Assalamualaikum,
Ada beberapa persoalan mengenai ini.
1. Boleh kah solat Jamak di atas kapal yang tidak bergerak? Contoh seperti kapal yang digunakan oleh pelantar minyak sebagai tangki minyak terapung sementara menanti kedatangan kapal tanker. Pekerja-pekerja tersebut bekerja mengikut jadual 2 minggu atau 4 minggu. Bila cukup waktu mereka kembali ke kampung masing-masing. Bolehkah pekerja-pekerja kapal tersebut dikira sebagai musafir semasa atas kapal tersebut?
2. Bagaimana pula dengan perkerja-pekerja kapal penggerudian. Kapal-kapal tersebut akan berada di satu lokasi penggerudian untuk tempoh berminggu, berbulan atau bertahun. Bila selesai, kapal ini akan bergerak ke lokasi lain. Bolehkah pekerja-pekerja kapal penggerudian tersebut solat jamak. Mereka juga ikut jadual 2 minggu atau 4 minggu.
3. Lagi ... member suruh tambah lagi... yang kerja kat atas pelantar minyak tetap (tidak boleh bergerak lagi dah sebab kena piling), boleh tak dikira musafir dan solat jamak.
Terima kasih untuk sebarang jawapan. sekian wassalam.
-------
Wassalam
al-Jawab:
1. Status pekerja di atas kapal yang statik selama 2-4 minggu.
Kita akan mengguna dua pendapat: syafi'iyah dan fiqh sunnah/salafiya.
Menurut fiqh Syafi'iy, jika anda menetap di lokasi statik melebih 4 hari, maka gugurlah status musafir anda dan solat hendaklah dikerjakan secara tamam (sempurna) [al-Nawawi, alMajmu', 4/215)
Dalilnya: RasuluLlah saw tiba untuk mengerjakan Haji dan menetap di Mekah dan menunaikan solat di mekah sebanyak 20 solat secara qasar dan hari ke lima bertolak ke Mina. (Imam nawawi, syarh Muslim 9/121)
Kritik terhadap dalil fiqh syafi'iyah ialah tempoh baginda menetap di Mekah itu bukanlah suatu indikasi akan tempoh utk mengqasarkan solat (jika kurang dari 4 hari.
Fiqh sunnah atau salafiyah pula berdasarkan pendapat alHasan alBasri dan Qatadah seseorang itu kekal berstatus musafir selagi mana dia belum pulang ke rumahnya dan boleh terus mengqasar solatnya. (Ibn Hazm alZahiri, alMuhalla, 3/32)
Dalilnya : alSayyid sabiq menyenaraikan amalan para sahabat spt Misywar yang menetap di Syria selama 40 hari, tetap mengqasar solatnya, Ibn Umar yang bermukim di Azerbaijan selama 6 bulan tetap mengqasar solatnya (Fiqh Sunnah, 1/218-9)
Pendapat pilihan ialah pendapat salafiyah kerana tiada dalil qat'iy (pemutus) dalam menentukan tempoh tertentu utk menetapkan seseorang bermukim atau tidak. Niat musafir juga tidak berperanan dalam menentukan status musafir seseorang kerana niat hanya diwajibkan dalam amalan yang diperintahkan Allah sahaja, walhal niat tidak diperlukan dalam urusan musafir dan tiada nas yg menyuruh berniat ketika bermusafir dan hendak bermukim. Ia diserahkan kepada si musafir menentukan keadaan dirinya. (Syaikhul Islam, Majmu' Fatawa, 24/41)
Maka, jika anda ingin kekal dengan madzhab syafi' iy, maka anda dikehendaki solat secara sempurna dan jika anda meyakini hujah fiqh sunnah, maka anda boleh terus mengqasarkan solat sehingga anda pulang ke kampung masing-masing.
Adapun mengenai solat jama', ia hendaklah bagi musafir yg tanpa henti sahaja. Bila dah berhenti (dalam jangkawaktu spt 3-4 minggu) maka, anda hendaklah solat qasar sahaja, KECUALI jika ada masalah bekalan air atau turbulance (gangguan cuaca) seperti hujan, taufan, ombak kuat, maka ketika itu anda boleh menjama' dan qasar. Jika dalam keadaan biasa tanpa gangguan, solat qasar sahaja. (Syaikh Ibn Uthaimiin, syarh alMumti' , 4/387-390) WA
_________________
2. Pekerja kapal gerudi.
Hukum sama dengan yang bekerja di kapal statik sebab kerja penggerudian juga statik. Cuma tempohnya lebih lama. Hukumnya sama dengan no satu. Jika mengikut fiqh syafi'iy, pekerja kapal gerudi dikehendaki solat secara sempurna, dan jika berlaku turbulance seperti ribut dan hujan, maka boleh jama'secara tamam.
jika menurut fiqh salafiyah/sunnah, boleh terus mengqasarkan solat kerana masih berstatus musafir.
3. Pekerja atas pelantar minyak juga sama hukumnya spt soalan # 1 dan #2 di atas. Ini adalah masalah khilaf. Fiqh syafi'iy agak syadid (ketat), tetapi fiqh salafiyah/sunnah berdasarkan fiqh taysir alfiqh, fiqh memberi kemudahan selagi ia bukan maksiat kepada Allah swt dan tiada dalil pemutus yang mencegahnya(Qardhawi, Fiqh Taysir)
Dec 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment