Dec 28, 2008

Jamak Taqdim Atau Taakhir Bila Sampai Destinasi

Assalamualaikum,

Ini adalah lanjutan soalan tentang perihal solat jamak dan qasar. Saya difahamkan bhw. kita boleh menjamak dan mengqasarkan solat apabila tiba dan menetap ditempat musafir lebih dari 3hari/2 malam (tidak terikat kepada berapa hari bermusafir) selama mana kita tak ada niat untuk bermastautin. Ini adalah pandangan Syeikh Ibnu Tammiyah berdasarkan dalil sahih. (Sila perbetulkan perkara ini jika saya silap)

Soalan saya,

1)Bolehkah saya menjama'kan solat pada waktu takhir (misalnya, solat Asar pada waktu Asar, dan solat Zuhur pada waktu Asar) dan mengqasarnya (2 rakaat, 2 rakaat )sekaligus, setelah tiba dan menetap di tempat musafir?

2)Atau saya hanya boleh menjama'kan solat pada waktu takdim sahaja dan mengqasarnya sekaligus?

W'salam...

-------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Hadith yang biasa dirujuk berkenaan dengan menjama' solat ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra. bahawa :

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ ، وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ . [وفي رواية : وَلَا سَفَرٍ] قيل لِابْنِ عَبَّاسٍ : لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ ؟ قَالَ : كَيْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya' di Madinah, dimana tidak terdapat ketakutan atau hujan. [didalam riwayat yang lain : tidak pula bermusafir]. Telah dikatakan kepada Ibn Abbas ra. : Mengapa dia melakukan begitu? Beliau berkata : Agar Umat baginda tidak dibebankan dengan kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Seseorang yang bermusafir mempunyai dua pilihan didalam melakukan solatnya :-

a. Dia boleh menjama' dan mengqasarkan solatnya, samada jama' taqdim atau jama' Ta'khir.

b. Dia boleh tidak menjama'kan solatnya, akan tetapi menunaikan setiap solat pada waktunya secara qasar (memendikkan solat bagi solat yang mempunyai 4 rakaat)

Pandangan (b) dipilih jika seseorang itu tidak menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat pada waktunya. Malah Nabi saw tidak sentiasa menjama'kan solatnya pada setiap permusafiran, malah dia menjama'kan kadang-kadang dan kadang kala tidak menjama'kannya. Ada dikalangan ulama' yang tidak membenarkan menjama' solat didalam permusafiran kecuali jika seseorang itu masih didalam perjalanan. Akan tetapi jika dia telah berhenti atau sampai ketempat yang dituju, dia tidak dibenarkan menjama'kan solat.

Walau bagaimanapun, pandangan ini bukanlah mutlak, dimana seseorang musafir itu dibenarkan menjama'kan solat semada dia bergerak ataupun telah turun dari perjalanannya. Sebagaimana Imam Ahmad rh dan Abu Daud telah meriwayatkan bahawa Nabi saw semasa peperangan Tabuk telah menjama'kan solatnya semasa baginda berhenti dari perjalanannya.

Syeikh Ibn Utsaimin rh didalam mengulaskan hadith yang membenarkan menjama' solat ketika turun dari perjalanan, menjelaskan bahawa hukumnya adalah dibenarkan; HARUS, oleh kerana terdapatnya KEPERLUAN menjama;kan solat. Kerana Nabi saw juga tidak menjama'kan solat ketika menunaikan Haji apabila berhenti di Mina.

Ibn Utsaimin rh berpendapat bahawa berdasarkan ini, maka seseorang musafir yang telah berhenti (seperti sampai ditempat yang dia tuju) agar tidak menjama'kan solat. Memadai melakukan solat pada waktunya secara qasar (Zohor dilakukan pada waktu zohor dengan 2 rakaat). Akan tetapi, jika dia masih lagi menghadapi kesukaran semasa perhentian tersebut, seperti sukar mendapatkan air, atau kepenatan dan keletihan dsb, maka bolehlah dia menjama'kan solatnya.

Didalam permasalahan diatas, anda juga mempunyai dua pilihan; samada menjama'kan solat, samada secara taqdim atau ta'khir, atau menqasarkan sahaja solat tanpa menjama'kannya.

