Dec 28, 2008

Solat Qasar Selepas Berjemaah

salam.. ada kawan tanya.. kalau mcm kita dah konfem nak MUSAFIR, pastu kita kuar dari rumah.. kebetulan masuk waktu Zuhr.. kitapun singgah kat masjid yg berdekatan dgn rumah kita utk solat Zuhr berjemaah.. lpas ikut imam smbhyg zuhr secara 'tamam', bleh tak kita sambung jama solat 'asr secara qasar??? kan dah kuar dari rumah dan niat mmg nak musafir jauh!! kira tgh musafir lah tue kan wlupun dekat dgn rumah..??

------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan (dari rakan) af_feirays dengan kadar kemampuan ilmu yang terbatas, Insyaallah,

Diantara syarat-syarat sah memendikkan (qasar) solat adalah "hendaklah musafir melepasi pagar pekan (balad) yang dimulakan permusafirannya" [al-Fiqh al-Manhaji 1/187].

Syarat ini merupakan pandangan jumhur ulama' sebagaimana Imam al-Nawawi rh berkata :

مذهبنا أنه إذا فارق بنيان البلد قصر , ولا يقصر قبل مفارقتها وإن فارق منزله وبهذا قال مالك وأبو حنيفة وأحمد وجماهير العلماء

"Mazhab kami sesungguhnya apabila seseorang melepasi bangunan pekannya maka bolehlah dia qasar, dan tidak boleh qasar sebelum melepasinya, walaupun jika dia baru keluar dari rumahnya. Ini adalah juga kata-kata (Imam) Malik, Abu Hanifah, Ahmad dan jumhur ulama'" [al-Majmu' 4/228].

Pandangan ini berdasarkan hadith Sahih riwayat Imam Bukhari dimana Anas ra. berkata:

حدثنا أبو نعيم قال حدثنا سفيان عن محمد بن المنكدر وإبراهيم بن ميسرة عن أنس رضي الله عنه قال : (صليت الظهر مع النبي صلى الله عليه وسلم بالمدينة أربعا والعصر بذي الحليفة ركعتين).
"Aku bersolat Zohor bersama Nabi saw di Madinah 4 rakaat dan Asar 2 rakaat di ZulHulaifah"

Akan tetapi, Menurut Syiekh Utsaimin rh, dibolehkan bersolat Asar (jama') 4 rakaat (bukan qasar) jika seseorang itu mendapati bahawa agak sukar melakukan Asar selain dari berada didalam kawasan yang dia berada sekarang ini, sepertimana kata beliau :-

ولا يحل لكم أن تجمعوا بين الصلاتين حتى تغادروا البلد إلا أن تخافوا أن لا يتيسر لكم صلاة الثانية أثناء سفركم
"Tidak dibenarkan kepada kamu menjama'kan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan khuatir (takut) akan belaku keadaan yang tidak mudah untuk melakukan solat kedua semasa permusfiran kamu" [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin 15/346].

Kesimpulannya, syarat mengqasar solat bagi musafir adalah melepasi pekan yang beliau tinggal dan ini adalah pandangan jumhur ulama'. WA.

wassalam

0 comments:

Post a Comment