Saya bekerja di kuala lumpur dan menetap di gurun kedah. setiap minggu saya akan pulang ke gurun pada hari jumaat petang dan kembali atau tiba di kuala lumpur pada subuh isnin dan terus kepejabat, Di kl saaya hanya menyewa bilik hanya semata-mata untuk tidur dan mandi sahaja, Adakah saya boleh sembahyang secara jamak dan qasar semasa berada di kuala lumpur?
-------
Wassalam
al-Jawab:
Mengikut Fiqh Madzhab, antaranya Syafi'iyah, anda dianggap bermukim di KL kerana menetap melebihi 4 hari 4 malam dan dilakukan secara konsisten (Isnin-Juma'at). Anda dibenarkan jama'/qasr hanya semasa dalam perjalanan sahaja. Bila tiba di destinasi tetap (Gurun) dan destinasi bermukim utk bekerja (KL), maka gugurlah hukum solat safar menurut ketetapan dalam madzhab Syafi'iy (Zakariya Ansari, syarh Raudhz atThalib, 1/236)
Jika anda ingin mengikut pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Ibn Hazm, tidak sesuai dgn realiti Malaysia kerana anda akan hilang kesempatan bersama solat berjama'ah dgn komuniti di sekitar pejabat anda dan tempat anda menyewa bilik. [U/P: Pendapat Ibn Taymiyah membolehkan anda menqasar solat tanpa perlu mengambil kira faktur jarak (KM/perbatuan), status bermukim dan berapa lama anda menetap] WA
Dec 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
assalamualaikum..
saya ingin bertanya 1 soalan..tetapi tidak tahu di mana ingin bertanya..jadi saya ambil di bahagian komen ini sahaja..
soalan:
saya adalah pelajar uitm kedah tetapi saya menetap di selangor..adakah saya di anggap musafir jika saya dari selangor ke kedah??? dan adakah saya boleh melakukan solat jama' ketika saya sampai di kampus???
W'salam
menetap di Kedah menetap adalah dikira tempat anda mastatutin. Di selangor dikira watan hakiki, tempat asal awak. Jadi kedua-dua daerah ini gugur taraf musafir. Awak cuma boleh qasar waktu dalam perjalanan sahaja, sampai dirumah taraf musafir tidak ada lagi.
ABCD2365
As-SALAM,
Sayan ingin bertanya, bagaimanakah hendak lakukan solat jika 'tertinggal' solat jamak+qasar (Dzohor+Asar) atau(Maghrib+Isya')... Bagaimana cara Qadho solat-solat yang tertinggal. Adakah harus dilakukan sepenuhnya (4 rakaat setiap satu) atau bagaimana?
Wassalam
SALAM
mohon penjelasan..
sy berasal dari kelantan dan bekerja di terengganu,subulan sekali sy balik ke kg di kelantan,sy hanya balik selama 2@3 hari sahaja..jadi, bolehkah sy nk lakukan solat jamak+qasar ketika berada di kg?
Kes azhar ini bukan masalah soalt jamak qasar .. tetapi lebih masalah qadha solat ...
Anda wajar mengqadhakan semua solat itu dgn tamam dan beristgfar agar tidak mengulanginya ...
Isu ni tidak diterima bagi puak2 wahabi yg tiada tempat bg solat qadha .. bg mereka solat itu hanya pada waktunya mengikut ayat quran secara zohiri ...
Post a Comment