Dec 28, 2008

Bolehkah Solat Jamak Di Rumah

salam...

ana mempunyai kemusykilan tentang solat jamak....
bolehkan solat jamak dilakukan dirumah sama ada sebelum memulakan perjalanan atau selepas pulang dari perjalanan...

jika boleh dilakukan...bolehkah disertakan dengan dalil yg sahih..
perkara ini sgt penting terutama bagi ana yg tempat belajar yg sgt jauh dari rumah.... sbb kdg2 bas tak berhenti utk solat..

-------
Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Persoalan ini telah banyak diperbincangkan didalam soal-jawab yang lepas, ‘alakulli hal, kami akan cuba menjawabnya lagi.

Solat Jama’ (tanpa Qasar / tanda memendikkan) di perbolehkan apabila wujudnya kesukaran; contohnya seperti sukar mencari tempat solat semasa didalam perjalanan. Dalilnya sebagaimana yang umum ketahui, Sabda Nabi saw diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :

صلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر ، قال أبو الزبير : فسألت سعيداً – أي : ابن جبير - لم فعل ذلك ؟ فقال : سألت ابن عباس كما سألتني فقال : أراد أن لا يحرج أحداً من أمَّته

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Firman Allah swt :

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

يجوز للمقيم أن يجمع بين الصلاتين إن كان هناك حرج من أداء الصلاة الثانية في وقتها ، والجمع أوسع من القصر ، فلا قصر إلا لمسافر ، والجمع يجوز للمسافر والمقيم حيث يوجد الحرج من أداء الصلاة الثانية سواء في وقتها أو في جماعة .

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]

Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

ولا يحل لكم أن تجمعوا بين الصلاتين حتى تغادروا البلد إلا أن تخافوا أن لا يتيسر لكم صلاة الثانية أثناء سفركم

"Tidak dibenarkan kepada kamu menjama'kan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan khuatir (takut) akan berlaku keadaan yang sukar untuk melakukan solat kedua semasa permusfiran kamu" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin 15/346].

Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. WA.

Sekian, wassalam

43 comments:

Anonymous said...

saya ade persoalan lagi, contoh kalo saya pi kl dari ipoh , tidur kat sane dalam 2, 3 mlam, boleh tak kalo sepanjang kite duk kt sane, kite jamak dan qasarkan solat kita ? mintak kwn2x bantu ye

Admin said...

boleh qasar atau jamak di KL selama 3 hari 3 malam (tidak termasuk perjalanan) jarak perjalanan melebih dua marhalah (92km).

Anonymous said...

saya nak ke johor. sebelum bertolak azan zohor berkumandang....adakah saya boleh menjamak dan qasarkankan solat saya dengan asar? atau saya perlu menjamakkan sahaja tanpa qasar.

Admin said...

Salam,

destinasi Johor dari mana? dalam mazhab Syafie layak jamak/qasar kalau perjalanan melebihi 92km.
Sebelum bertolak belum boleh jamak atau qasar kerana belum keluar dari mukim, kenalah solat penuh kecuali kesukaran untuk melakukan zohor boleh jamak ta'khir dgn asar masa dalam perjalanan setelah masuk waktu asar.

Atau solat zuhur dulu dirumah dalam perjalanan boleh qasar solat asar apabila telah masuk waktu.

Abang Isaifuddin Abang Noran said...

ok seandainya kita sudah niat utk bermusafir (dari sarawak ke KL) kita blh jamak di airport.

ok bila kita sudah sampai di rumah (di kl) adakah msh dlm keadaan musafir? dan esoknya pegi jln2, blh lg ke solat jamak?

walhal kita balik utk cuti seminggu sahaja. msh bolehkah kita jamak solat tersebut?

minta pendpt dr ustaz..tq ya..(",)

Admin said...

Admin

Jika balik kerumah sendiri di KL, tak boleh qasar lagi kerana taraf musafir telah gugur bila sampai dirumah sendiri. Begitu juga bila sampai ditempat kita mastatutin, taraf musafir telah lupus.