Sebagai penutup, kami petikkan sebuah fatwa dari Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

المسافر المقيم (يعني : النازل في مكان) مخير إن شاء جمع جمع تأخير وإن شاء جمع جمع تقديم ، والأفضل له أن يصلي كل صلاة في وقتها كما فعل النبي صلى الله عليه وسلم في منى في حجة الوداع، فإنه كان يصلي كل صلاة في وقتها ، لأنه مقيم فإن دعت الحاجة إلى الجمع فلا حرج ؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم جمع في غزوة تبوك وهو مقيم

"Seseorang musafir yang telah berhenti, bolehlah memilih untuk menjama'kan solat secara ta'khir atau taqdim. Adalah AFDAL baginya melakukan setiap solat pada waktunya sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw semasa di Mina pada Haji Wadaa'. Sesunguhnya baginda melakukan setiap solat pada waktunya kerana sesungguhnya beliau telah bermuqim disana. Akan tetapi jika terdapat keperluan untuk menjama'kan solat, maka tiadalah ia suatu halangan, kerana Nabi saw menjama'kan solatnya semada ghazwah Tabuk walaupun baginda bermuqim (berhenti dari perjalanan)" [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 12/281-282].

Sekian, wassalam

32 comments:

meeyour97@yahoo.com.my said...

apakah hukumnya bagi seorang yg membuat jamak taqdim maghrib/isyak dalam waktu maghrib tapi dia lakukan solat Isyak dahulu baru solat maghrib.?

aizuddin said...

Salam meeyour,

Tak berapa jelas soalannya. Jamak taqdim dalam waktu maghrib tak ada masalah memang dibolehkan. Mengapa perlu solat isyak dulu padahal ingin melakukan jamak taqdim sedangkan anda berada dalam waktu maghrib?

kalau dalam musafir ada beberapa pilihan:

1. boleh qasar (pendekan) bila masuk waktu. Boleh qasar maghrib dalam waktu maghrib boleh qasar isyak dalam waktu isyak.

2. boleh jamk taqdim dalam waktu maghrib.

3. boleh jamak ta'khir dalam waktu isyak.

Anonymous said...

Alhamdulilah setelah saya baca beberapa soal jawab dalam ruangan ini, saya makin faham berkaitan Jama' dan Qasar. Cuma sekiranya kita telah jama' kan solat kita, bagaimana pula dengan solat sunat rawatibnya ( solat sunat sebelum dan sesudah ). Dan sekiranya kita hanya mengQasarkan solat tersebut bagaimana pula dengan solat sunat rawatibnya juga.

Anonymous said...

asalamualaikum
contohnya saya pulang dr kampung halaman ke rumah sya di kuala lumpur. saya tiba di rumah sy di kuala lumpur sekitar jam 9:00 malam, dimana waktu maghreb sudah tamat. benarkah ada pendapat mengatakan sy boleh menjamakkan maghreb dan isyak (jamak takhir)tetapi tidak boleh di qasarkan. maka sy perlu menunaikan 4+3 rakaat. atau bgaimanakah cara yg betul? terima kasih

Admin said...

W'salam,

sampai dirumah sendiri di Kuala Lumpur taraf musafir telah lupus, kena solat penuh. Layak Jamak atau qasar ketika dalam perjalanan dan di tempat destinasi sahaja. Tak ada pilihan kena ganti semula solat maghrib dan solat isyak tamam.

Admin said...

W'salam

Sebenarnya bila sampai di kampung halaman dan bila telah kembali ke rumah sendiri di Kuala Lumpur taraf musafir itu telah lupus. Musafir hanya dalam perjalanan sahaja. Jadi kena solat isyak penuh dan kena ganti semula solat maghrib

Anonymous said...

salam ustaz,saya ade masalah tentang solat jama'&qasar ini.

soalan saya:bolehkah kita jama' solat kita dimukim kawasan kita selagi mana kita xsampai rumah kita sendiri?maksud saya,solat jama' di kawasan taman rumah,tidak di rumah.harap usataz paham soalan saya.syukran alaik

Anonymous said...

maksud saya,kita dari perjalanan.kemudian tiba di mukim kawasan perumahan kita.kita solat di surau rumah kita atau solat di kampung sebelah.yakni sebelum sampai di rumah kita sendiri.

adakah boleh kita jama' sbb dah masuk mukim kawasan rumah kita.cuma xmasuk rumah je lagi.

