Assalammualaikum,
Pohon penjelasan mengenai sembahyang Jamak dan Qasar....
timbul masalah kepada saya apabila saya sampai ke kampung halaman saya (rumah ibubapa saya) kerana saya ada mendengar kuliah di surau yang mengatakan lebih kurang begini "seseorang yang bermusafir akan dikira tamat/habis setelah ia sampai kekampung tumpah darahnya" walaupun jumlah hari tidak melebihi yang dibenarkan.....kerana ia telah sampai ke tempat ia bermukim/bermastautin???
pohon penerangan yang jelas dari tuan ust. mengenai maksud :-
1. Bermukim dan
2. Bermastautin :idea:
==================
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Benar, apabila seorang musafir itu telah tiba kepada tempat yang dituju, dan tempat yang dituju itu merupakan tempat kelahirannya/kampungnya, maka tiada lagi lah kebenaran melakukan solat Qasar. Tempat kelahiran ini dikatakan : al-Watan al-Asli (الوطن الأصلي) atau tempat asal kita. Tempat tinggal isteri juga termasuk didalam istilah al-watan al-Asli.
Begitu juga dengan situasi seorang yang kembali dari bermusafir, lalu dia tiba disekitar tempat bermastautin atau bermukim, maka solat tidak lagi boleh di Qasarkan. Tempat bermastautin atau bermukim dinamakan tempat tinggal tetap (محل الإقامة الدائمة) atau ada yang menamakan watan hakiki, yang merupakan tempat tinggalnya atau tempat cari reski. Mukim (مُقِيم ) disini dimaksudkan secara saakin (ساكِن) atau tempat residen/ tempat tinggal, taman, residential area, dsb.
Contoh: Si-A kampungnya (rumah bapanya) di Alor Setar. Si-A tinggal di Gombak, Selangor. Didalam perjalanan si-A ke Alor Setar, Kedah bolehlah dia melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya si-A di Alor Setar (watan asli), maka beliau tidak lagi boleh melakukan solat secara Qasar.
Dua hari kemudian si-A pulang ke Gombak. Semasa didalam perjalanan dari Alor Setar ke Gombak, si-A boleh melakukan solat secara Jama' dan Qasar. Setibanya di kawasan Gombak (watan hakiki), maka solat tidak lagi boleh di qasarkan.
Perbincangan mengenai isu ini telah banyak dibincangkan didalam al-ahkam. Dibawah ini merupakan contoh url (dari arikib al-ahkam yang boleh dijadikan rujukan :-
1. SJ - 3222 : jamak dan qasar
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=22798
2. SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=20751
Rujukan :
1. Dr. Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - 2. cetakan ke . Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 340-341.
---------
wassalam
Dec 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
salam~
mahu kepastian..
bermakna kalau pulang ke kampung hlmn (watan asli)
kita hnya boleh jamak tapi x boleh qasar?
bila dah sampai di kampung halaman tak boleh lagi jamak atau qasar.
yang dibolehkan semasa dalam perjalanana sahaja jika jaraknya melebihi had yang dibenarkan.
fahamkan apa maksud watan asli (kampung tempat lahir) dan watan hakiki (tempat tinggal tetap kerana kerja misalnya). WA
salam.. kalau ibu bapa kita telah berpindah ke tempat tinggal lain?? yang mana bukan kampung halaman kita sebelum ini
...
bila ibu dan bapa telah berpindah dan menetap di satu tempat baru yang lain maka tempat ini menjadi watan asli menggantikan tempat yang lama.
salam.. kalau kte dipindah kan sementara ke tempat lain. contohnye ke ipoh dari kuala lumpur selama sebulan. adakah dikira watan hakiki juga?
Minta pencerahan masalah saya tentang solat musafir.
Saya menetap bekerja di Gemas NS. Isteri tlh membeli rumah di Seremban yg jaraknya 95km. Kami jarang duduk ttp dijadikan persinggahan sja dlm sehari dua.
Bolehkah dijamak solat.
Minta pencerahan masalah saya tentang solat musafir.
Saya menetap bekerja di Gemas NS. Isteri tlh membeli rumah di Seremban yg jaraknya 95km. Kami jarang duduk ttp dijadikan persinggahan sja dlm sehari dua.
Bolehkah dijamak solat.
Minta pencerahan masalah saya tentang solat musafir.
Saya menetap bekerja di Gemas NS. Isteri tlh membeli rumah di Seremban yg jaraknya 95km. Kami jarang duduk ttp dijadikan persinggahan sja dlm sehari dua.
Bolehkah dijamak solat.
Boleh qasar dan jamak(x jamak pun x pe) sbb ia tempat persinggahan
This iis awesome
Post a Comment