Jan 20, 2009

Musafir terbang waktu solat Jumaat

Salam

Saya merancang untuk melancong ke luar negara. Kira musafirlah tu. Situasinya ialah apabila sy nak book outbound ticket, drpd senarai flights yg ditawarkan, yg paling murah hanya hari Jumaat, departure pukul 1:15 pm, ngam2 waktu solat Jumaat. ~ Cth: AirAsia ada fare type T,Q,A,L,V,U yg masing2 berbeza dr RM 8.88 sehingga RM 199.99 bg destinasi sama di waktu yg berlainan)

Persoalannya, bolehkah saya sengaja teruskan niat sy membeli tiket utk fly pd t/hari Jumaat tsb memandangkan pasti sy akan ponteng solat Jumaat, sedangkan saya berkelapangan pd hari lain tetapi tidak mahu beli tiket tsb atas alasan fare type jadi lebih mahal? Adakah syara' menilai ini sbg 'sengaja tuang solat Jumaat'?
Kalau atas urusan kerja, takpelah kot. Kalau kes saja2 melancong, camne?
jkk
Wassalam

**********************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Bermusafir pada hari jumaat tidak ada dilarang, Malah, Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh mengatakan bahawa mereka yang tidak membenarkan diri mereka bermusafir pada hari Jumaat telah melakukan satu bid'ah (Sila lihat - Bid'ah Hari Jumaat #1). Maka bagi mereka yang bermusafir pada hari Jumaat, solat Jumaat tidak wajib bagi mereka.

Berikut kami petik SoalJawab yang lalu mengenai bermusafir pada hari Jumaat.

SJ-06-0021 : Safar Hari Jumaat.... wrote:
Terdapat juga ulama2 lain seperti Ibn Taimiyah rh. mengatakan bahawa tidak wajib Jumaat bagi sesiapa sahaja yang bermusafir tanpa sebarang syarat.


لم تجب الجمعة على من ينشئ لها سفرًا؛ فإن الجمعة لا تجب على مسافر‏.‏
"Tidak wajib Jumaat ketas sesiapa yang melakukan permusafiran, kerana sesungguhya Jumaat tidak wajib kepada orang musafir,"

Komentar bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, Atiyah Saqr mengenai pandangan diatas (pandangan empat mahzab) ialah ; Aku melihat ruhsah bagi mereka yang bermusafir walaupun ia (Solat Jumaat) tidak wajib, kerana ganjarannya yang besar, dan jika ia melangkaui batasan solat Zohor semasa bermusafir panjang atau pendek, maka lakukanlah Solat secara Qasar atau Jama' jika ianya permusafiran yang jauh sebagaimana yang dinayatakan didalam fiqh.

Fatwa IslamOnline didalam mengulas fatwa Atiyah Saqr menyatakan :-

ليس على المسافر جمعة ،ولو كان سفرًا مباحًا ،كأن يكون للنزهة أو الاستجمام ،أو كان لقضاء حاجة ونحو هذا ،وقد سافر النبي صلى الله عليه وسلم ولم يصل الجمعة ،بل جمع بين الظهر والعصر ،وإن كان الأفضل صلاتها ،مالم يكن هناك مانع ،وذلك من باب الأفضلية لا الوجوب.
"Bukanlah bagi orang yang bermusafir itu kewajipan Jumaat, samada permusafirannya harus, atau berkelah, atau untuk relax, atau memenuhi sesuatu permintaan dan sebagainya, maka Nabi saw pernah bermusafir dan tidak bersolat Jumaat, bahkan beliau melakukan Jama' diantara Zohor dan Asar, dan jika ia merasakan bersolat (Jumaat) lebih baik, maka disana tidak ada larangan, dan itu merupakan bab fadhilat dan bukannya kewajipan"

