Dec 28, 2008

Musafir Dan Jamak

Salam

Pertama sekali ana meminta maaf kerana mengajukan satu lagi soalan berkenaan tajuk yang mungkin sudah berbuih diperbincangkan. Akan tetapi kerna hendak mencari kebenaran maka terpaksa ana menghilangkan sikap malu dan bertanya juga. Soalan ini berputar sekeliling isu solat Jama' bukan secara direct tetapi lebih kepada aplikasinya dalam kehidupan

Ana mengajukan satu senario.

Satu kumpulan mengadakan rombongan ke suatu tempat pada suatu hari.
Ketika perjalanan pulang, sudah hampir masuk waktu Maghrib. Maka kami mengambil keputusan untuk berhenti di sekian tempat pada sekian waktu untuk menunaikan solat secara jama'(ini isunya) dan qasar (yang ini bukan permasalahan)

Persoalannya, adakah perbuatan menjama'kan solat itu diperbolehkan dalam keadaan ini? Sedangkan tidak ada yang menghalang kami untuk berhenti solat Isya' ketika waktu Isya' masuk? Bahkan ketika sampai ke rumah sekalipun, masih lama lagi waktu sebelum terbit fajr. Soalan ini tidak dikhususkan kepada Maghrib dan Isya', bahkan bila2 dan di mana2 sahaja yang walaupun orang2 ini dikira musafir, tetapi tidak ada sebab yang kukuh untuk menjama'kan solat melainkan hanya bermusafir.

Menurut ilmu ana yang dhaif ini, memang tidak boleh. Ana tidak dapat melihat sebarang keuzuran yang memperbolehkan jama' dilakukan. Sekalipun menjama'kan solat ketika musafir merupakan perkara lazim, adakah dalam kes ini yang tidak terdapat Musyaqqah masih diperbolehkan jama'? Apakah sekadar musafir terus memperbolehkan jama'?

Dalam golongan yang ramai tersebut ana berseorangan dalam hal ini. Ketika senario ini berlaku, ana telah turut serta solat jama' kerana tidak ingin berlaku perpecahan. Akan tetapi hati terasa gundah gelana, apakah maslahat boleh lagi diutamakan dalam hal sebegini?

Apakah pandangan al-ahkam tentang situasi sebegini?

Sekali lagi meminta maaf kerana mengajukan soalan yang mungkin para2 sheikh sini sudah habis air liur menjawab. Tetapi jawapan yang diberikan(jika ada) sangat tinggi nilainya untuk diri ana. Mengalir air mata ana memikirkan sekiranya ditanya Allah di akhirat kelak mengapa ana membiarkan sahaja diri sendiri dan saudara2 seagama berada dalam kejahilan.

jazakallah

-------
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد.

Soalan ini agak berbeza dengan soalan kebiasaan masyarakat kita, terbalik...kebiasaan masyarakat kita akan bertanya Bolehkah solat jamak sedangkan kita tidak bermusafir?

Maka dijawab bahawa menjamakkan solat itu itu bukan hanya ketika bermusafir sahaja tetapi sekiranya keadaan seorang yang bermukim itu memerlukan kepada menjamakkan solat maka boleh baginya untuk menjamakkan solat…

Soalan saudara pula seolah-olahnya menjamakkan solat itu tidak boleh dilakukan walaupun seorang itu bermusafir sekiranya tidak ada disana keperluan untuk menjamakkan solat.. Yang sebenarnya antara keadaan yang dibenarkan untuk menjamakkan di antara 2 solat ialah musafir.

Maka tidak ada masalah untuk di dalam keadaan yang anda ceritakan untuk menjamakkan solat maghrib dan isyak.

Daripada Muaz Bin Jabal:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ إِذَا ارْتَحَلَ قَبْلَ زَيْغِ الشَّمْسِ أَخَّرَ الظُّهْرَ إِلَى أَنْ يَجْمَعَهَا إِلَى الْعَصْرِ فَيُصَلِّيَهُمَا جَمِيعًا وَإِذَا ارْتَحَلَ بَعْدَ زَيْغِ الشَّمْسِ عَجَّلَ الْعَصْرَ إِلَى الظُّهْرِ وَصَلَّى الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا ثُمَّ سَارَ وَكَانَ إِذَا ارْتَحَلَ قَبْلَ الْمَغْرِبِ أَخَّرَ الْمَغْرِبَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْعِشَاءِ وَإِذَا ارْتَحَلَ بَعْدَ الْمَغْرِبِ عَجَّلَ الْعِشَاءَ فَصَلَّاهَا مَعَ الْمَغْرِبِ

Bahawasanya Nabi s.a.w. sewaktu perang Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum matahari condong Nabi melewatkan zohor sehingga menjamakkannya dengan asar, dan apabila hendak berangkat selepas matahari condong maka baginda solat zohor dan asar secara jamak kemudian baru Nabi berangkat, dan apabila hendak berangkat sebelum maghrib maka baginda melewatkan maghrib sehingga menjamakkannya dengan isyak dan apabila hendak berangkat selepas maghrib Nabi percepatkan Isyak dan menjadikannya bersama maghrib.

Hadis sahih diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmizi dan selainnya.

Tujuannya seperti yang diberitahu oleh Baginda s.a.w. Nabi mahukan supaya tidak menyusahkan ummatnya. –Muslim-

Maka menjamakkan solat di dalam keadaan musafir tidak memerlukan syarat sekiranya ada masyaqqah atau kesulitan.

Sebab itu di dalam hadis Muslim Ibn Abbas

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلاَ سفرٍ، وفي رواية ]له في غير خوف ولا مطر

Rasulullah s.a.w. menjamakkan di antara Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah, tanpa dalam keadaan takut dan tidak dalam keadaan musafir. Dalam riwayat lain dari ibn Abbas juga tanpa dalam keadaan takut atau tanpa dalam keadaan hujan.

Hadis ni jelas menunjukkan bahawasanya musafir itu ialah keadaan yang dibenarkan jamak, maka di dalam hadis ini di fahami Nabi menjamakkan solat di Madinah maksudnya bukan musafir, dan disebut tanpa dalam keadaan musafir.

Hadis ini juga membawa faedah bolehnya menjamakkan solat walaupun tidak dalam keadaan musafir. Disini baru datangnya perbahasan masyaqqah atau adanya keperluan untuk menjamakkan solat di dalam keadaan-keadaan tertentu, seperti keadaan yang genting, atau terpaksa, atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan sebagainya

Maka para ulamak mencontohkan doctor yang melakukan pembedahan, polis trafik yang menjaga lalu lintas, atau seseorang yang ada perkara yang tak dapat dielakkan maka boleh baginya untuk menjamakkan solat..

Dalam keadaan seperti ini maka para ulamak meletakkan syarat seperti mana yang disebut oleh Imam al-Nawawi, dengan syarat seseorang yang hendak melakukan jamak itu tidak menjadikannya adat atau kebiasaan, maksudnye sikit-sikit nak jamak, asik-asik nak jamak maka yang itu yang tak boleh…

Wallahu a’lam.

0 comments:

Post a Comment