Admin said...

dalam perjalanan pulang, dekat nak sampai rumah masuk waktu solat kita boleh qasar kerana masih di kira dalam perjalanan... WA

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz,

Ingin bertnya,bersangkut paut dgn soalan utama d atas, adakah kita dbenarkn solat jamaq + qasar setelah smpai ke destinasi utk jangka masa 3hari(x berniat utk bermastautin).
Harap Ustaz memahami soalan ini.

trima kasih.

Anonymous said...

salam ustaz..
situasi : ingin bermusafir, waktu zohor telah masuk dan ketika ini masih berada di rumah..memulakan perjalanan dan dlm perjlnn melakukan jamak qasar waktu zohor dan asar..

soalan :

1) bolehkh sembhyg jamak qasar zohor n asar dlm waktu zohor di dlm perjlnn pdhal sudah masuk waktu zohor sebelum memulakn perjlnn?

situasi : ketika memulakn perjlnn waktu zohor belum masuk, setelah memulakan perjlnn, dlm 5 minit kemudian telah masuk waktu zohor dan berhenti sembahyg di tempat dimana jauhnya 3 -5 km sahaja dr rumah.

soalan :

1) bolehkh jamak qasar zohor n asar dlm jarak sebegitu dr rumah walaupun destinasi yg hendak dituju sudah mncukupi 2marhalah.

sekian terima kasih.

wassalam

Admin said...

W'salam

syarat qasar atau jamak setelah keluar dari mukim. Adakah jarak 5km telah keluar dari daerah kediaman anda?

1. Bila telah keluar dari mukim boleh qasar solat zuhur (qasar = pendekkan jadi 2 rakaat)kerana masih dalam waktu zuhur. atau boleh jamak (gabungkan solat zuhur dengan asar) dalam waktu zuhur.

2. solat qasar dibuat dalam waktu solat yang ditetapkan tidak boleh dibuat diluar waktu solat.

Anonymous said...

salam..
dari soalan di ats, maksudnya..walaupon ketika masok waktu zohor kita masih berada di rumah dan boleh menjamak kan waktu zohor tersebut setelah keluar mukim?

Anonymous said...

pernah terdengar ketika masuk waktu zohor dan ketika itu masih berada dirumah perlu selesaikan waktu zohor dengan cara biasa iaitu 4 rakaat dahulu dan dlm perjalanan ketika masuk waktu asar baru boleh qasar kan..ataupon jika ingin jamak zohor dan asar..kita perlu keluar dari mukim sebelum masuk nya waktu zohor..dan boleh selesaikan kedua2 waktu dengan cara jamak taqdim atau jamak ta'khir..mohon penjelasan..terima kaseh

Unknown said...

Salam, saya bekerja dengan jarak 106.4km sehala, ketika perjalanan pulang, saya sering kali menjamakkan Isyak ke dalam Maghrib serta menqasarkanya...di hentian tol 6-8km sebelum sampai ke rumah..( mengelakkan keletihan dan cuai)
TOLONG Perbetulkan jika saya mengambil langkah yang salah.. bagi memenuhi pendapat yang mengatakan kehidupan ini adalah musafir..

Admin said...

W'salam

kalau dah masuk waktu solat dan kita masih dirumah belum lagi berangkat untuk bermusafir, kena solat penuh dulu. Solat qasar atau jamak hanya boleh dilakukan dalam perjalanan selepas keluar dari mukim... WA

Admin said...

Untuk Fairuz... kita kena semak dulu status solat maghrib anda...

kerana jika anda telah sampai di rumah status musafir telah gugur tak ada lagi. jika sampai sebelum masuk waktu isyak bermakna solat isyak dah kena buat penuh sebab sudah berada dirumah...

jika telah masuk waktu isyak dan anda masih dalam perjalanan memang boleh jamak atau qasar solat maghrib dan isyak.

shamsul said...

Salam,
Saya dalam perjalanan balik dari Sabah.Apabila tiba di lapangan terbang KLIA bolehkah saya sembahyang Jamak dan Qasar sedangkan saya sudah tidak lagi musafir.

Admin said...

Shamsul bergantung pada jarak KLIA dengan rumah kediaman anda, jika masih jauh anda masih dalam status musafir, boleh jamak atau qasar solat. WA

hasyim said...

daripda soalan anon september 29,2010 di atas, sy msh kurang jelas satu perkara.. jawapan ustaz ini sy faham:

"kalau dah masuk waktu solat dan kita masih dirumah belum lagi berangkat untuk bermusafir, kena solat penuh dulu. Solat qasar atau jamak hanya boleh dilakukan dalam perjalanan selepas keluar dari mukim"...

cuma timbul persoalan, bolehkah jika sekiranya sy ingin tunaikan solat tersebut di masjid luar (bila keluar dari mukim) dan bukan di rumah?..mksud sy, sy solat jamak qasar di luar dan bukan di dalam rumah...bolehkah?..

