Dec 9, 2008

Ulang Solat Yang Telah DiJamak

Assalamua'laikum ustaz..

Saya ada satu kemusykilan.. :roll:

Ada sebahagian ulama' yg. membenarkan melakukan solat jamak bukan dalam keadaan safar, hujan dan sakit.

Persoalan saya, katakanlah saya solat jamak taqdim zuhur dan asar kerana saya perlu menghadiri satu kuliah yang dijangka memakan masa sehingga ke maghrib.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba kuliah tamat awal iaitu semasa di waktu asar, adakah saya perlu mengulang semula solat zuhur dan asar saya.

Sekian.

==================

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr teman1103 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bagi mereka yang berpegang kepada pandangan Mazhab Hanbali mengenai solat jama', bolehlah menjama'kan solat disebabkan keuzuran yang berlaku; seperti orang yang sakit menjama'kan solatnya, pelajar yang sedang menduduki peperiksaan atau menghadiri kuliah diluar negara terutamanya didalam musim sejuk dimana waktu solat zohor dan Asar agak pendik, maka dilakukan jama' keatas solat tersebut, polis trafik yang menjaga lalu lintas, Doktor yang mejalankan pembedahan yang mungkin memakan masa yang lama dsb.

Untuk maklumat tambahan, berikut adalah url Fatwa Jama' kerana Hajat :-

Dr Yusuf Al-Qardhawi : Fatwa Solat Jama' kerana Hajat
url : http://alahkam2.hamku.com.my/forum2/viewtopic.php?t=9336

Mengenai status solat jama' taqdim didalam keadaan kuliyah tersebut ditamatkan lebih awal dari yang jangka, iaitu pada waktu solat yang kedua masih ada, Apakah Solat Asar tadi perlu di ulang?

Diantara salah satu syarat Solat jama' adalah : Berterusan musafir/uzur/hujan dsb sehingga Takbir al-Ihram bagi solat kedua maka solat tersebut sah, tidak perlu diulang. Jika terhenti musafir/uzur/hujan dsb pada takbir al-ihram pada solat yang kedua, maka tidak sah solat jama' tersebut sebab hilang sebab yang membolehkannya.

Solat jama' taqdim yang sdr nyatakan tadi tidak perlu diulang walaupun kesukaran tadi sudah luput (diakibatkan tiba2 kuliyah menjadi pendek) dengan alasan semasa sdr bersolat taqdim pada Takbir al-Ihram solat yang kedua, sdr masih didalam keadaan orang yang mempunyai hajat. Pada kebiasaannya kita tahu bahawa kuliyah/lecture ini akan mengambil waktu yang panjang yang akan melepasi solat yang kedua.

Persoalan ini sama sahaja didalam keadaan orang yang bermusafir, apabila pulang dari musafir, contohnya dia telah menunaikan Jama' Taqdim Zohor dan Asar, apabila sampai kerumahnya waktu Asar belum habis lagi, maka dia tidak perlu mengulangi solat Asar tersebut. Untuk penjelasan yang selanjutnya, sila baca url dibawah :-

SJ-06-0003 : Jamak taqdim; sampai sebelum luput waktu kedua
url : http://alahkam2.hamku.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26701

Apa yang perlu ditekankan disini adalah, Jama' kerana Hajat ini tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya (seperti Jama' solat untuk tengok pertandingan bola sepak, shopping dsb). Solat jama' kerana hajat ini dipilih pada situasi dimana kita benar-benar tidak mempunyai pilihan, maka syariat Islam mengangkat kesukaran tersebut dengan membenarkan solat di jama'. WA.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Dr Wahbah al-Zuhaily. Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2.cet ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989. ms 356.

0 comments:

Post a Comment