Cuma layak dalam perjalalan pergi dan perjalanan balik sahaja.

pyqa said...

saya seorang pelajar di perak.apabila balik ke johor hujung minggu,layakkah saya melakukan jamak di rumah?

aufa said...

saya ada persoalan.. saya kerap tinggal solat subuh. bolehkah saya jamak solat subuh kepada solat zohor? minta bantuan

Ibnu Samaon Al-Kuala Lumpury said...

aufa:hanya solat subuh tak boleh dijamakkan. cuba usaha bgn awl. minta kwn2 gerakkn ke.

Anonymous said...

Salam,

persoalan sy ialah bolehkah jamak sebelum keluar daripada rumah. contohnya bas 8.30 mlm dan hanya tiba waktu subuh.untuk mengelakkan daripada tertinggal solat isyak..bolehkah jamak dilalkukan sebelum keluar rumah..ade pendapat mengatakan boleh.

Admin said...

W'salam

maaf ada kesilapan dalam jawapan di atas, sebenarnya boleh solat jamak di rumah sebelum berangkat jika kesukaran mendirikan solat ditengah perjalanan. WA

roy said...

salam

saya bekerja sebagai askar(belum berkahwin) dikuantan yang mana tempat saya tinggal tu adalah asrama askar(bukan rumah sendiri).dihujung bulan saya pulang ke kampung di johor.bolehkan saya melakukan jamak qasar di kampung?

Admin said...

di Kuantan tempat bekerja dikira tempat mastautin sementara di kampung adalah tempat asal adalah watan asli. Dalam mazhab Syafie kedua-dua tempat tak layak untuk solat qasar. Cuma layak semasa dalam perjalanan dari kuantan ke johor atau sebaliknya.

tinta said...

bolehkah saya melakukan satu solat jamak,satu solat qosar(zohor dan asar)?

Admin said...

kalau dah solat jamak (gabungkan zuhur dan 'asar) tak perlulah solat qasar (pendekkan solat 4 rakaat jadi 2 rakaat tapi setelah masuk waktu solat).

boleh pilih antar jamak atau qasar.

Anonymous said...

sy dlm musafir dan singgah ke masjid untuk solat zuhur. solat zuhur mengikut imam..solat penuh 4 rakaat (tamam)..sy berniat jamak tanpa qasar untuk solat zuhur..setelah salam, sy bangun untuk jamak asar..soalannya, bolehkah sy solat asar dengan JAMAK DAN QASAR?.. sebab ada kawan sy bgtahu, kalau 4rakaat zuhur, maka asar pun kena 4rakaat tanpa qasar.. betulkah pandangan ini?..

Admin said...

harap tidak keliru

solat jamak takdim atau jamak takhir bermaksud kita gabungkan solat zuhur dan solat asar (8 rakaat) menjadi 4 rakaat sahaja.

solat qasar adalah kebenaran memendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat sahaja (zuhur, asar dan isyak sahaja). WA

Anonymous said...

saya nak tanye.
mcm saya ni, student kolej, so, bile cuti 2@ 3 ari, saye akn pulang ke umah . jdi, adkh saye dibenar kn utk jamak ?

Admin said...

jawapan untuk "aufa":

yang boleh jamak adalah solat zuhur dengan a'sar, solat maghrib dengan solat isyak sahaja. Solat subuh dengan zuhur TIDAK BOLEH jamak.

Solat Qasar adalah bagi solat yang empat rakaat sahaja (zuhur, a'sar dan isyak) dipendekkan jadi 2 rakaat. WA

Admin said...

untuk student tidak dinyatakan kolej di mana, rumah di mana? kalau jarak lebih dari 92km anda layak melakukan solat qasar.

solat QASAR atau 'JAMAK dan QASAR' khas untuk musafir (dalam perjalanan sahaja).

solat JAMAK adalah kelonggaran bagi yang tidak dapat melakukan solat dalam waktu kerana darurat (doktor yg melakukan pembedahan), kerja menjaga kepenting negara yang tidak boleh ditinggalkan misalnya.

adalah kesilapan dalam jawapan saya di atas mengenai solat JAMAK, sila lihat ada banyak penerangan dan jawapan Dr. Asri dalam Youtube mengenai solat Jamak dan Qasar. WA
harap tidak keliru.

ingin tahu said...

