Postby Khay4_me »
:salam
Mohon penjelasan ttg masalah Jamak & Qasar di kampung kelahiran "watan asli"... sebab, saya rasa ada sedikit percanggahan pendapat antara:
Bukan niat nak melaga-lagakan pendapat kedua -dua panel... tetapi sekadar ingin mendapatkan penjelasan dari pihak ustaz untuk kita "YAKIN" dalam melaksanakan IBADAT.
Terima kasih.
***********************************
Postby kamin »
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Kekeliruan itu berdasarkan kepada perubahan didalam watan asli. Berikut kami letakkan scenarionya :-
Scenario 1 :: Kampung halaman si A adalah Kota Baru misalannya. Dia bermusafir (dengan kadar yang lama, eg: pelajar Universiti) ke KL, dan tidak berniat untuk menetap di KL. Dengan itu, Kota Baru masih menjadi kampung halaman si A, iaitu digelar Watan Aslinya. Maka apabila si A pulang ke KB, si A tidak boleh melakukan solat Qasar. KL adalah Watan Iqamah si A.
Scenario 2 : Kampung halaman si A adalah Kota Baru. Dia bermusafir ke KL dan menjadikan KL sebagai tempat tinggal / bermaustatin, dan dia memang niat untuk menetap di KL, maka dengan itu KL sudah menjadi watan aslinya yang baru. Maka apabila si A pulang ke kampungnya di Kota Baru, dia BOLEH melakukan solat qasar. Watan Aslinya KB telah terbatal.
Asal hukum : Bahawa Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan Madinah sebagai tanahairnya dan tinggal disana. Mereka telah membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah :
أتموا يا أهل مكة فإنا قوم سفر
“Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami adalah orang yang bermusafir”
Kesimpulannya, jika anda telah menjadikan tempat tinggal sekarang sebagai watan asli (lihat definasi di tautan dibawah), maka apabila pulang ke kampung (rumah bapa atau mertua), maka anda boleh melakukan solat secara musafir (eg: qasar solat). WA.
Sekian, wassalam
Rujukan Fatwa :
موطن الإقامة وانتقاضه بمثله - Dr Ahmad al-Haj al-Kurdi (Pakar Rujuk Syariah Majlis Fatwa Kuwait dan Ensaiklopedia Fiqh)
http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=7924.
:salam
Mohon penjelasan ttg masalah Jamak & Qasar di kampung kelahiran "watan asli"... sebab, saya rasa ada sedikit percanggahan pendapat antara:
***********************************
panel izrail (Posted: Oct 16, 2008 - 11:37 AM)
Seseorang musafir boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung tempat kelahirannya atau tempat ibu bapanya membesar.
Ini kerana Rasulullah SAW ketika pulang ke kampung halamannya Mekkah, Baginda menjamakkan dan menqasarkan solat.
***********************************
dengan panel kamin (Posted: Jan 09, 2004 - 12:08 PM)
1. Anda tidak boleh melakukan Jama' dan Qasar sehingga keluar dari tempat anda bermastautin di Melaka. Semasa didalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Mertajam, anda boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setiba di Bukit Mertajam, rumah ibu dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli atau tempat anda dibesarkan. Solat ditempat yang sebegini tidak boleh dijama' dan di qasarkan. Anda dikehendaki berSolat secara sempurna.
2. Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Alor Setar yang jaraknya lebih dari 89km diperbolehkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya anda dirumah mertua anda, Solat tidak lagi boleh di jama' dan Qasar, kerana rumah mertua anda juga dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli.
