Dec 28, 2008

Jamak Solat Supaya Cukup Tidur

Assalamualaikum,

Saya akan memberikan satu senario untuk menerangkan soalan saya. Harap ahli-ahli panel dapat menjawab.

1. Seorang muslim A bekerja shift malam dari jam 12 malam hingga 12 tengahari. Selepas kerja, sampai ke rumah jam 1 petang. Siap mandi dan makan jam 2. Bolehkah A jamakkan solat Zohor dengan Asar (serta mungkin jamakkan Maghrib dengan Isyak) supaya dapat tidur 6 jam (2.30pm - 8.30pm)?

Terima kasih.

-------
Salam...

Secara kaedahnya , perbuatan menjamakkan solat kerana ingin mencukupkan waktu tidur adalah perbuatan yang tidak dibenarkan dalam Islam.Ini kerana , dalam situasi yang disebutkan di atas , kami mendapati tidak terdapatnya sebarang kesukaran atau masyaqqah yang menjadi penyebab kepada dibolehkan untuk menjamak solat.Malahan perbuatan tersebut juga tidak kami temui contohnya dari amalan para salaf.

Tidak menjadi suatu perkara yang sukar untuk saudara/i bangun pada setiap kali waktu solat untuk menunaikan kewajipan dan perintah solat tersebut.Apatah lagi sekiranya saudara/i tidak berseorangan dalam rumah tersebut yang mana saudara/i boleh mengamanahkan kawan-kawan saudara untuk mengejutkan saudara/i pada setiap kali waktu solat.

WA

0 comments:

Post a Comment