Dec 19, 2008

Musafir Lebih 3 Hari Tapi Dalam Daerah Lain

Salam

Di sini saya ada beberapa persoalan yang saya kurang pasti..harap ust dapat membantu saya..

1) Apa yang saya tahu, jama' dan qasar ketika bermusafir maximanya hanyalah 3 hari dlm satu tempat yg sama...tetapi bagaimana kalau kita bermusafir ke suatu negeri, dan berada dlm satu daerah selama 3 hari kemudian kita bergerak ke daerah yg lain dlm negeri yg sama..adakah boleh jama' dan qasar kan solat memandangkan kita xberada di tempat yg sama?..hanya dlm negeri yg sama
2) Ada pendapat mengatakan kita boleh menjama' kan solat jika ada perkara xdpt dielakkan ttp xboleh diqasarkan..betul ke?adakah konsep jama' hanya untuk yg bermusafir?
3) betulkah kita dapat jama' dan qasar solat di tempat lain spt surau/masjid di tempat kita bermastautin atau bermukim apabila kita hendak bermusafir?
4) Jika pelajar yg tinggal di hostel,,adakah di kira sbg bermukim atau bermastautin? ustaz tolong jelaskan maksud yg sebenarnya bermukim dan bermastautin..

syukran jazilan..

Wassalam
alJawab:

1) Tempoh jama' dan qasar selama tiga hari itu adalah pendapat Syafi'iyah dan tidaklah disandarkan kpd dalil yang kuat. Pendapat yang benar ialah tidak ada batasan tempoh tertentu. [Fiqh Sunnah, Jld 2/ 217) dan alSyun'ani Subulus Salam 2/ 169]

2) Jama' tidak terhad kepada safar shj. Boleh diluaskan jika ada kesulitan. Fatwa Syaikh Uthaimiin, Majmu' fatawa dalam Ibadah/ ms 413 (edisi terjemahan Indon), boleh menjama' jika berlaku hujan, lumpur, angin kencang atau ada kesulitan spt keselamatan hartabenda, dsbnya. Dalil: dari Ibn Abbas ra, Nabi saw biasa menjama' solat bukan kerana hujan atau ketakutan, tapi kerana tidak mahu menyukarkan umatnya." [al-Albani, sahih Sunan Abu daud, #1211]
maksudnya skop kesulitan itu tidak dijelaskan oleh Ibn Abbas. jadi myth (metos), solat jama' hanya utk musafir itu tidak benar. solat jama' boleh kerana kesulitan. Ia hendaklah solat secara tamam (sempurna) bukan qasar.

3) Sebenarnya kita boleh menjama' solat di rumah kita pun jika waktu solat telah masuk dgn jama' takdim.
Dalil dari Ibn Abbas ra, " jika Nabi saw masih berada di rumah sebelum bertolak dan matahari telah tergelicir (masuknya waktu Zuhur), maka baginda jama'kan zuhur dgn asar sebelum berangkat.." [Musnad Ahmad #3480, dinilai sahih oleh al-Arnauth] jadi tak payah cari mesjid atau surau, boleh terus dilakukan di rumah sendiri.

4) Mukim maksudnya seorang yg menetap tapi tidak berniat bermastautin. Mustautin maksudnya ingin menetap di situ. jadi pelajar yg menetap di hostel sekolah asrama penuh dan IPTA/IPTS tu dinamakan bermukim. bila dia graduate (tamat pengajian) dan menetap di KL, bekerja, beli rumah dan menetap di KL, maka barulah dia dikira bermastautin. sekian

1 comments:

Mikah Lurima said...

alhamdulillah... banyak membantu... terima kasih! ;)

Post a Comment