Dec 9, 2008

Jamak Maghrib Isyak Dengar Azan Isyak

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Aidil Fitri dlm masa 2-3 hari lagi kepada semua warga Al-Ahkam. Terus kepada soalan :-

1. Pada ramadan yg lepas saya terlupa satu rakaat semasa sembahyang fardu Isyak, selepas memberi salam baru saya sedar kesilapan tadi, jadi saya terus bangun utk. menambah satu rakaat lagi. Saya melakukan demikian kerana ada terdengar hadis/sahabat yg berbuat demikian, iaitu dgn menambah rakaat yg tidak cukup tadi dan kemudian sujud sahwi. Yg menjadi kemusyikilan saya bagaimanakah niat utk menambah rakaat tersebut. Saya hanya berniat/ terlintas utk menambah rakaat yg tidak cukup. Sah kah sembahyang saya kerana melakukannya tanpa belajar? hanya berdasarkan hadis tadi dan terus melakukannya dan saya juga terlupa utk sujud sahwi selepas menambah rakaat tadi. Saya juga melakukan sembahyang Isyak sekali lagi selepas balik ke rumah.

2. Ada ustaz mengatakan mandi dibulan ramadan selepas waktu asar hukumnya makruh, begitu juga dgn gosok gigi selepas waktu zohor, bagaimana tu ustaz.

3. Masalah berkaitan sem. jamak. katakan kita melakukan sembahyang jamak magrib & isyak (jamak takdim) semasa melakukan solat maghrib dan belum sempat solat isyak lagi tiba2 azan isyak kedengaran @ selesai solat maghrib dan semasa takbir utk melakukan solat isyak tiba2 azan kedengeran, bagaimana status jamak takdim tadi kerana satu waktu dlm waktu maghrib dan satu waktu lagi dlm waktu isyak. Ini semua terjadi gara2 sembahyang jamak takdim tadi diakhir waktu maghrib...pening (jahil/jahil tukil). Semoga Allah menambahkan kefahaman & ilmu didada.

walllahualam, terima kasih



Jawab:

1. Tambahan raka'at bagi yg lupa tidak memerlukan niat yg baru. Ini kerana solat itu masih belum tamat cuma kurang raka'at sahaja. Memang disyari'atkan sujud sahwi, tapi jika anda terlupa melakukannya pun sah menurut Syafi'iyah kerana hukumnya sunat. Perbuatan melakukan semula solat Isya' itu perbuatan bid'ah kerana tidak ada dua solat fardhu utk satu waktu kecuali untuk menemani seseorang dan solat itu menjadi sunat. Solat tidak sah tanpa belajar sebab ilmu itu asas amal. Solat ada rukun dan syarat sah nya dan ini semua diketahui dgn belajar. Fiqh alManhaji

2. Mandi dan berus gigi selepas tergelincir matahari adalah harus dan tidak ada dalil yg menegahnya. Albani, mukhtasar sahih Bukhari dan Fiqh Sunnah

3. Jama' itu batal dengan sendirinya dan ia hendaklah menyempurnakan Isya' secara tamam (4 raka'at). Sepatutnya di masa depan, jika sudah di akhir maghrib, maka niatlah jama' taakhir. WA

2 comments:

Frown Clown said...

bolehlah terangkan tertib dalam qasar. tiada laman web yang menerangkan tentang tertib solat qasar. apakah yang perlu dibaca dan sebagainya. maaf kerana saya sedikit jahil.

Kudin said...

Bismillah... Katakan kita dh solat jamak taqdim. Sedang solat isyak dah tahiyyat akhir dah tiba2 azan. Kita belum beri salam lagi. Adakah solat isyak kita tu sah atau dikira batal dan kena solat isyak lain pula? Mohon penerangan...

Post a Comment