Admin said...

hasyim.

sudah tentulah kita akan solat jamak atau qasar diluar rumah apabila telah memulakan perjalanan... samada di mana-mana musola, surau, mesjid atau sendirian...

sila baca soalan tentang musafir yang berimamkan imam yang solat penuh... WA

TheHaikal said...

salam ustaz,
sy ingin bertanyakan berkenaan solat jamak secara berjamaah

1)adakah bole seseorang yang ingin membuat jamak berimamkan seorang yang sembahyang yang bukan niat untuk jamak?Dan bagaimana pula yang sebaliknya?

Admin said...

W'salam...

Boleh hukumnya.
Dalil: HR Ahmad dari Musa bin Salamah ra, "kami bersama Ibn Abbas ra di Mekah, bila kami bermakmum kepada penduduk Mekah, kami solat 4 raka'at dan bila kami bermusafir semula, kami solat qasr 2 Raka'at." WA

Anonymous said...

Salam,
Saya nak tanya.
Saya difahamkan solat jamak dan qasar dibolehkan untuk satu perjalanan yang melebihi 2 marhalah. Bagaimana pula jika dalam perjalanan pulang yang juga melebihi 2 marhalah, saya membuat jamak takhirkan solat saya di surau berhampiran rumah?

ir said...

salam ustaz,ana nak tanya.jika ana pulang ke kampung selama 5hari dengan jarak melebihi 2marhalah,adakah ana boleh solat jamak&qasar.ataupun hari pertama-ketiga sahaja boleh jamak&qasar.selebihnya xboelh.@pun tidak dibenarkan terus kerana melebihi 3hari.

Admin said...

w'salam ir,

kampung enta adalah watan asli jadi tidak layak qasar atau jamak di kampung sendiri. Enta hanya layak qasar dalam perjalanan sahaja. WA

syamsul said...

bn Utsaimin rh berpendapat bahawa berdasarkan ini, maka seseorang musafir yang telah berhenti (seperti sampai ditempat yang dia tuju) agar tidak menjama'kan solat. Memadai melakukan solat pada waktunya secara qasar (Zohor dilakukan pada waktu zohor dengan 2 rakaat).

soalan saya: Bolehkah saya solat berjamaah mengikut imam, tetapi apabila selesai rakaat kedua saya akan memberi salam, sedangkan imam akan bangkit kepada rakaat ketiga. Atau saya langusung tidak dibenarkan mengikut imam yang solat tamam.. minta penjelasan.

sabridaud said...

assalammualaikum, bagaimana jika kita bermusafir dan menetap melebihi 3 hari di destinasi dan akan balik ke rmh pada hari ke 5? boleh atau tidak kita menjamak/qasar solat pada hari 1, 2, 3, 4 dan 5 tersebut?

Anonymous said...

assalammualaikum..saya dari KL pergi ke perlis selama 3 hari..
setelah sampai ke rumah tumpangan adakah saya perlu solat jamak sahaja atau solat jamak dan qasar sekali.. saya pernah terdengar jika kita sudah sampai destinasi atau hotel. kita hanya boleh jamak sahaja .contoh solat margrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat,.x boleh dipendekkan rakaatnya..adakah ini betul.mintak pencerahan.

Unknown said...

Assalamualaikum tuan.. Flight saya dr sabah ke kl pkul 6.50 mlm.. So setibanya saya di klia2, boleh ka saya jamak solat magrib n isyak di klia2? Jarak dr klia2 ke wangsa maju (rumah saya) sekitar 50 km sahaja..

lindut91 said...

Assalamualaikum. Nak tanya, contohnya saya gerak dari kl ke kedah dan dianggarkan boleh sampai sebelum maghrib tapi saya sengaja melambatkan perjalanan agar boleh jamak maghrib dgn insyak. Apakah hukumnya? Yang saya tau xboleh tapi ada cakap boleh. Thank u in advance.

Anonymous said...

Cool and I have a super offer you: Whole House Renovation Cost Calculator home addition contractors

Post a Comment