Saya telah menunaikan solat maghrib dan isyak (jamak taqdim) semasa dalam perjalanan (lebih 2 marhalah). Dan saya apabila saya sampai ke rumah, saya dapati belum masuk waktu isyak (masih maghrib). Soalan saya adakah solat isyak yang saya tunaikan secara jamak taqdim sah atau saya perlu tunaikan semula solat isyak apabila telah masuk waktunya. terima kasih.

Raudhah said...

menjawab pertanyaan 'ingin tahu'

Sah solat Isyak anda. Tidak perlu ditunaikan semula solat isyak itu. Inilah yang dinamakan rukhsah solat ketika musafir. WA

Dr Jekyll said...

Salams ya Ustaz,

Saya bekerja di Kerteh, Terengganu dan pulang ke KL setiap hari minggu, di mana tinggalnya isteri dan anak2 saya. Tempoh masa saya luangkan di KL selalunya untuk 2 mlm (tiba malam Khamis, dan akan memandu semula ke Kerteh pada malam Sabtu).

Soalan saya:

1. Setiap kali saya pulang ke KL pada hari Khamis, saya akan berniat musafir apabila saya meninggalkan rumah di waktu pagi untuk ke pejabat, dan saya akan terus melanjutkan perjalanan saya ke KL selepas waktu pejabat. Pejabat saya terletak di Paka, dan bila memandu balik ke KL saya akan melalui kawasan perumahan saya di Kerteh dalam perjalanan saya. Dalam kes begini, bolehkah saya solat jamak dan qasar zuhur dan asar di pejabat?

2. Adakah saya berstatus musafir setibanya saya di KL, dan bolehkah saya mendirikan solat jamak dan qasar semasa di KL?

Harap dapat penerangan ustaz. Terima kasih.

Salams

Admin said...

Dr Jekyll,

di Kerteh tempat kerja tuan adalah dianggap sebagai tempat mastautin. Di KL tempat tinggal isteri dan anak2 tuan adalah dikira watan asli.

Jadi apabila tuan sampai samada di Kerteh atau sampai di KL, status tuan sebagai musafir adalah gugur, tuan hanya layak sebagai musafir ketika dalam perjalanan sahaja di kedua-dua arah.

Anonymous said...

Sy dr Alor Setar ke KL, sy bertolak sblum zohor, sampai slepas asar, bolehke sy solat jamak di rumah sewa (KL)? Alor setar kg sy. Dan saya menaiki bas.

Asda said...

Yg saya faham dr artikel di atas, ialah di bolehkan menjamak (tanpa qosar) WALAUPUN berada di watan asli atau tpt Mastautin sementara dgn syarat:
a) ada kesukaran solat dlm perjalanan
b) dilakukan sebelum atau setelah tiba dr perjalanan
c) tidak diulag jamak tersebut (kerana kesukanran kerana perjalanan telah tiada).

Mohon pencerahan.
Jzkk.

Asda said...

Salam,
Pada kefahaman saya, beliau boleh jamak (tanpa qosar) sebelum bertolak atau apabila tiba jika ada kesukaran solat dlm perjalanan. Tapi Tak boleh diulang jamak kerana asbab kpd jamak tersebut iaitu kesukaran dlm perjalanan sudah tiada. Wa.

azie said...

salam ustaz, bagaimana saya ingin menunaikan solat subuh skiranya bas yang dinaiki tidak berhenti ?

Hijab Shop :) said...

Assalamualaikum .
boleh ke kalau saya menunaikan solat jamak taqdim dan qasar (maghrib isyak)di rumah(gombak,selangor) sebelum saya bertolak ke kelantan pada pukul 9 mlm ?
Terima kasih sbb sudi menjawab soalan sy :)

Anonymous said...

Assalammualaikum...
Esok saya akan berangkat umrah.
Flight jam 1pm.bagaimana saya nak solat zuhur?

Anonymous said...

salam ustaz,
Saya tgl di KL dan akan memulakan perjalanan menaiki bas balik ke kg di Kdh pada pukul 3.30 petang. Bolehkah saya melakukan jamak takdim asar di luar kawasan rumah saya (di stesyen bas) sebelum memulakan perjalanan kerana kuatir tidak dapat melakukan solat asar semasa perjalanan kerana dijangka sampai ke Kdh pada waktu magrib.

Anonymous said...

