Dec 28, 2008

Solat Jamak Tanpa Niat

Salam
baru-baru sy dan kawan bermusafir,tiba disatu surau kawan sy menjadi imam bg jemaah surau itu pada solat marghrib .selepas solat maghrib tkawan sy mengajak sy solat jamak isyak,sedangkan saya tidak tau yg dia berniat untuk solat jamak,sy pula hanya niat solat maghrib shj,Sah atau tidak solat jamak isyak sy

-------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ulama' khilaf didalam hal ini. Ada yang berpegang kepada syarat solat jama' adalah berniat pada waktu pertama (contoh diatas adalah waktu maghrib) , semasa takbirnya [Lihat Zaadul Mustaqni'].

Syeikh Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa tidaklah menjadi syarat niat jama' ketika takbir al-ihram solat yang pertama. Yang menjadi syarat ialah wujudnya sebab melakukan jama', iaitu memasukkan [waktu] solat kedua bersama-sama solat pertama [al-Sharhu al-Mumthi'u, 2/219, cet Dar al-Ansar, 2003]. Ini juga merupakan pegangan Ibn Taimiyah.

Syeikh Ibn Baaz rh juga menyebut didalam fatwanya bahawa Niat [pada solat yang awal] bukanlah syarat [solat jama'] (والصواب أن النية ليست بشرط ) [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah li Samaahat al-Syeikh Ibn Baaz, 12/295].

Insya-Allah, jika anda berpegang kepada pandangan kedua ini, solat jama' anda sah. WA.

Sekian, wassalam

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..
ustaz...

sebelum mandi wajib di sunat kan kita untuk mengambil wuduk..dan selapas mandi wajib adakah perlu kita mengambil wuduk semula untuk solat..

Admin said...

W'salam,

Tak perlu berwuduk lagi selepas mandi hadas...

WA

Syaza Kaya Emas said...

ustaz,kalau solat jamak dlm keadaan x musafir boleyh ke ustaz.?

Admin said...

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

sila baca buku Travelog Minda Tajdid tulisan Dr Asri... WA

Post a Comment