabiskan rakaat yg masih berbaki) wallahualam.

Anonymous said...

Salam..
bagaimana pula dengan solat maghrib dan isyak. bolehkah org yg bermusafir bersolat jemaah bersama imam yg solat tamam kemudian meneruskan solat isyak 2 rakaat (qasar) selepas imam memberi salam? Mohon pencerahan...

wan said...

Assalamualaikum.. sy keluar musafir di satu tempat sahaja hr ahad selepas zuhur dan akan balik pd khamis selapas zuhur. Blehkah sy jamak dan qasar pd hari hari tersebut. Adakah hari kamis di kira sebagai hr ke 4.

Syikin said...
This comment has been removed by the author.
Syikin said...

Assalamualaikum..
Sy nak tya.. Bagaimanakah cara melakukan solat jamak qasar selepas melakukan solat berjemaah. Adakah boleh dilakukan ketika sedang solat jemaah? Atau boleh dilakukan sekali dalam solat jemaah tersebut? Atau selepas salam? Dan bagaimana pula dengan niat? (Situasi: Solat berjemaah pada waktu Zohor dengan tamam. Kemudian mengqasarkan solat Asar.)Terima Kasih.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saya rasa masih tergantung lagi persoalan ttg :

Solat berjamaah bersama di Masjid/Surau pada waktu Maghrib (yang mana nilai rakaatnya serupa; iaitu 3 rakaat) dan kemudian musafir yang ingin meneruskan solat jamak takdim terus bangun dan Solat pula Jamak takdim Isyak.

Saya ada "terlihat" dalam blog, sekiranya jumlah rakaatnya serupa (misalannya Jumaat dan Maghrib) ianya dibolehkan.

Pohon pencerahan.

mnizamarazak said...

DiBOLEHkan MAKMUM qasar mengikut IMAM TAMAM bagi solat yang sama seperti Jumaat (2 rakaat) dan Maghrib (3 Rakaat).

Manakala solat yg 4 rakaat pula. Makmum QASAR hendak mengenalpasti rakaat IMAM. Kalau Imam dalam rakaat 3 maka makmum boleh ikut. Tapi klau Imam baru bermula atau rakaat kedua. maka TIDAK BOLEH. Kalau Ikut juga, solat makmum BATAL.

Mohd rasul said...

Tee.. Nak tau jawapan ni

Maajun Ayam Selasih said...

Kena faham, solat Jumaat dan Maghrib tiada qasar.

dealer mitsubishi purwokerto said...

Terima kasih.. Bagus snagat lengkap bagi saya

Post a Comment