3. Perjalanan pulang dari Alor Setar ke Melaka membenarkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar selagi mana solat tersebut dilakukan sebelum masuk di kawasan tempat anda bermastautin. Jika sampai dikawasan (mukim) yang sdr tinggal, dan sdr masih belum menunaikan solat, maka solat wajib ditunaikam dengan rakaat yang penuh. wallahu'alam

Definasi watan asli dari jawapan Ustaz Izrail (Dr Ahmad Wifaq):
Watan Asli
Postby malan »
:salam
1. Kedua ibubapa saya telah tiada dan sejak itu adik beradik saya pulang berkumpul di rumah kakak saya bila bercuti (Jarak 15 km dari kampung asal). bolehkah dilakukan solat jamak dan qasar?
2. Sekiranya mertua saya telah berpindah rumah kekampung lain adakah boleh solat jamak dan qasar?
Jazakumullahu Khairan Kathira.
***********************************
Postby izrail » Jan 15th, '11, 15:45
:wassalam
Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sollaLlahu ‘alaihi wasallam,
Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.
Dalam kes saudara ini, sekiranya saudara telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa saudara bukan lagi watan asli saudara. Maka dengan itu saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua saudara.
Jika saudara belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli saudara adalah tempat kediaman asal saudara iaitu kampung ibubapa saudara.
Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.
:wassalam
Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273

أنّ الوطن الأصليّ يتحقّق عند أغلب الفقهاء بالإقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد ، سواء أكان في مكان ولادته أم في مكان آخر ، ويلحق بذلك مكان الزّوجة
Dalam kes saudara ini, sekiranya saudara telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa saudara bukan lagi watan asli saudara. Maka dengan itu saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua saudara.
Jika saudara belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli saudara adalah tempat kediaman asal saudara iaitu kampung ibubapa saudara.
Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.
الوطن الأصليّ ينتقض بمثله لا غير ، وهو أن يتوطّن الإنسان في بلدة أخرى وينقل الأهل إليها من بلدته مضرباً عن الوطن الأوّل ، ورافضاً سكناه ، فإنّ الوطن الأوّل يخرج بذلك عن أن يكون وطناً أصليّاً له ، حتّى لو دخل فيه مسافراً لا تصير صلاته أربعاً .
:wassalam
Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273
Sekian, wassalam
Rujukan Fatwa :
موطن الإقامة وانتقاضه بمثله - Dr Ahmad al-Haj al-Kurdi (Pakar Rujuk Syariah Majlis Fatwa Kuwait dan Ensaiklopedia Fiqh)
http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=7924.
33 comments:
adakah pelajar yang keluar lebih dari 4hari... cth: selama 6semester yang mengambil masa selama 2.5tahun... apakah keadaan ini tidak menjadikan ia telah bermaustatin di tempat dia belajar... dgn situasi yg sama, adakah pelajar ini tidak berubah watan aslinya di tempat ia belajar??
bila dah duduk 2.5 tahun tempat belajar tu kira tempat mastautin lah tu (tidak kekal di situ). Watan asli masih kekal dengan watan asli yang sama kecuali berniat untuk pindah dan kekal tinggal di tempat yang lain.
Assalamualaikum
Watan asli saya ialah Teluk Intan kerana telah membeli rumah kediaman disitu. Kampung halaman mertua saya hanya 10km dari Teluk Intan. Saya bermastautin di Kuching. Jika saya pulang dari Kuching menuju ke kampung adakah saya musafir? Terima kasih.
ASSALAMUALAIKUM...
USTAZ SAYA ADA MASALAH MENGENAI TEMPAT YANG DIBOLEHKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR....
CONTOHNYA SAYA BELAJAR DI PARIT RAJA DAN INGIN PULANG KE KAMPUNG DI TERENGGANU... PERSOALANNYA SETAHU SAYA SOLAT JAMAK DAN QASAR DIBOLEHKAN APABILA KITA DALAM PERJALANAN IAITU KITA TELAH KELUAR DARI (MUKIM) ATAU TEMPAT ANDA BERMUSTAUTIN.... MASALAHNYA SAYA TIDAK TAHU MAKSUD KELUAR MUKIM ATAU KELUAR DARI TEMPAT ANDA BERMUSTAUTIN ITU.... ADAKAH IA MERUJUK KEPADA DAERAH ATAU KAMPUNG ATAU NEGERI YANG KITA TINGGAL BARU BOLEH SOLAT JAMAK DAN QASAR....
