Dec 9, 2008

Solat Jamak Qasar Dan Kurban

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli-ahli Panel yang dirahmati Allah,

Saya ada 2 soalan

1. Pendapat mazhab mana yang yang paling rajih berhubung solat jamak dan qasar?

2. Adakah boleh binatang yang terputus ekornya kemudian ekornya dijahit semula dan dijadikan binatang korban?

Wassalam JKKML


Wassalam

Jawab:
1. Pendapat yg paling rajih berhubung solat jama'-qasr:
a. apakah hukum sebenar solat safar di era pemodenan sistem transport?
Pendapat yg rajih (sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah 1/285) : umat Islam yg hidup di zaman kemodenan sistem transport berhak utk terus solat safar.
b. apakah solat safar itu rukhsah?
Pendapat yg rajih: ia tidak rukhsah bahkan diperintah oleh Sunnah (Syawkani, Nailool Awthor: 3/248)
c. jarak atau tempoh masa utk membolehkan solat safar
pendapat yg rajih: tidak ada batasan waktu dan jarak perjalanan kerana membataskannya bererti memusnahkan kemudahan yg diberikan syari'at Islam (Zaad alma'ad" 1/189)
d. Bilakah bermulanya solat safar )jama'/qasr)?
sebaik sahaja dia keluar dari daerahnya (syarah Muslim lil Nawawi: 5/200; nailool Awtjor: 3/251; alMuhalla: 5/2)
e. waktu tamat:
rajih: bila dia masuk semula ke daerahnya (Fathul Bari:2/570)
f. Jika dia tidak bercadang bermukim apakah dia boleh terus menerus menqasyar solat?
Rajih: boleh jika dia tidak ada niat utk menetap di situ dan akan pulang semula ke kampung halamannya. (Majmu Fatawa lil Syaikhul Islam:24/18 , Fiqh Sunnah: 1/285) WA
-----------

2. Binatang yg putus ekor dan jika berjaya dijahit semula dan berfungsi seperti biasa sudah tentu boleh kerana ekornya pulih spt sedia kala. Jika ekor itu buruk dan busuk, maka tidak boleh menuruit fiqh Syafi'iy kerana kekurangan dagingnya.
menurut Imam Ibn taymiyah, jika binatang itu sudah ditanda (sbg haiwan kurban) dan ekornya masih elok, maka sah dijadikan korban jika ekornya didapati putus kemudiannya kerana kecacatan itu datang kemudian. Jika dia putus ekor sebelum ditanda sebagai haiwan korban, tidak boleh kerana kita hendaklah memilih yg terbaik utk dijadikan hadyu. Syaikh Mut'al Jabari, alAdhhiyah, Dar el shahwah, Cairo, 1985, ms 51) WA

0 comments:

Post a Comment