Dec 9, 2008

Perjalanan Ke Dua Destinasi

Salam

Katakan saya tinggal di kawasan Masjid Tanah bercadang ke Port Dickson sejauh lebih kurang 50 km untuk tinggal dua hari. Di hari kedua saya bercadang ke Kuala Lumpur jarak lebih kurang 60 km dari Port Dickson untuk tinggal 2 hari pula. Soalan saya :

1) Boleh ke saya jamak di Kuala Lumpur sedangkan saya dari Port Dickson yang jaraknya hanya 60 km? Saya bercadang ke Kuala Lumpur semasa di Port Dickson bukan semasa di rumah saya di Masjid Tanah.

2) Bagaimana pula jika saya bercadang ke Kuala Lumpur sejak awal lagi tapi bercadang
singgah di Port Dickson selama 2 hari. Saya musykil tentang status saya sebagai musafir pada soalan 1. Terima Kasih. JKK.



Jawab:

1. MT==>PD (2Hari) kemudian ke KL

Fiqh Syafi'iy: di PD tidak boleh jama'/qasr, tapi bila ke KL boleh jama'/qasr kerana cukup syarat: jaraknya melebihi 89KM dan menetap di PD kurang dari 4Hari-4 malam. (Fiqh Islami2/321)

Fiqh salafi: Jarak dan bilangan hari bukan syarat musafir. Boleh jama' dan qasr sebaik saja keluar dari MT. Ahli tahqeeq menetapkan safar (perjalanan) itu menurut uruf atau tradisi masyarakat bukan dibataskan pada bilangan hari safar dan jaraknya kerana menghilangkan keaslian dasar hukum Islam yakni memberi kemudahan kepada umatnya. (Zaad alMa'ad 1/189; Fiqh Sunnah 1/284)

2. Jika niat sejak keluar dari MT akan terus ke KL, maka harus jama'-qasr sebaik sahaja melepasi qaryah MT kerana sah menurut syarat Syafi'iyah. WA

0 comments:

Post a Comment