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin tanya,bila kita bermusafir adakah wajib kita solat jamak dan qasar? Manakah lebih afdhal...solat biasa penuh atau jamak dan qasar bila kita bermusafir?Boleh ustaz berikan hukum wajib atau harus tentang perkara tersebut. sekian wassalam.
sebahagian ulamak mewajibkan (menuntut kuat supaya dilakukan) solat qasar ketika dalam musafir tanpa mengharamkan solat penuh kerana ia adalah sadaqah dari Allah swt. WA
mukim bermaksud daerah... dalam perjalanan pulang kekampung di Terengganu anda automatik layak sebagai musafir sebaik sahaja anda melepasi atau keluar dari sempadan daerah Parit Raja, walaupun masih dalam negeri Johor. WA
bagaimana pula jika seseorang dari KL pergi bercuti ke Kota Bahru selama 3 hari. Adakah dibenarkan melakukan solat qasar/jamak selama mana dia berada di hotel penginapan.
Saya beli rumah di Kajang & bercadang jadikan watan asli. Baru2 ni ditukarkan keja kat JB yg saya jangkakan 2 tahun lebih. Di JB saya menyewa.
Kadang2 saya balik kat rumah saya di Kajang kurang 3 hari & kadang2 lebih.
Boleh tak jamak & qasar di rumah saya tu kalau niat utk tinggal kurang 3 hari (tak masuk perjalanan). (klu lebih tu saya lebih berat pada solat penuh).
mahat
Assalamualaikum ustaz.... saya nak memastikan sahaja .... misalnya kami daripada bangi ke langkawi menaiki bas .. tgh perjalanan kami solat jamak & qasar zohor dan asar. Sampai ke destinasi waktu maghrib. Boleh ke kita menjamak dan qasar waktu maghrib dan isyak. Begitu juga esuknye waktu zohor dan asar, walhal Jam 5 kursus dah selesai, masing2 nak g shoping... lepas tu maghrib dan isyak..... wal hal kita sambung kursus lepas waktu isyak... tolong ustaz
Assalamualaikum uztaz. Ingin bertanye disini.Saya belajar di Penang selame 3 bulan dan bakal dipindahkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat degree di Kedah untuk 5 tahun. Soalan saye, jika saya pulang ke rumah ibu bape saye di shah alam utk bercuti tidak lbh dri 4 hari, bolehkah saye solat jamaq qasar di rumah ibu bape saye di shah alam ? Menurut uztaz, Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Di sini saye keliru, sebab saye belajar di penang dan bakal dipindahkan di kedah. Dan selepas abes degree, kemungkinan saye akan dihantar bekerja di negeri laen. Adakah rumah ibu bape saye di shah alam masih dikire sebagai watan asli tempat saye bermukim ? sebab belajar dkt kedah dh 5 tahun. nnti keje mungkin dkt negeri laen bertahun tahun. Nnti klw dh kawen pon mungkin akan berpindah dan menginap di tempat baru bertahun tahun. Blk rumah ibu bape pon jarang2. Saye tidak pasti di mane saye bermukim. Nak kate watan asli saye di rumah ibu bape saye di shah alam pon mcm ragu2 jugak sebab saye tak pasti saye menginap di rumah ibu bape dgn niat tak pindah tmpat laen ke ? nnti klw bekerja di negeri laen kene pindah dkt negeri laen. Tu bole jadi tempat kediaman saye. Nnti klw kahwin dan tinggal di rumah baru, tu bole jadi tmpat kediaman saye. Saye keliru di mane tmpat saye bermukim dan tmpat watan asli.
