Dec 28, 2008

Solat Qasar Hingga Hari Ke Tiga

Salam

Harap Ustaz dapat membantu. Saya telah semak soalan terdahulu, namun ada sedikit kekeliruan bila berbincang dengan rakan sekerja.

Rakan ditugaskan utk kerja keluar negara (Guangzhou, China). Katakan masa yg ditetapkan ialah 8 hari di Guangzhou + 1 hari perjalan pergi + 1 hari perjalanan balik.

1) Menurut permahaman saya terhadap soalan terdahulu, mengikut mazhab syafie' apabila tiba sahaja di area Guangzhou, hari pertama itu dia sudah tidak boleh solat jama' & qasar lagi kerana telah 'pre-determined' utk duduk melebihi 3 hari (statusnya kini bermukim). Adakah pemahaman ini betul?

2) Bagaimana pula dgn pendapat (yg biasa didengar) bahawa dia masih boleh jama' & qasar sehingga hari ke -3 di Guangzhou, selepas itu barulah tidak boleh.

Terimakasih. Minta maaf kerana soalan berulang.

JKK.

-------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ahmar dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah

Quote:
Rakan ditugaskan utk kerja keluar negara (Guangzhou, China). Katakan masa yg ditetapkan ialah 8 hari di Guangzhou + 1 hari perjalan pergi + 1 hari perjalanan balik.

1) Menurut permahaman saya terhadap soalan terdahulu, mengikut mazhab syafie' apabila tiba sahaja di area Guangzhou, hari pertama itu dia sudah tidak boleh solat jama' & qasar lagi kerana telah 'pre-determined' utk duduk melebihi 3 hari (statusnya kini bermukim). Adakah pemahaman ini betul?


Menurut Imam Nawawi rh bahawa : "apabila seseorang yang sedang bermusafir berniat untuk menetap 4 hari selain dari hari masuk dan keluar (arrival dan departure), dia telah dikira bermukim, maka terputuslah ruhsah safarnya" [al-Majmu' Sharh al-Muhazzab, 4/238].

Kenyataan Imam Nawawi rh. ini merujuk kepada pre-determined trip yang melebihi 6 hari (4 hari + 1 hari sampai + 1 hari balik). Tahap Maksima yang membolehkan seseorang itu mendapat ruhsah Solat Qasar bagi Mazhab Syafie adalah 3 hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik (total 5 hari) [al-Fiqh al-Manhaji, 1/187].

Quote:
2) Bagaimana pula dgn pendapat (yg biasa didengar) bahawa dia masih boleh jama' & qasar sehingga hari ke -3 di Guangzhou, selepas itu barulah tidak boleh.


Bagi permusafiran yang melebihi 8 hari, sebaik sahaja anda tiba di Guangzhou, ruhsah mengqasarkan solat sudah tiada lagi, dan bukan sebagaimana kenyataan diatas, iaitu selepas 3 hari baru ruhsah tersebut hilang. Dari kenyataan Imam Nawawi diatas, kalau sudah merancang menetap disana 4 hari keatas, maka ruhsah tersebut sudah tiada.

Walaubagimanapun, Solat Jama' masih boleh dilakukan, tanpa qasar (memendikkan solat 4 rakaat), jika berlakunya kesukaran untuk menunaikan solat dan sebagainya. Dengan erti kata lain, jika bertemu kesukaran untuk melakukan solat, misalnya bolehlah melakukan Jama' solat Asar dengan Zohor, atau Maghrib dengan Isya' tanpa memendikkannya. Menurut Ibn Utsaimin, apabila timbul kesukaran maka diperbolehkan menjama' solat, contohnya kesukaran mengambil wudhu' dsb. Beliau mengatakan kesukaran (Musyaqqah) itu pelbagai (والمشقات متعددة ). Allah swt sentiasa memberi kemudahan kepada hambanya yang menghadapi kesukaran. Firman Allah swt :

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ
"(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"[al-Baqarah : 185]

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
"dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama" [al-Haj : 78]

Demikianlah pandangan Mazha Syafie mengenai solat jama'. Pemahaman anda (soalan 1) mengenai solat Qasar menurut Mazhab Syafie adalah betul. WA.

Sekian, wassalam

1 comments:

Anonymous said...

bagaiman dengan pendapat yang menyatakan selagi tidak berniat untuk menetap disana ,boleh jama dan kasar sampai bila-bila
boleh jelas kan perbezaan kondisinya ustaz, kurang paham.

Post a Comment