Dec 28, 2008

Jamak Solat Kerana Tertidur

situasi 1

Contohnya seorang hamba Allah temankan kawan2nya bejalan
masa tu dah akhir waktu solat zuhur. Nak cari tempat solat tapi sukar dan terlepas wktu zuhur.

tujuan mereka berjalan bukan penting sangat

situasi 2
seseorang ni tidur dalam waktu Zuhur. Dia bangun dalam keadaan janabah di akhir waktu zuhur. Dia mandi wajib dan tak sempat solat zuhur dalam waktu.

solannya

bolehkah hamba Allah ni mengambil jalan menjamak solat Zuhur dengan Asar ??

Jawapan panel al-ahkam amatlah dihargai....

------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Dalam situasi 1, sebaik-baiknya adalah menunaikan solat terlebih dahulu pada waktunya sebelum berjalan. Akan tetapi, jika sudah terlajak dan didapati kesukaran untuk mencari tempat solat maka dibolehkan menjama'kan solat. Jama' solat ini hanya berlaku sekali-sekala didalam situasi yang mendesak, dan definasi 'kesukaran' juga amat luas, termasuklah menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat untuk bersolat. Berikut adalah petikan dari jawapan lalu yang berdasarkan kepada Kitab al-Sharhu al-Mumthi' 'ala Zaadi al-Mustaqni' (1/214 - 215) karangan Syiekh Ibn Utsaimin rh:-

Quote:
Menjama'kan solat diperbolehkan apabila berlaku kesukaran. Menurut Ibn Utsaimin rh., apabila timbul kesukaran maka diperbolehkan menjama' solat, contohnya kesukaran mengambil wudhu' dsb. Beliau mengatakan kesukaran (Musyaqqah) itu pelbagai (والمشقات متعددة). Allah swt sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya yang menghadapi kesukaran. Firman Allah swt :

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

2. Didalam situasi 2, ia berbeza dengan situasi 1, dimana keadaannya diluar kawalan seseorang, seperti tidur dan lupa. Didalam Al-Mughni (2/515) ada menyatakan bahawa 'jika seseorang tu mempunyai alasan seperti tidur, lupa, yang menyebabkan dia tidak dapat menunaikan solat pada waktu itu, maka hendaklah dia melakukan solat apabila alasan tersebut tidak lagi dipakai (sudah bangun tidur dan mandi wajib), walaupun pada waktu yang dilarang bersolat. Ini adalah pandangan jumhur ulama', sebagaimana didalam hadith Nabi saw :-

مَنْ نَامَ عَنْ صَلاةً أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا
"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari #597, Muslim #684].

Didalam situasi ini, bukanlah jama' solat, akan tetapi solat dilakukan pada masa bangun dari tidur dan menghilangkan janabah. Maknanya, lakukan solat zohor dengan segera, dan diikuti Solat Asar. WA.

Sekian, wassalam.

1 comments:

[NSR] said...

assalamualaikum, mungkin sy khilaf ataupun kekurangan ilmu...
namun sy ada pendapat...

"solatlah bila kamu mengingati Allah swt"

1) tujuan tidak penting sangat adakah ini bermaksud tujuan anda adalah sia-sia dan bukannya fisabilillah? sampaikan sanggup meninggalkan solat?
sepatutnya anda kenal destinasi anda, rancanglah perjalanan...utamakan solat dahulu...
solat kan boleh dilakukan di mana-mana? (hal ini lebih senang bagi lelaki, manakala bagi muslimah, kewajiban menutup auratnya membolehkan ianya solat dengan pakaiannya sendiri...) dan sekiranya ketiadaan ruangan solat, solatlah even di tepi kereta ataupun di padang rumput sekalipun.. bentanglah alas.. kalau naik keretaapi or flight kan boleh solat jugak mengadap 'kepala' keretapi or flight? ketiadaan air? boleh tayammun...
jangan disebabkan kelalaian kita mnyebabkan kita tidak solat...

2) pada saya, itu bukannya solat jamak (himpun) namun itu adalah qadha (menggantikan)kerana niat solat adalah berlainan...

ini adalah pandangan saya namun hanya Allah swt yang mengetahui setiap amalan ibadah kita diterima atau sebaliknya....
" sentiasa ingat Allah swt di mana2 sahaja..." insyaallah...

Post a Comment