Salam
mana yang perlu didahulukan pada solat jama' ta'khir? Solat tuan rumah atau solat yg lebih awal. Minta disediakan dalil bg kedua2 (jika terdapat khilaf dlm hal ini).
Sekian, terima kasih.
-------
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
Apabila jamak taakhir, ada khilaf adakah wajib tertib antara sembahyang atau tidak.
Pndapat Pertama
Ada pendapat yg mewajibkan tertib antara 2 sembahyang dalam jamak taakhir. Berdalilkan kepada beberapa perkara:
1) Sunnah Nabi ketika jamak taakhir di Muzdalifah, baginda mendahulukan sembahyang maghrib, kemudian barulah sembahyang isyak. (HR Bukhari dan Muslim)
Dan kaedah dalam sembahyang: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku sembahyang".
2) Firman Allah dalam surah al-Nisa ayat 154: "Sesungguhnya sembahyang itu kewajipan yg ditentukan waktunya atas org2 mukmin".
Penjelasan Dalil: Syarak telah menyusun 5 sembahyang fardhu, dan tidak memerintahkan semabhyang isyak kecuali setelah selesai kewajipan maghrib, dan tidak memerintahkan solat asar kecuali setelah selesai kewajipan zohor.
Maka dikekalkan susunan ini seperti asalnya.
3) Sabit dalam hadis sahih bahawa Nabi SAW mengqadha' sembahyang mengikut tertib. Jika diambilkira tertib dalam sembahyang qadha', maka lebih aula diambil kira tertib dalam sembahyang jamak taakhir. kerana jamak taakhir adalah tunai, bukannya qadha'.
Pendapat Kedua
Ada ulama tidak mewajibkan tertib dalam jamak taakhir. dan ini pendapat yg disahihkan dalam mazhab syafie. Dan mereka berpendapat tertib adalah sunat.
Dalilnya: Perbuatan Nabi yg disebut diatas ditafsirkan sebagai sunat, bukannya satu kewajipan dan kelaziman.
wallahu a'lam
rujukan:
Majmuk Nawawi 4/178
syarah mumti' Uthaimin 4/402
syarah Syeikh Al-Syanqiti (Zad Mustaqni')
Dec 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment