Dec 28, 2008

Ingin Solat Jamak Sebelum Masuk Waktu Solat

Salam

Minggu depan sy akan gerak dari kulim ke shah alam dgn menaiki bas. Bas akan bertolak dari stesyen butterwoth jam 11:30pg dan dianggarkan akan smpi di pudu dlm jam 4ptg dan meneruskan perjalanan hingga ke shah alam.
Dalam anggaran sy, akan tiba di shah alam pd jam 6ptg.

Jadi, adakah syara' mengizinkan sy jika sy lakukan jama' dari asar ke zohor di rumah sy?

Pohon penjelasan pari pihak panel AAN sebelum ari khamis minggu depan (8-11-07)

Wassalam

-------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda sekadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
Jadi, adakah syara' mengizinkan sy jika sy lakukan jama' dari asar ke zohor di rumah sy?


Kami andaikan rumah anda berada di Kulim, dan anda ingin melakukan jama' zohor dan asar sebelum masuk waktu zohor. Jawapannya : tidak boleh melakukan solat fardu sebelum masuk waktunya. Firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [Surah al-Nisaa' : 103]

Alternatif yang anda boleh lakukan adalah seperti berikut :-

a. Anda boleh melakukan solat Qasar Zohor (sahaja) didalam BAS dan menunaikan solat Asar sebaik sahaja sampai di Shah Alam. Pandangan Qasar tanpa Jama' merupakan piihan Syiekh Ibn Taimiyah rh. Beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik ditunaikan setiap solat pada waktunya, jika benar-benar tidak ada hajat untuk melakukan jama'. Kerana menurut beliau, Nabi saw sentiasa melakukan solat Qasar pada masa musafir apabila masuk waktu solat tersebut (Majmu' Fatawa, 24/19).

b. atau, lakukan Solat Qasar dan Jama' Zohor dan Asar sebaik sahaja sampai di Pudu Raya. Jika waktu itu masih ada waktu solat zohor, maka bolehlah lakukan Solat Qasar dan Jama' Taqdim.Jika waktu di Puduraya menunjukkan masuk waktu Asar, maka anda boleh menunaikan Solat Qasar dan Jama' Ta'khir.

c. atau, jika keadaan tidak mengizinkan untuk anda melakukan Solat di Puduraya atas sebab-sebeb tertentu (takut terlepas bas dsb), maka anda boleh melakukan Solat Jama' Ta'khir di Shah Alam atas alasan kesukaran untuk melakukan solat. Solat 4 rakaat penuh Zohor dan diikuti oleh Solat 4 rakaat penuh Asar. Anda tidak boleh mengqasarkan solat sebab status musafir telah luput kerana kami andaikan Shah Alam ialah tempat anda bermastautin. Kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-

يجوز للمقيم أن يجمع بين الصلاتين إن كان هناك حرج من أداء الصلاة الثانية في وقتها ، والجمع أوسع من القصر ، فلا قصر إلا لمسافر ، والجمع يجوز للمسافر والمقيم حيث يوجد الحرج من أداء الصلاة الثانية سواء في وقتها أو في جماعة .

"Dibenarkan bagi seseorang yang bermukim (tidak musafir) menjama'kan dua solat jika ia menjadi terlalu sukar untuk melakukan solat yang kedua pada waktunya. Kebenaran menjama'kan solat adalah LUAS berbanding dengan memendikkan solat, kerana memendik (qasar)kan solat hanya dibenarkan kepada musafir sahaja. Akan tetapi jama' dibenarkan kepada musafir dan bukan musafir untuk menjama' solat apabila menghadapi kesukaran menunaikan solat yang kedua samaada pada waktunya atau didalam jemaah" [Islam-QA : Soalan no: 20017]

Sekian, wassalam

5 comments:

Aisya Humaira' said...

kalau nak solat jama' atas bas..kena solat macam biasa ke?or just niat?da lupa caranya

Admin said...

Salam aisya

cara solat dalam bas boleh rujuk di ahkam net

http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=16383.

WA

Anonymous said...

assalamualaikum...saya skrang berada dalam keadaan kebingungn..dalam situasi saya ini, sy akan menaiki bus ke kl dr perak jam 3 ptng pada hr jumaaat dan d anggarkan sampai kl pada waktu mlm..persoalannya,adakah saya boleh jama' solat jumaat dan solat asar?dan adakah hukum solat jumaat dgugurkan ke atas saya dalam situasi ini,dan melakukan jama' solat zohor dan asar?dan bolehkah saya melakukan jama' d rumah sebelum bermusafir atas faktor, bus sy akan sampai waktu malam,

Admin said...

W'salam,

bertolak jam 3 petang masih ada waktu untuk solat jumaat di masjid berhampiran dengan stesen bas, waktu jumaat tamat jam 2 ptg. Jika musafir dalam waktu jumaat gugur kewajipan solat jumaat, tetapi kebanyakan ulamak mewajibkan solat zuhur sebagai ganti.

TIDAK boleh jamak solat Jumaat dengan solat 'asar. WA

Anonymous said...

Salam,di mana boleh saya dapatkan maklumat masuk waktu solat luar negara khususnya di amsterdam,paris dan rome dari 18-30 April 2011.kalau boleh maklumkan saya terutama waktu subuh, zuhor. krn nak jamak awal zuhur dan asar dan solat jamak akhir maghrib dan isyak. terima kasih.

Post a Comment