:salam
1. Kedua ibubapa saya telah tiada dan sejak itu adik beradik saya pulang berkumpul di rumah kakak saya bila bercuti (Jarak 15 km dari kampung asal). bolehkah dilakukan solat jamak dan qasar?
2. Sekiranya mertua saya telah berpindah rumah kekampung lain adakah boleh solat jamak dan qasar?
Jazakumullahu Khairan Kathira.
****************************
Postby izrail »
:wassalam
Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sollaLlahu ‘alaihi wasallam,
Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.
أنّ الوطن الأصليّ يتحقّق عند أغلب الفقهاء بالإقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد ، سواء أكان في مكان ولادته أم في مكان آخر ، ويلحق بذلك مكان الزّوجة
Dalam kes saudara ini, sekiranya saudara telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa saudara bukan lagi watan asli saudara. Maka dengan itu saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua saudara.
Jika saudara belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli saudara adalah tempat kediaman asal saudara iaitu kampung ibubapa saudara.
Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.
الوطن الأصليّ ينتقض بمثله لا غير ، وهو أن يتوطّن الإنسان في بلدة أخرى وينقل الأهل إليها من بلدته مضرباً عن الوطن الأوّل ، ورافضاً سكناه ، فإنّ الوطن الأوّل يخرج بذلك عن أن يكون وطناً أصليّاً له ، حتّى لو دخل فيه مسافراً لا تصير صلاته أربعاً .
:wassalam
Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273
1 comments:
Assalamualaikum..
Di sini ade beberapa kemusykilan berkenaan solat jamak & qasar:
Saya dan suami telah membeli rumah di KL dan bekerja di sana (tidak merancang untuk berpindah atau menukar tempat kediaman dalam masa terdekat). Rumah ibubapa saya di Pasir Puteh, Kelantan dan rumah ibubapa suami saya di Kerteh, Terengganu.
1) Persoalannya, sudahkah watan asli iaitu kediaman ibubapa kami terputus memandangkan kami sudah mempunyai kediaman sendiri di KL?
2) Dari Pasir Puteh ke Kerteh (lebih 2 marhalah) bolehkah kami solat jamak dan qasar takdim Zohor & Asar di dalam perjalanan dan setibanya di Kerteh belum lagi masuk waktu Asar?
3) Adakah boleh jamak qasar di rumah mertua (kurang dari 4 hari?)
4)Kami ingin pulang ke KL dari rumah ibubapa di Pasir Puteh, dan dalam perjalanan singgah di rumah mertua di Kerteh. Adakah boleh melaksanakan solat jamak qasar di rumah mertua atau dalam perjalanan ke Kerteh?
Mohon penjelasan..terima kasih.
Post a Comment