Jan 20, 2009

Solat Sunat Musafir

Solat sunat musafir

Salam

ana nak tanya tentang solat sunat musafir..

adakah sunnah untuk kita kerjakan sewaktu hendak musafir, balik drp musafir atau kedua2 sekali....
Jika sewaktu hendak musafir..contoh ana akan keluar musafir pukul 11.00 malam...tapi ana dah kerjakan solat sunat musafir selepas solat isyak..boleh tak? ataupun ada perbincangan ulamak tentang hal ini..

Wassalam

.................................................
al-jawhar
Panel Feqh
Al-hamdulillah….

Al-jawab :

Mengenai dengan solat sunat musafir , tidak terdapat sebarang petunjuk daripada Sunnah Rasulullah saw yang menyuruh untuk kita mengerjakannya sebelum daripada bermusafir.Ini kerana hadis yang menunjukkan tentang solat sunat musafir ialah disebut sebagai solat al-Qudum min as-Safar yang membawa maksud : “Solat Tiba / sampai dari musafir”.Ini berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah ra , yang diriwayatkkan oleh Syaikhain (Bukhari dan Muslim) sebagaimana berikut :

كنت مع رسول الله (ص) في سفر , فلما قدمنا المدينة قال لي : ادخل المسجد فصل ركعتين

“Kami bersama-sama Rasulullah saw dalam perjalanan (musafir).Maka apabila kami tiba di Madinah , Rasulullah saw telah berkata kepada saya , Masuklah ke masjid dan solatlah 2 rakaat.” (Muttafaqun ‘alaih)

(HR Bukhari no : 3087 , Muslim no : 495 )

Berdasarkan hadis di atas , solat musafir adalah dilakukan selepas sampai ke tempat tujuan perjalanan kita. Maka dengan ini tidak timbul sebarang perbincangan mengenai solat musafir sebelum bermusafir….

WA

Ruj :

Tuhfatuz Zakirin , al-Imam As-Syaukani rhm , ms.225 , tahqiq Ali hasan , Ibrahim al-Misri , Sayyid Ibrahim
_________________
Abu_Umair
Panel Feqh

Sedikit tambahan kepada jawapan Ust al-jawhar

Berkenaan solat sunat sebelum musafir, ulama yang mengatakan sunat, berdalilkan satu hadis dhaif:

ما خلف عبد على أهله أفضل من ركعتين يركعهما عندهم حين يريد سفرا
ertinya: Seseorang hamba tidak meninggalkan suatu pun kepada keluarganya yang lebih afdhal daripada dua rakaat yang dilakukannya di sisi mereka ketika hendak keluar musafir. Direkod dalam Musannaf Ibn Abi Syaibah (no: 4879). Dinilai DHAIF oleh Albani dalam Silsilah Dhaifah (no: 372)

rujukan:
- Majmuk Nawawi 4/387
- Hasyiah Ibn Abidin 2/25

Oleh kerana amalan solat adalah ibadah, maka untuk mensabitkannya mestilah didasarkan kepada dalil yang sahih.

Walaupun begitu, ada hadis yang menggalakkan bersolat ketika keluar rumah secara umum, iaitu:

إذا خرجت من منزلك فصل ركعتين تمنعانك مدخل السوء
ertinya: Apabila kamu keluar daripada rumahmu, maka solatlah dua rakaat, ia akan menghalang kemasukan suatu keburukan.
(al-Bazzar, al-Dailami, Abd Ghaniy Maqdisiy dll).
Kata Haithami dalam Zawaid al-Bazzar: perawi2nya dinilai thiqah.
Ibn Hajar: Hadis Hasan.
Albani: sahih.

rujukan:
-Silisilah Sahihah (no: 1323)

5 comments:

Anonymous said...

As Salam ustaz,

saya nak bertanya kalau saya bertolak pukul 11 malam 23 h/bulan dan sampai di lapangan terbang pada 2 pagi 24 haribulan adakah 23 dan 24 haribulan itu di kira hari bertolak saya?sebab saya akan berada di sana dari 23-28 haribulan.adakah saya dikira bermukim setelah sampai di sana?

Anonymous said...

maaf,sambung dari soalan tadi,contoh nya dari sarawak pukul 23 h/b 11 malam dan sampai di klia di sepang pkul 2 pagi.saya berhajat nak pergi dari 23 sampai 28 hb.adakah 23 dan 24 hb itu dikira hari bertolak saya dan tidak di anggap sebagai bermukim di kuala lumpur?

Admin said...

w'salam...

ya 23 dan 24 adalah tempoh bertolak perjalanan... jika pulang pada 28hb juga dikira tempoh perjalanan pulang...

anda dikira musafir dan layak untuk solat qasar.

Anonymous said...

As Salam Admin..

bersambung dengan jawapan admin tadi,adakah cuma boleh qasar atau qasar+jamak di kesemua hari tersebut?

Anonymous said...

Aslm Bro.

2 sunat yang jangan kita tinggalkan sebagai seorang musafir: Iaitu:

) Sunat Witir
) Sunat Fajr/ sunat subuh

wassalam

Post a Comment