Dec 9, 2008

Batas Musafir

afwan kalau ini soalan ulangan..
1)soalan pertama: saye musykil tentang batas musafir yg sebenarnye.
adakah sudah dianggap musafir org yg keluar dr pagar rumahnya?.. saye
pernah nak bermusafir yg dlm perjalanannye makan waktu zohor dan asar, so saye pun jamak takdim dengan pergi ke masjid berdekatan tetapi kemudian masuk rumah balik sbb nak angkut barang dlm teksi. sy buat mcm ni sbb pernahtahu yg seseorang dikatakan musafir bile keluar je dr pagar rumah, tapi sy rase agak aneh sbb saye masuk balik.. how funny for the one who don`t know like me.

2)soalan kedua: adakah saye masih dianggap musafir apabila telah sampai di daerah tempat mastautin tapi ke rumah kawan dulu..? adakah sy masih boleh melakukan solat jamak dan qasar di rumah kwn saye itu walaupun tidak dalam perjalanan lagi? maksudnye sy memang niat nak tumpang semalam then br balik rumah snediri.. boleh ke ustaz?

terima kasih

=================

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan sdr hijaugreen dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar, bahawa soalan ini merupakan soalan ulangan. Walaubagaimana pun untuk tidak menghampakan, saya akan cuba menjawabnya dengan ringkas.

Soalan 1:

Salah satu syarat sah bagi menunaikan solat secara jama' atau qasar bagi seorang musafir ialah dia hendaklah melepasi sempadanan bandar/balad yang hendak ditinggalkan. Contohnya jika tempat bermaustatinnya di Petaling Jaya, hendaklah dia pasti bahawa dia telah melepasi kawasan Petaling Jaya; misalnya telah berada di Gombak. Maka barulah boleh melakulan solat jama' dan qasar. Bukanlah keluar dari pagar rumah sudah boleh melakukan solat jama' dan qasar. Kalau kita rujuk kitab Fiqh Manhaji; ia menyebut 'pagar balad' (سور البلده), yang boleh diertikan sebagai sempadan bandar tempat dia bermaustatin. Istilah Watan Hakiki juga di gunakan bagi tempat tinggal didalam kitab fiqh yang lain.

Soalan 2:

Begitu juga dengan kembali dari bermusafir menuju ke tempat dia bermaustatin; apabila sampai dikawasan tersebut, maka gugurlah keistimewaan Jama' dan Qasar kerana musafir. Jika rumah kawan anda berada di kawasan yang sama, maka anda sudah dikira masuki ke pagar bandar yang anda bermaustatin, maka gugurlah keistimewaan melakukan solat secara bermusafir.

Untuk penjelasan yang lanjut, anda bolehlah merujuk kepada link dibawah ini :-

1. SJ-06-0005 : Bermukim dan Bermastautin.
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=27233

2. SJ - 3222 : jamak dan qasar
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=22798

3. SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=20751

wassalam
===========
Rujukan :

1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji. cetakan ke 4. Damsyik : Dar al-Qalam, 2000. ms 187.

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya.. betul ke kalau kite pulang ke tempat asal (tempat lahir) kite tidak boleh melakukan jamak dan qasar wlupun dlm keadaan musafir?

Post a Comment