Dec 28, 2008

Boleh Solat Di Belakang Imam Yang Bermusafir

Bolehkah makmum yang nak bersolat zohor ikut imam yang diketahui nak buat solat jamak/qasar zohor& asar (atau sebaliknya).
Terima kasih.

------

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ummat dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ulama' sepakat bahawa dibenarkan orang yang bermukim mengikuti Imam yang solat musafir (qasar). Cuma Mazhab Maliki mengatakan perbuatan ini makruh disebabkan ia bertentangan dengan niat berimam.

Padangan yang rajih (lebih benar) adalah tidak makruh bersolat dibelakang Imam yang bermusafir kerana dalilnya datang dari Hadith Nabi saw (Nailul Authar 3/204). Caranya, apabila solat seorang Imam yang bermusafir 2 rakaat, dan selepas Imam memberi salam orang yang bermukim akan menyempurnakan solatnya. Adalah mustahab (digalakkan) selepas Imam yang bermusafir itu memberi salam, beliau hendaklah mengucapkan : "Sempurnakan solat kamu, sesungguhnya aku sedang bermusafir" (أتموا صلاتكم فإني مسافر).

Sekian, wasalam

4 comments:

nur said...

kalau kita yg musafir tetapi berimamkan imam yg mendirikan solat macam biasa apa hukumnya?keliru sebab ada banyak pendapat.

Admin said...

Boleh solat dibelakang imam yang solat tamam tapi kena niat solat penuh bukan solat jamak...

rujuk:
http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2008/12/jamak-berimamkan-orang-yang-solat-tamam_09.html

Brendawati said...

maksudnya orang yang solat jamak dan qasar tidak boleh berimam dengan orang yang solat fardhu biasa.. betul tak?

Najmi Ahmad said...

Brendawati, setakat yg saya tahu, kalau orang yang nak solat qasar nak berimamkan org solat tamam, dia mesti tnggu imam tersebut sampai rakaat ketiga. barulah menepuk bahu imam tersebut dan jemaah spt biasa. (tak perlu tepuk bahu la kalau imam tu dah ada makmum (yg juga solat tamam) sebab dah ada jemaah yg terbentuk. wallahu a'lam.

Post a Comment