Sementara masih belajar dan belum memiliki rumah sendiri rumah ibu bapa anda di shah alam adalah watan asli bagi anda. Sampai dirumah ini status anda sebagai musafir gugur dan tidak boleh jamak qasar.
di kedah tempat belajar adalah dianggap tempat mastautin sementara. sampai di sini juga status anda sebagai musafir akan gugur.
anda layak jamak qasar semasa dalam perjalanan dari kedah ke shah alam satu sebaliknya.
bila dah kawin rumah sendiri dan rumah ibu bapa isteri anda juga dianggap sebagai watan asli.
Siti,
kalau dari bangi selangor berkursus di langkawi anda memang layak jamak dan qasar selama 3 hari 3 malam di langkawi. Mengikut fatwa mazhab shafie selepas 3 hari di langkawi kelayakan untuk jamak dan qasar telah habis tempoh kena solat penuh.
kalau ikut fatwa ibn taimiyah anda layak untuk jamak dan qasar selama tempoh anda berada di langkawi walaupun lebih dari 3 hari dengan syarat tidak berniat untuk menetap di sana.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya
SYARAT-SYARAT SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi 4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
Bokeh tolong jelaskan syarat yang ke-3
Jikalau saya dalam perjalanan dan tiba waktu zohor, boleh kah saya bersolat bersama jemaah yang lain? Tetapi selapas menunaikan solat saya trus menyambung qasar asar bersendirian
-Dan apakah niat bagi jamak/qasa?
-tolong reply kan ke email saya: danialsaini89@yahoo.com
Saya sudah mandi hadas besar. Perlukah saya mengambil wuduk untuk sembahyang fardu sekiranya badan saya masih dalam keadaan bersih (berwuduk) ? Kalau boleh, dapat ustaz menerangkan cara mandi yang tertib sebab dalam bab wuduk kita tidak dibenarkan meyentuh bahagian yang terlarang.
mengapa perlu wuduk semula jika anda masih dalam keadaan berwuduk? tidak perlu wuduk semula.
mandi hadas yang betul:
http://calipso-tasaufmoden.blogspot.com/2008/10/cara-mandi-wajib-yang-betul.html.
saya di hantar ke shanghai oleh syarikat saya selama sebulan, di pejabat saya tiada ruang untuk melakukan solat seperti biasa dan tiada paip air di dalam tandas untuk saya mengambil wuduk...bolehkah saya melakukan solat jamak selepas saya pulang ke hotel selama sebulan memandangkan saya tidak boleh melakukan solat seperti biasa?
Assalamualaikum Ustaz, sy ad kemusykilan.
1. Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam btk penyelidikan di Penang dan menetap di Ipoh. Saya ada menyewa kolej disana tetapi x berniat menetap secara tetap disana. Setiap minggu sy berulang & duk (tidak tentu) kekadang dlm 3/4 hari mengikut keperluan. Boleh x sy solat jamak&qasar semasa disana. Harap Ustaz membantu saya.
Assalammualaikum ustaz,
permasalahan saya:
Saya berkahwin dengan orang sekampung, tapi saya anak yatim piatu dan tiada rumah di kampung saya.
kami menetap di kl, dan membeli rumah di kl.. tentang niat balik ke kampong untuk menetap tu kadang2 memang ada, tapi memandangkan kami berdua bekerja, dan kemungkinan jika umur panjang, InsyaAllah sehingga berumur 60 thn..kemungkinan besar kami tidak akan menetap di kampong kami pun...
tambahan pula kami mungkin akan membeli sebuah lagi rumah di kl dan suami pernah menyebut kalau dia berhenti kerja sekarang dn bekerja sendiri pun, dia mahu bekerja di KL, wlupun bapa mentua sy telah mewariskan sebidang Tanah utk dia...kai pernah merancang utk membina rumah diatas Tanah itu utk kemudahan balik kmpung tapi trpaksa dibatalkan kerana lebih ingin memiliki rumah di kl.
