Dec 9, 2008

Sudah Jamak & Sampai Masih Ada Waktu

assalamualaikum Wmt Wkt

Saya dah masuk arkib untuk cari jawaban tentang soalan saya tapi tak jumpa iaitu " adakah wajib solat Asar jika seseorang sudah solat jamak taqdim, dan sampai di rumahnya sebelum masuk waktu Asar dan masa yang ada masih banyak



Jawab:

Solat itu sah jika cukup syarat dan peraturannya. Ia bisa terjadi kerana kelancaran sistem pengangkutan hari terutamanya jika anda menggunakan sistem penerbangan. Misalnya anda sudah jama'-takdim di surau airport Kuching dan tiba airport Senai atau KLIA, Asar belum masuk, maka anda tidak perlu risau lagi mengenai Asar anda. Kelajuan dan kecanggihan sistem pengangkutan moden tidak merubah hukum solat safar. Solat safar merupakan sedeqah dari Tuhan dan ambillah sedeqahnya itu. (Musnad Imam Syafi'iy, ms 24; alJassas, Ahkamul Qur'an 2/253; Syawkani, Nailool Awthor 3/230) Juga lihat Fiqh Sunnah Jld 1) Allahu a'alam

2 comments:

Anonymous said...

Bolehkah kita melakukan solat zohor & asar (secara jamak takdim & qasar) pada waktu zohor, tapi kita tiba di rumah sebelum masuk waktu asar (eg. 30 minit sebelum waktu asar)?
JazakAllah...

Anonymous said...

kena solat semula asar itu.tapi zohor tak perlu solat.tetapi sekiranya sampai ke rumah masih dalam waktu yang pertama,iaitu zohor atau maghrib,maka solat yang kedua wajib dilakukan semula dengan sempurna 4 dan 3 rekaat

Post a Comment