Postby Khay4_me »
:salam
Maaf kalau soalan ini soalan ulangan. Cumanya sekali lagi saya ingin dapatkan kepastian ttg dua pendapat ahli panel berikut:
Kalau sebelum ini... apabila saya bermusafir lebih dari 3 hari (tidak termasuk perjalanan pergi & balik) saya beranggapan rukhsah utk solat qasar telah terbatal, kerana saya sudah tahu dari awal perjalanan saya, saya akan menetap di destinasi itu lebih dari 3 hari. Maka saya hanya lakukan solat Jamak tanpa Qasar bermula dari hari pertama saya sampai ke destinasi. Adakah ini dibolehkan atau sebaliknya???
Bagaimana pula dengan... ada org mengatakan kita boleh jamak & qasar dulu 3 hari, kemudian bakinya barulah kena solat tamam atau jamak?
Mohon pandangan ustaz. terima kasih diatas penjelasan yg bakal diberikan.
*****************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Perbincangan yang dinyatakan oleh kedua-dua ahli panel ini adalah berdasarkan kepada isu yang diperselisihkan ulama mengenai tempoh berapa lamakah seorang musafir itu mendapat ruhsuh didalam melakukan solat semasa permusafiran.
Didalam Mazhab Hanbali, jika seseorang bertujuan untuk berada disesuatu tempat lebih dari 4 hari, maka secara otomatis ruhsah itu tidak lagi dapat digunakan. Dia hendaklah melakukan solat secara penuh (tamam). Pandangan ini berdasarkan kepada hadith didalam Sahih Bukhari yang di riwayatkan oleh Jabir ra. yang mengatakan bahawa Nabi :saw semasa pergi ke Mekah untuk menunai Haji pada 14 Zulhijah dan beliau berada disana selama 4 hari, memendikkan solat semasa disana, kemudian baginda berangkat ke Mina.
Bagi Mazhab Shafie, jika seseorang bertujuan tinggal disesuatu tempat lebih dari 4 hari, maka hendaklah dia melakukan solat sempurna. Namun ini tidak termasuk hari perjalanan dan hari pulang.
Mazhab Hanafi pula, jika seseorang ingin berada disuatu tempat kurang dari 15 hari maka dia boleh memendikkan solatnya.
Ibnu Abbas ra berpendapat 19 hari merupakan tempoh seseorang itu boleh memendikkan solat.
Ibnu Taimiyah rh berpendapat bahawa Nabi :saw tidak pernah menyatakan berapa tempoh seseorang itu boleh mendapat ruhsah semasa permusafiran. Apa yang baginda nyatakan adalah semasa musafir, hendaklah kamu pendikkan solat. beliau tidak pernah menghadkan masa dan tempat. [Majmu' Fataawa, 24/18].
Bagi ulama' yang bersependapat dengan Ibn al-Munzir rh dan Ibnu Taimiyah rh, seperti Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa selama mana seorang itu tidak mempunyai keinginan untuk tinggal di tempat tersebut maka dia masih mendapat ruhsah memendikkan solat. Ini berdasarkan kepada dalil yang menunjukkan rukhas bagi musafir tanpa menhadkan masa dan jarak sebagaimana didalam al-Quran dan Hadith; contohnya surah al-Nisa' : 101 :
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ
"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) sembahyang"
Jelas menunjukkan isu masa atau tempoh masa merupakan perkara yang diperselisihkan (khilaf) kalangan ulama'. Apa yang anda lakukan adalah betul bersandarkan Mazhab Syafie yang kita umat Islam Malaysia berpegang. Sebagai ahli Sunnah, apabila wujudnya keadaan yang memerlukan, seseorang itu boleh bertalfiq (berpegang) kepada Mazhab lain atau berpegang kepada pendapat Ibn Taimiyah :
فمن كان عنده شك في جواز القصر فأراد الاحتياط، فالإتمام أفضل.
"Sesiapa yang mempunyai syak kebenaran solat diQasarkan dan ingin berhati-hati, maka solat secara penuh adalah lebih baik" [Majmu' Fataawa, 24/18].
sekian, wassalam

thtl (Posted: Apr 13, 2007 - 12:04 PM)
al-Jawab:
1) Bila anda keluar bermusafir dan menetap di destinasi selama 10 hari. Pendapat yang rajih ialah anda hendaklah qasar sahaja bukannya jama'-qasr (Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq). Manakala menurut madzhab Syafi'iy, anda dikehendaki solat seperti biasa kerana ia dianggap bermukim (lebih dari 4 hari) Pendapat yang kuat ialah boleh qasar selama 10 hari kerana kaum salaf melakukan demikian tanpa menentukan tempoh menetap disesuatu destinasi (Fiqh Sunnah)
2) Selama 10 hari anda di sana hendaklah solat qasar sahaja dan bukan jama'. Jama' hanya bila anda di dalam perjalanan atau sebab-sebab mendesak spt hujan lebat, salji atau banjir. WA
*****************************
dengan pendapat panel al-jawhar (Posted: Jan 19, 2009 - 08:48 PM):
Kami telah keluar (bermusafir) bersama Rasulullah saw dari Madinah ke Mekkah.Maka Baginda saw bersolat dengan 2 rakaat 2 rakaat sehinggalah kami pulang”
(HR Imam Bukhari 1081 , Imam Muslim : 693)
Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat secara qasar selama mana tempoh berada di Mekkah sehinggalah Baginda saw pulang semula ke Madinah.
Malah dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa tempoh masa Rasulullah saw berada di Mekkah atau dalam perjalanan ke Mekkah sebagaimana berikut :
* 19 hari (Riwayat dan lafaz dari Imam Bukhari , dari Ibn Abbas : 1080)
* 15 hari (HR Abu Daud : 1230 , 1231)
* 18 hari (HR Abu Daud : 1229)
* Rasulullah saw berada di Tabuk dan mengqasarkan solat selama 20 hari (HR Abu Daud : 1235)
Maka pendapat yang rajihnya ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah bahawa , seseorang yang bermusafir , dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya selama mana pun tempohnya selagi mana ia tidak berniat Iqamah (menetap) di tempat tersebut.
WA
Ruj :
Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 2 , bab Solat dalam keadaan musafir dan sakit.

0 comments:
Post a Comment