Jadi, yang mana satu watan asli kami?Memandangkan semuanya bergantung pada niat, saya jadi keliru kerana niat kami tidak tetap..adakah kampong kami adalah watan asli kami?
Assalamualaikum,
Saya baru mendirikan rumah tangga. Dan sekarang saya dan suami duduk berasingan memandangkan suami masih belajar di Kedah dan saya bekerja di Kuala Lumpur. Suami sekarang tinggal di rumah mertua saya. Soalan saya, sekiranya saya pulang ke rumah mertua saya semasa cuti sabtu dan ahad, adakah saya boleh menjamak qasarkan solat saya?
Tempat kita boleh bermula solat jamak ialah bila kita berada di tempat yang bukan dalam lingkungan solat Jumaat tempat asal kita maksudnya berada di kampung lain yg ada solat jumaat kat situ. Inilah yg saya faham berdasarkan pendengaran saya.
Makin keliru tuan, tiadakah rujukan fatwa dari imam mazhab tentang solat jamak dan qasar di rumah ibu-bapa dan mertua kerana saya telah membaca tentang pendapat mazhab dan hadis riwayat Ali (nanti saya beri kerana kitabnya dirumah) saya juga pergi pengajian dan saya dapati rujukan fatwa tuan amat mengelirukan. Saya cuma bimbang takut ia tidak mengambil pendapat ulama yang ramai dan lebih kuat.
artikel nya sangat bermanfaat bagi saya terima kasih
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Kunjungi,Cara buat Mas kawin unik
Assalamualaikum ustaz,
Saya nak bertanya sekiranya watan asli saya di klang di mana saya tinggal bersama ibu saya dan saya bekerja di segamat di mana saya menyewa rumah bersama rakan2 saya. Adakah rumah sewa saya di Segamat dikira sebagai Watan asli dan bolehkah saya menjamakkan solat dan qasar sekiranya saya sudah sampai segamat kerana setiap minggu saya pulang ke kampung halaman iaitu di Klang di mana saya berniat itu adalah rumah kekal saya.
Minta pencerahan :)
Terima kasih
Assalamulaikum ustaz,
Bila masa kita boleh buat solat jamak sahaja?
Assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanaya..jika saya bekerja kontrak selama setahun di KL dan menetap dirumah sewa..adakah kampung hlaman ibu bapa saya msih watan asli..
Assalamualaikum ustaz ..saya bermusaffir dari kl menuju ke ipoh ..bolehkah saya melakukan solat jamak ta'khir yakni isyak dan maghrib di surau yang berdekatan dengan rumah saya ?
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Saya tinggal di Johor Bahru dan berkerja di Singapura, perjalanan saya ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 3 jam, bukan kerana tempat kerja saya jauh, kerana traffic jam yang sangat teruk. Jadi bolehkah saya melakukan solat secara jamak & qasar ?
Salam ustaz...saya tinggal di shah alam
Kg saya di terengganu, baru2 ni ayah dah tukar milik rmh kpd nama saya..tetapi saya tak berniat utk tggl di kampung..
Blh kah saya solat jamaq apabila sekali sekala pulang ke kampung?
Assalamualaikum. Isnin ni saya nak musafir ke KL dari Terengganu. Saya bermalam di KL sehingga Rabu malam. Hari Khamis pula saya nak ke Bangi. Kemudian hari Sabtu ke Nilai. Jadi adakah saya boleh solat qasar dan jamak dari hari Isnin sehingga hari Sabtu?
Tak ada jawapan ke ni 🥺
Musafir ialah seseorang berniat hendak duduk di suatu tempat kurang dari 4 hari
Bermukim ialah seseorang berniat hendak duduk di suatu tempat 4 hari atau lebih. Namun tidak berniat duduk sampai mati disitu.
Mastautin ialah seseorang berniat untuk duduk di suatu tempat sampai mati…
Post a Comment