Dec 28, 2008

Jamak Qasar Dalam Hutan Lebih Dua Minggu

asslamua'laikum..saya seorg student ada field work(kerja lapangan)..kami bermalam@tinggal@duduk di hutan selama 7hari utk mbuat penyelidikan..dlm masa 7hari tersebut boleh kata masa kami sentiasa padat dgn mencari bahan kajian kami..bolehker kami buat jamak qasar kerana kami mmg tidak bniat tinggal di hutan tersebut dan tinggal di hutan hny atas urusan kerja kajian

-------
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masalah bolehkah qasar jika menetap selama empat hari ke atas, ada khilaf masyhur. Majoriti mengatakan tidak boleh qasar (Maliki, Syafie, Hanbali).

Walaubagaimanapun, melihat kepada gambaran soalan anda, anda bermusafir masuk hutan, selama seminggu dengan tujuan membuat kajian, sedangkan hutan bukanlah satu penempatan, maka kami melihat anda masih dianggap sebagai musafir diharuskan qasar sembahyang. Inilah pendapat yang dipilih oleh sebahagian ulama spt Ibn Taimiyyah.

Dalilnya:
-Nabi SAW berada di Mekah ketika Pembukaan Mekkah selama 19 hari, dan baginda qasar solat. (HR Bukhari)

-Baginda juga berada di Tabuk selama 20 hari, dan qasar solat. (HR Abu Daud)
-Baginda juga ketika Haji Widak berada di Mekah selama 10 hari dan qasar solat. (HR Bukhari dan Muslim)

Manakala jamak solat pula, mengikut Fatwa Syeikh Uthaimin, ia diharuskan juga kerana masih dianggap sebagai musafir. Cuma lebih baik tidak menjamakkan sembahyang melainkan jika keperluan.

Perincian masalah boleh dirujuki:

- Fatwa uthaimin
http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_1966.shtml

Dan jawapan2 yang lepas:


SJ-06-0053 : Solat jama' & qasar 3 hari? (Syeikh Kamin)

SJ-06-0040 : 10 hari solat jamak dan qasar kerana musafir (Syeikh THTL)

1 comments:

amin jamal said...

salam..mohon penjelasan..
merupakan seorang pelajar univrsti yg menyertai koko palapes..ketika menjalani latihan..sminnggu sy mnjalni ltihan di kem dan seminggu berikutnya di dlm hutan..bolehkah sy mlakukan solat jamak qasar ktika dlm hutan,,walaupun jarak di antara kem dan hutan x sampai 2 marhalah?

Post a Comment