Postby talfiq »
Salam,
Saya akan melanjutkan pelajaran ke Johor, sekarang duduk di KL. Tapi tak sure lagi la ke Johor tu.. baru nak tengok2.
1) Kalo saya pergi hari ni, boleh ke Jamak & Qasar kat Johor tu (2-3 hari duduk situ sekejap). or Qasar sahaja. Atau Jamak saja tanpa Qasar? Saya nak survey dulu tempat tu.. jadi tak confirm lagi.
2) Bagaimana pula sekiranya saya akan memulakan pengajian, bermalam di Johor 2-3 malam sebentar, sebab saya duduk di KL, dan pengajian hanyalah berbentuk penyelidikan. Yg ni boleh jamak/qasar/jamak+qasar? Tak nampak macam bermukim pun ... sebab sekejap2 saja.
************************************
Postby kamin »
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Kedua-dua soalan ini masih menunjukkan status anda seorang musafir kerana :-
a. anda tidak berniat untuk menetap disana atau niat bermukim
(Menurut Mazhab Hanafi, dinamakan watan al-iqamah jika didiami setengah bulan atau lebih. Dinamakan watan al-sukna jika didiami kurang dari setengah bulan.(al-Fiqh al-Islami)).
b. anda tidak tinggal disana dalam tempoh 4 hari 4 malam, atau lebih.
Didalam soalan 2, anda masih seorang musafir yang menuntut ilmu, maka :-
a. Boleh jama’ dan qasar solat semasa perjalanan apabila keluar dari sempadan tempat tinggal dan perjalanan tersebut melebihi 96km (2 marhalah)
b. Lebih afdal melakukan qasar solat (tanpa jama’ bagi solat yang 4 rakaat) apabila berada disana (kerana berada disana kurang 4 hari 4 malam);
c. Boleh juga, jika terdapat kesukaran, jama’ dan qasar solat semasa berapa disana.
d. Boleh jama’ dan qasar solat semasa pulang, sebelum sampai di sempadan tempat tinggal anda.
Sekian, wassalam
Mar 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Salam ustz.. (**tidak ada kaitan dengan masalah di atas)
situasi sy mcm ni.. andaikan msuk waktu zuhur 12.30 tgh ari.. sy keluar bermusafir (keluar dari rumah) pada pukul 1 ptg (dan belum solat zuhur).. sy solat zuhur dan asar di masjid berhampiran dengan jamak takdim DAN qasar apabila keluar daripada rumah. persoalannya:
1-bolehkah sy melakukan seperti ini?.. kerana ada sahabat yg memberitahu, TIDAK BOLEH qasar kerana kita bermula musafir (keluar rumah) SELEPAS masuk waktu zuhur.yg dibolehkan hanya jamak (8 rakaat, 2 salam)..
2-bolekkah sy jamak takhir DAN qasar nanti?..
Syukran..
1. solat jamak adalah untuk emergency tak dapat melakukan solat disebabkan perkara yang tak boleh dielak. Alasan baru hendak memulakan perjalanan tidak boleh dijadikan asas untuk solat jamak.
2. solat qasar khusus untuk musafir waktu bermulanya ialah setelah keluar dari mukim tempat kediaman semasa musafir. Solat setelah masuk waktu.
sebelum memulakan musafir anda kena solat zuhur tamam (penuh) samada dirumah atau di masjid berhampiran. WA
sy nak tanya..kalau duduk di keramat k.l dan kerja di bentong..tiap hari ulang alik adakah dikira musafir?kwn sepejabat sy mmg tak pegi smyg jumaat sebab alasan dia musafir..minta tolong jelaskan..terima kasih.
Kalau jarak dari KL ke Bentung melebihi 89km boleh dikira musafir. WA
salam,saya nak tanya..sy tinggal di Bandar baru bangi,sy pergi ke johor mlwat suami saya dari hari jumaat ke ahad.Hari ahad sy balik dari johor petang(3.30 petang)sampai ke hentian kajang,9 mlm,bolehkah sy solat jamak qasar maghrib isya di hentian kajang sblm smpai rumah di bangi..kerana jarak hentian dari rumah x berapa jauh..kalo x boleh mcmana nak lakukan solat tersebut krn bas x bhenti waktu mgrib
kalau misya sampai balik di Bangi dalam waktu isyak bermakna masya kena solat isyak penuh di rumah. Status musafir telah luput ketika sampai dirumah sendiri, jadi tidak boleh jamak maghrib dengan isyak. Solat maghrib seperti biasa ketika bas berhenti. WA
salam utz..
saya keluar dari kampung setelah masuk waktu Zuhur, kemudian saya solat tamam dgn niat JAMAK,
kemudiaan setelah selesai solat 4 rakkat zuhur tadi saya berdiri utk solat asar secara qasar..
