Dec 28, 2008

Mengambil Rukhsah Solat Qasar

Salam

adakah benar sekiranya ketika musafir kita mengerjakan solat secara tamam maka terputuslah kita daripada dibolehkan solat jamak??

saya dah cuba cari soalan ini tp xjumpa. maaf jika sudah dijawab.

-------
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Keharusan mengambil rukhsah jamak sembahyang adalah kerana illah (sebab) musafir. Maka selagi seseorang dalam keadaan musafir, diharuskan mengambil rukhsah ini. Ia tidak terbatal dengan sebab seseorang melakukan solat secara tamam (tidak qasar).

Maka seseorang musafir boleh mengambil rukhsah jamak dan qasar sekaligus, boleh mengambil rukhsah qasar sahaja, dan boleh mengambil rukhsah jamak sahaja.

Wallahu A'lam.

0 comments:

Post a Comment