Salam
Saya telah membaca bank2 soalan mengenai solat jama' tanpa musafir. Cuma ada persoalan lain yg tak dapat saya jumpai dalam al-ahkam.
Kes: Seorang pelajar ada kelas pada PERTENGAHAN waktu zohor dan berakhir pada AKHIR waktu asar (atau mungkin awal waktu maghrib).
Kerana khuatir tidak sempat solat asar, maka pelajar tersebut telah solat jama' taqdim tanpa qasar.
Nak dijadikan cerita (mmg betul2 berlaku), kelas tersebut habis awal dari sepatutnya, dan waktu asar masih agak panjang.
Soalan : Perlukah pelajar tersebut mengulangi solatnya kerana 'ilah kesukaran utk solat telah hilang.
Sekian terima kasih.
-------
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Seorang yang telah menjamakkan antara 2 solat dalam kes2 yang harus jamak padanya, maka dia sudah menunaikan tanggungjawabnya. Jika illahnya sudah tiada, dia tidak perlu mengulangi balik solatnya.
Sama seperti seorang yang bermusafir, menjamakkan antara Zohor dan Asar pada waktu Zohor, kemudian sampai ke rumanya sebelum Asar. Dia sudah tidak wajib mengulangi balik Asarnya, kerana dia sudah melakukannya pada waktu Zohor. Walaupun, illahnya (musafir) sudah tidak ada masa itu.
Begitu juga, musafir yang solat dengan tayammum sebab tak ada air, kemudian lepas bagi salam baru ada air, maka x perlu ulangi solat. (Majmuk 2/306)
Wallahu A'lam.
Dec 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bolehkah jika seseorang melakukan solat jamak kerana dia merupakan tuan rumah pada majlis perkahwinan anaknya....
bagaimanakah cara dilakukan?...samada 2 -2 or 4-4
apa yang boleh dijadikan alasan sebagai darurat dalam majlis perkahwinan? Tuan rumah mempunyai lebih dari cukup waktu untuk melakukan solat biasa?
Assalamualaikum wbt,
Saya berasal dari PJ dan kini bertugas di Perlis (saya tidak bercadang untuk menetap di Perlis, jika boleh bertukar ke KL saya akan kembali ke KL. Cuma tidak tahu berapa lama saya perlu bertugas di Perlis). Ada tiga persoalan yg ingin saya ajukan:
1) Adakah dibolehkan untuk saya menjamak dan qasar solat Maghrib dan Isya' dalam perjalanan pulang ke PJ/Perlis, sedangkan saya amat pasti yang saya akan sampai ke destinasi sebelum waktu Isya' luput (paling lewat pun 2 pagi).
2) Sekiranya saya bertolak kembali ke Perlis pada petang Ahad dan sampai pada malam Isnin, dan ingin kembali semula ke PJ pada pagi Jumaat (dalam 10 pagi) minggu yang sama, adakah saya diharuskan mengqasar solat sepanjang berada di Perlis?
3) Bagaimana pula dengan solat Jumaat pada hari saya bertolak tersebut - adakah saya boleh meninggalkan solat Jumaat kerana saya bercadang untuk balik PJ dengan menaiki bas.
Terima kasih atas pencerahan yang diberikan. Wassalam.
1 dan 2 PJ adalah tempat tinggal tetap sementara Perlis adalah tempat mastautin anda. Kedua-dua tempat anda tidak layak qasar atau jamak. Tetapi dalam perjalanan dari PJ ke Perlis dan sebaliknya anda layak jamak atau qasar. Dalam masalah ini anda boleh jamak ta'khir maghrib dan Isyak ketika sampai di Perlis kerana tidak dapat menunaikan solat maghrib dalam perjalanan.
3. Musafir digugurkan kewajipan solat Jumaat sekiranya bertolak sebelum waktu solat Jumaat dan waktu solat Jumaat jatuh ketika masih dalam perjalanan. Sekiranya bertolak selepas waktu Jumaat anda wajib solat Jumaat. WA
Post a Comment