Adakah sah solat saya tadi?
jika ada peta minda di dalam blog ustz ini amat²lah mudah utk dilihat gambarannya..
waktu keluar musafir selepas zuhur, jadi zuhur tidak boleh jamak atau qasar kenapa niat jamak? sepatutnya niat solat penuh biasa.
anda boleh qasar solat 'asar dengan syarat anda telah keluar bermusafir dan telah melepasi batas mukim. WA
Quote: anda boleh qasar solat 'asar dengan syarat anda telah keluar bermusafir dan telah melepasi batas mukim. WA
saya keluar pada waktu zuhur dan telah solat asar dlm waktu zohor dgn mengqasarkannya... zohor 4 rakkat... asar dua... betulkah? atau asar mesti dilakukan pd waktu asar?
jadi zohor sbgaimana ustz nyatakan hanya perlu zohor shj tanpa niat jamak dan qasar? kemudian jika solat asar dlm waktu zohor itu tidak sah?
Assalammualaikum,
saya ingin kepastian status saya apabila saya pulang ke rumah drpd asrama (>90km)dan waktu maghrib trlepas..adakah saya musafir dan perlu melaksanakan jamak takhir dlm isyak atau menggantikan solat maghrib ( qada')? bagaimana pula jika hari yg kedua sebaik kepulangan itu apabila hari ketiga itu saya ingin ke tempat asal (asrama)
Assalamualaikum....
saya menetap di batu pahat, pergi ker kuala lumpur atas 2 sebab, yg pertama ingin melawat kakak, yg kedua atas urusan kerja. Hari 1-6 berada di rumah kakak, kemudian hari setrusnya ke Klang atas urusan kerja.
soalan 1) Adakah 6 hari di rumah kakak itu sy dianggap bermusafir? Boleh kah saya mengerjakan solat jamak @ jamak dan kasar di rumah kakak.
soalan 2)Bagaimanakah hari setrusnya sy berada di klang? adakah sy boleh meneruskan solat jamak dan kasar?
Mohon penerangan. Terima kasih.
Assalamualaikum...
Banyak saya baca tentang cara dan syarat2 solat jamak/Qasar, dan ada pelbagai pendapat dr ulama2/imam2 dan dalil2. Sprti sy ini yang tidak berapa mahir tentang solat jamak/Qasar ini, yg mana satu cara/kaedah/syarat2 yg perlu sy ikut.
Terima kasih. mohon utk perfahaman bersama.
Aslam Bro.
Jamak & Qasar ni simple je.
1) Niat musafir
2) Keluar mukim (tak timbul issue 2 marhalah) kalau ada Hadis ndengannya, daif.
3) Nak buat qasar boleh atau jamak & Qasar pun boleh. Banayak Hadis sahih bejenaan dengannya.Terpulang dengan keadaan anda.
qasar..jamak...jamak qasar adalah 3 pekara berbeza
saya ada satu kemushkilan,ketika dalam perjalanan saya telah berniat utk jamak solat takhir iaitu solat maghrib ke isya,tetapi disebabkan hal yg tidak dapat dielakan,saya telah sampai kerumah(maustatin)ketika masih dalam waktu isya,jadi bolehkan saya teruskan solat jamak takhir saya(tanpa qasar)??
Assalam... saya ada kemusykilan. Saya dan keluaraga tinggal dan bekerja di gua musang... anak pun bersekolah di gua musang... saya dan keluarga selalu balik kampung halaman saya di kota bharu dan kg halaman isteri di bachok. Soalan saya... di mana saya boleh solat jamak qasar? Kebiasaannya saya jamak qasar di kg halaman saya atau isteri... minta pandangan ustaz.... dari har2504@yahoo.com
Assalam..sy ada satu perkara yg tidak pasti tentang syarat sah solat jamak, sekiranya kita dr sabah ke kelantan dan bercuti kat kelantan selama 9hari(termasuk waktu tiba n bertolak) boleh kah kita jamak kan solat kita sepanjang waktu berada di kelantan
aslmkm....saya belajar di seremban..kdg2 sebulan sekali saya balik 3h2m....sepanjang saya di rumah (jb) boleh ke saya jamak...
Assalamualaikum...bolehkah kita qasarkan solat jika kita bertolak daring Rumah sudah masuk waktu tetapi kita solat jamak qasar ketika dalam perjalanan?
Saya buat solat jamak takhir zohor dalam asar semasa dalam perjalanan, bila sampai rumah waktu asar masih ada.Adakah saya perlu solat asar lg ?
Assalamualaikum.. Rumah anak isteri saya di Kuantan, sedangkan saya kerja 5 hari seminggu di Kota Bharu. Hujung minggu saya balik ke rumah di Kuantan selama 3 hari setiap minggu. Bolehkah jamak dan qasar di Kuantan?
Terima kasih.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Assalamualaikum,
Saya ada satu soalan.
Bolehkan pekerja di pelantar minyak melakukan solat jamak dan qasar di atas pelantar minyak sebelum mereka pulang ke daratan menggunakan boat?
Saya dah berada di kampung hampir seminggu. Boleh ke saya teruskan jamak qasar hingga seminggu sebelum saya valik ke KL semula?
Post a Comment