Dec 28, 2008

Solat Jamak Kerana Kuliah

Salam

setelah mencari dalam al-ahkam.net, saya ada jumpa beberapa topik yg sama kaitannya dengan tajuk yg saya tuliskan itu namun tidak dapat menjawab dengan jelas persoalan yg bermain dalam fikiran saya.

Antaranya topik yg meminta saya ke url ini: soalan ulangan. Sila ke URL berikut: http://al-ahkam.com.my/soaljawab/soaljawab194.htm

Tapi url tersebut sudah tiada.

Ada pula yg meminta merujuk fatwa yusuf al-qardhawi tentang solat jama' berhajat, tetapi ada beberapa ayat yg saya tidak jelas kemungkinan akibat terjemahan yg terus dari bahasa arabnya. Iaitu perkataan "dan bukanlah kepada mereka yang menjadi tabiatnya, setiap hari atau tiga kali...dan bilamana ia ingin meninggalkan keadaan yang sempit dari pelbagai tanggungan didalam waktu tersebut, sesungguhnya keadaan yang jarang berlaku itu dibenarkan, dan ianya sedikit, maka kesempitannya diangkat terhadap masalah yang sedang dia hadapinya. "

Apa yg menjadi persoalan saya ialah, jadual kuliah saya pada sebuah hari dalam hari minggu itu bermula dari 12tgh hari hingga 5ptg tanpa henti. Ini menyukarkan saya dan kawan2 utk solat zohor. Untuk mencari ruang solat diantara kelas tersebut juga sedikit sukar kerana walaupun ada 3 kelas berlainan selama 5 jam tersebut, tetapi perlu bermula tepat pada waktunya utk melengkapkan tugasan yg diberikan.

Maka saya ingin tahu apakah dibolehkan jama' dalam keadaan ini atau kita seharusnya berusaha juga untuk mencuri masa kuliah bagi menunaikan solat?

Terima kasih

Wassalam

-------
Al-hamdulillah......

Al-Jawab :

Memang terdapat pendapat dari para fuqaha Hanabilah yang membolehkan untuk menjamak antara solat pada waktu-waktu tertentu kerana suatu alasan atau sebab-sebab yang nadir (jarang sekali berlaku) dan tidak menjadi satu kebiasaan untuk menjamakkan 2 solat pada setiap hari.Ini kerana antara alasannya ialah Islam tidak mahu memberatkan ummatnya , sebagaimana Allah swt jua tidak mahu kepada perkara-perkara yang menyusahkan hamba-Nya dalam melaksanakan perintah-Nya. (Rujuk Hudal Islam fatawa Mu’asirah , Dr Yusof al-Qaradhawi)


Quote:
Maka saya ingin tahu apakah dibolehkan jama' dalam keadaan ini atau kita seharusnya berusaha juga untuk mencuri masa kuliah bagi menunaikan solat?


Apa yang jelas dari masalah saudara ini ialah , saudara dan kawan-kawan perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara mengadakan perbincangan dengan pihak atasan bagi memberi ruang dan waktu seketika untuk membolehkan pelajar-pelajar yang beragama Islam menunaikan kewajipan solat.Ini perlu kerana masalah tersebut dihadapi oleh semua pelajar yang beragama Islam dalam kelas saudara dan bukannya saudara seorang sahaja.Ini adalah disebabkan saudara dan kawan-kawan tidak boleh melakukan jamak setiap hari.Seharusnya perkara ini boleh dibincangkan kerana ianya melibatkan hampir semua pelajar dalam kelas tersebut.Sesungguhnya dengan iltizam dan kesungguhan saudara dan kawan-kawan dalam menunaikan solat akan menjadi teladan yang baik kepada orang lain sehingga menyebabkan seseorang itu mengenal dan mencintai akan solat.

Perlu diingatkan bahawa solat adalah merupakan syiar Islam yang perlu ditegakkan dan diagongkan yang mana orang yang mengagongkannya akan menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan dalam dirinya.Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-hajj ayat 32 :

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

"Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar ugama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin."


WA

3 comments:

unknown said...

nak tanya soalan,kalau saya ada test pada pukul 5-7pm,boleh x solat jamak qasar sebab asar masuk pukul 5pm..

Admin said...

boleh jamak taqdim zuhur dengan 'asar...

Anonymous said...

salam, saya sekarang ni belajar kat luar negara. kalau kelas saya pukul 6 ptg-7.25 ptg dan solat maghrib pukul 6.40 ptg, solat isya' pukul 7.30 ptg. boleh ke saya jamak takhir?

Post a Comment