Dec 9, 2008

Qaul Qadim Dan Jarak Safar

Assalamualaikum Wmt Wkt

Saya ada terdengar bahawa ada beberapa Qaul Qadim yang masih diamalkan setelah Qaul Jadid digazetkan oleh Imam Safie..adakah ia benar dan apakah perkara tersebut?

2. Dalam suasana masyarakat M'sia, adakah wajar untuk beramal dengan pendapat yang mengatakan boleh jama'- qasar walaupun ia tak 90 marhalah (KM?) sedangkan ia lebih kuat dalilnya? Wassalam

Wassalam

Jawab:

Soalan ini saya perhatikan sudah sebulan lebih tersadai. Berbanyak ma'af di pohon. Kelambatan kami menjawab sesuatu soalan disebabkan banyak faktor, antaranya apakah soalan itu urgent dan apakah ia memerlukan banyak masa utk penyelidikan.
Kami dapati soalan spt ini: menyelidik qaul jadid dan qaul qadim tidaklah urgent dan ia memerlukan masa utk menyelidik ke dalam fiqh Syafi'iy.

Qaul Qadim ialah pendapat2 Fiqh Imam Syafi'iy ketika dia menetap di Kufah (Iraq) dan tersimpan dalam kitabnya al Hujjah (saya pun tak ada koleksi kitab ini. Ia banyak dipengaruhi oleh aliran arRa'yi (aliran rasional yg dipelopori oleh Fiqh Hanafi). Manakala Qaul jadid ialah pendapat2 baru yg difatwakan oleh beliau semasa menetap di Mesir dan dipengaruhi oleh Fiqh Hadis (kerana Afrika Utara di pengaruhi oleh Fiqh Maliki), Ia terkumpul dalam Masterpiece alImam Syafi'iy, al UMM.

Tidak disepakati di kalangan murid-murid Imam Syafi'iy jumlah sebenar Qaul qadim yg masih releven, ada yg kata 17, ada yg kata 22, ada yg kata 40. Jadi utk mendapat jawapan muktamad ia memerlukan masa dan kitab2 yg ada jawapan kepada masalah ini ialah antaranya:

a. Asybah wan Nazair karya Imam Jalaludin asySyuyuti

b. alMuhadzaab oleh Imam Abu Ishaq Fairuz Abadi
Jadi buat masa ini kami tangguhkan dulu sehinggalah salah seorang Masyaikh Ahkam terutama Tok penghulu kami betul2 lapang utk menyenaraikan Qaul Qadim yg masih releven bermula dari Bab Taharah hinggalah kepada Hukum Hudud. Harap bersabar.

2. Jarak safar di Malaysia ditetapkan menurut Madzhab Syafi'iy iaitu 2 Marhalah = 48 Batu hashimiah = 89 KM (Fiqh Islami: 2/321). Apakah jarak ini perlu dikaji semula kerana ujudnya rangkaian lebuhraya yg canggih sekarang? Memang pernah dibincangkan di beberapa seminar Fiqh Kebangsaan mengenai isu mengkaji semula jarak ini seperti Kerajaan sedang menimbangkan menaikkan kadar had laju di lebuhraya dari 90KM/J sudah dinaikkan ke 110KM/J dan akan dinaikkan lagi ke 120 KM/J. Namun tiada resolusi konkrit yg dicapai. Salah seorang yg mencadangkan jarak safar ini dikaji semula ialah Prof Mahmud Zuhdi.

Mengenai pendapat yg menolak jarak dipelopori oleh Ibn Taymiyah dan ahli Tahqeeq (analitis Fiqh) kerana terdapat kecelaruan dalam isu ini. Aliran Salafiah menolak penetapan Safar dgn jarak samada batu atau KM tapi Safar dalam definasi mereka ialah Safar itu sendiri. Jika perjalanan itu ditakrifkan sebagai musafir menurut uruf, maka bolehlah melakukan solat jama'-qasr.

Kitab2 yg mendokong aliran ini ialah:

a. Imam asSyun'ani: Arba'a Masail fi Solatil Musafir/160

b. alSyinqiti, Adhwaul Bayan: 1/370

c. Nasiruddin Albani, Sisilah Ahadith asSahihah, 1/163

d. Ibn Qayyim aljawzea, Zaad alMa'ad: 1/189

e. asySyawkani, Nailool Awthor: 3/254

f. Syun'ani, Subulus Salam: 2/445

g. Ibn Hazm, alMuhalla: 5/9

h. Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah: 1/284
Pendapat yg tidak menetapkan jarak ini akan mengelirukan orang awam yg masih muqallid. Maka selagi masyarakat belum menguasai fiqih pada tahap yg menasabah, Fiqh musafir yg dipelopori oleh ahli tahqeeq ini masih belum dapat dipopularkan. WA

0 comments:

Post a Comment