Menurut Prof Dr Ahmad Yusuf Sulaiman pula :-

وأما صلاة الجمعة فلا بد أن تكون في جماعة، وفي المسجد، وهي لا تجب على المسافر، فقد صح في حديث ابن عمر رضي الله عنهما أن الجمعة لا تجب على المرأة والمريض والعبد والمسافر، وهذا من باب التخفيف والتيسير؛ لأن المسافر مشغول بأمر نفسه لبعده عن موطن إقامته ولتشتت فكره وتغير عوائده مهما كان السفر مريحًا، فقد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "السفر قطعة من العذاب"، والسفر عام يشمل كل سفر قديمًا وحديثًا مهما اختلفت وسائله أو تعددت طرقه، وبناء عليه فإذا صلى المسافر الظهر فإنه يجوز له أن يصليها قصرًا، بل هذا واجب عند كثير من العلماء لأن النبي صلى الله عليه وسلم ما أتم صلاة في سفر قط. والله أعلم.
"Bagi solat Jumaat, ia mestilah dilakukan secara berjemaah didalam masjid, maka tidaklah di wajib keatas musafir, telah sahih dari hadith Ibn Umar ra. bahawa pada hari Jumaat tidak diwajibkan keatas wanita, orang sakit, hamba dan musafir, ini merupakan bab keringanan dan kemudahan, kerana sesungguhnya sedang sibuk dengan urusannya, jauh dari tempat watannya dan tempat tinggalnya dan kecamuknya pemikiran, perbezaan kadar (rates) bagi menentukan permusafirannya selesa, maka Rasulullah saw bersabda :'Permusafiran adalah sebuah azab', secara umumnya permusafiran termasuklah permusafiran sekarang dan dahulu, tidak kira apa perbezaannya, atau perjalanannya yang pelbagai arah, dimana apabila Musafir bersolat Zohor maka dibolehkan keatasnya bersolat secara qasar, bahkan ada kebanyakkan ulama' mewajibkan demikian kerana sesungguhnya Nabi saw tidak bersolat penuh sama sekali pada masa bermusafir".


Kesimpulannya, dibolehkan bermusafir pada hari Jumaat, dan status solat bagi mereka yang bermusafir adalah tidak wajib. Bermusafir disini tidak mengira samada urusan kerja, berehat, melancung dan sebagainya, bak kata Ibn Taimiyah, bermusafir tanpa dikenakan sebarang syarat. WA.

Sekian, wassalam

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya bermusafir pada hari jumaat. Tiba di satu tempat azan jummat berkumandang. Saya menunaikan solat Jumaat. selepas solat jumaat, boleh tak saya buat jamak qasar asar 2 rakaat.
apa dalil nya. wasalam
norazmi@my.ibm.com

Admin said...

W'salam

Musafir pada hari Jumaat sila lihat jawapan

http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2008/12/tidak-boleh-menjamakkan-solat-jumaat.html

IBNU MUSLIM said...

Antara ulama semasa yang menyatakan harus menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar ialah Syeikh A'llamah Ibnu Qu'ud r.a, Syeikh Abdullah bin Jibrin, Syeikh Soleh al-Luhaidan, Syeikh Sulaiman al-'Ulwan, Syeikh Sulaiman al-Majid, Prof Dr. Sa'ud bin Abdullah al-Fanisan dan lain-lain.

Prof. Dr Sa'ud bin Abdullah, prof tafsir dan bekas dekan Fakulti Syariah Universiti al-Imam telah menyatakan bahawa fuqaha mengharuskan jamak solat Jumaat dengan solat Asar. Dalam kajian yang dibuat, beliau telah membawa lima hujah bagi membuktikan pandangan yang menyatakan harus menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar. Untuk melihat kajian yang telah dibuat oleh Prof. Dr Sa'ud dalam permasalahan ini, bolehlah melihatnya di alamat berikut:

http://islamtoday.net/bohooth/artshow-86-108130.htm

Sebagai kesimpulan, menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar merupakan masalah khilaf. Setiap ulama mempunyai pandangannya. Saya cenderung kepada pandangan yang menyatakan keharusan menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar berdasar kajian yang telah dibuat oleh Prof. Dr Sa'ud bin Abdullah al-Fanisan.

Sekian والله أعلم بالصواب

Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS

http://muis.ismaweb.net/2010/07/menjamakkan-solat-jumaat-dengan-solat-asar/

Haikal said...

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya..

Adakah penjelasan yang diberikan di atas turut termasuk untuk orng yang bermusafir selepas fajar hari jumaat? Kerana ada pendapat yang menyatakan seperti di bawah:-

"Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat."


Adakah ini hanya perbezaan pendapat ulama?atau atau ada penjelasannya mengikut situasi tertentu?

harap dapat diperjelaskan..terima kasih :)

Post a Comment