Salam ustaz,

Saya memulakan perjalanan dari kg di Kdh untuk balik ke KL (tempat tinggal) dengan menaiki bas pada pukul 10.30 pagi dan dijangka sampai di KL sebelum habis waktu zohor. Semasa perjalanan, bas tidak berhenti ketika waktu zohor atau takut tak sempat solat sebab bas berhenti sekejap sangat. Oleh sebab kesesakan lalulintas saya sampai di KL setelah masuk waktu asar. Bolehkah saya melakukan solat zohor jamak takhir di stesyen bas sebelum balik ke rumah (tempat tinggal)? manakala saya lakukan solat asar seperti biasa di stesyen bas tersebut atau di rumah?

Admin said...

Dalam tulisan di atas telah dikemukakan dalil-dalil dengan jelas bahawa BOLEH melakukan solat jamak dirumah sebelum memulakan perjalanan sekiranya TERDAPAT KESUKARAN UNTUK MELAKUKAN SOLAT PADA WAKTUNYA SEMASA DALAM PERJALANAN... harap maklum. WA

Anonymous said...

salam,ustaz...saye ad kmusykilan tntg solat jam' dan Qasar kluar dr mukim.
bolehkah sye solat jama'qasar mgrib dan isya' di msjid 5km keluar dr rumah sye sblom sye bermusafir ke nilai..?terima kseh.

Anonymous said...

SALAM

Anonymous said...

Salam ustaz dan para sahabat...soalan saya-"SAYA MENETAP DI RAWANG SELANGOR.ISTERI MENETAP DI SG SIPUT PERAK.HUJUNG BULAN SAYA AKAN BALIK KE SG SIPUT DAN MENYEWA HOTEL YG BERDEKATAN RUMAH IBU MERTUA SAYA.SOLANNYA...SAH ATAU TIDAK JIKA SAYA MELAKUKAN SOLAT JAMAQ DAN QASAR SELAMA 3 HARI TINGGAL DI HOTEL TERSEBUT?"..T.KASIH..-batezmufc-

Anonymous said...

assalamualaikum .
adakah saya masih boleh melakukan solat jamak untuk maghrib dan isyak di rumah sedangkan saya sudah pun tiba di rumah sebelum waktu maghrib lagi dari kampung di perak . rumah tersebut di shah alam. dan pada keesokannya pula saya perlu pulang ke kolej di bangi. adakah saya masih boleh melakukan jamak tersebut ?

Anonymous said...

Salam,
Saya di mekah, Kalau saya sudah menunaikan solat zuhur, tetapi saya hendak pergi balik ke malaysia selepas itu. Bolehkah saya buat solat jamak dan qasar.

Anonymous said...

assalamualaikum...saya nak tanya, boleh ke saya jamak & qasar dekat pejabat saya... ketika masuk waktu zohor? sbb jrk rumah & pjabat adalah 94km.

Anonymous said...

Assalamualaikum ..sy nak tanya, sekiranya sy yg nak jamak n qasar solat dan diketika itu ada solat jemaah sdang berlangsung..boleh kah sy jd berimamkan imam yg pimpim solat jemaah tsebut

ismail mahmod said...

Assalamualaikum... Bolehkah orang yang solat jamak menjadi imam kepada orang yang solat tamam

Mirjehan Abd Jal said...

Assalamualaikum. Saya menetap di semporna dan berkerja di lahad datu. Jarak jauh dari rumah ke tempat kerja dlm 120km. Lepas solat subuh saya dah ber tolak ke tempat kerja lebih kurang 2 jam perjalanan. Masuk waktu johor saya solat di tempat kerja . Soalan saya boleh kah saya jamak solat johor dan asar sedang waktu johor dan asar saya masih di tempat kerja? Harap sahabat sekalian dapat bantu beri penjelasan. Tq.

Anonymous said...

Assalamualaikum, bolehkah menunaikan solat jamak dan qasar zohor dan asar sekiranya waktu saya keluar dari rumah dan memulakan perjalanan selepas azan zohor. Contohnya, saya bertolak dari rumah pada jam 1.30 ( sudah azan zohor) dan saya ingin solat jamak dan qasar dalam perjalanan. Mohon pencerahan.

Post a Comment