Dec 28, 2008

Solat Jamak Tanpa Sebarang Sebab

Salam,

Apakah benar kita boleh jamak solat zuhur dan asar tanpa sebab? Maksud saya, bukan kerana sakit atau musafir atau trap in a traffic jam. Soalan ini merujuk kepada hadis yg disahihkan oleh al Albani yg menyatakan Rasulullah pernah berbuat demikian.

Harap penjelasan. TQ.

-------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Solat pada sunnahnya adalah mengerjakan 5 waktu pada waktu-waktu yang ditetapkan. Firman Allah swt :-

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [Surah al-Nisaa' : 103]

Didalam Tafsir al-Sa'di menjelaskan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa Solat adalah wajib dan mempunyai masa-masa tertentu mengerjakannya, permulaan dan akhir telah dtetapkan, dan solat hendaklah dikerjakan apabila masuk waktunya sebagaimana surah al-Nisaa' 103. Masanya telah ditetapkan kepada semua umat Islam tidak kira samada muda atau tua, jahil atau alim, dan mereka belajar dari Nabi saw yang bersabda : Solatlah sebagai kamu melihat aku bersolat. [Tafsir al-Sa'di, ms 204]

Sabda Nabi saw : diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :


صلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر ، قال أبو الزبير : فسألت سعيداً – أي : ابن جبير - لم فعل ذلك ؟ فقال : سألت ابن عباس كما سألتني فقال : أراد أن لا يحرج أحداً من أمَّته

"Rasulullah saw menjama'kan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Dia tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim #705].

Hadith ini tidak boleh difahami secara literal sahaja tanpa melihat kepada tafsiran ulama' dan juga hadith-hadith lain. Hadith ini menunjukkan bahawa bukan hanya sebab ketakutan dan hujan sahaja boleh melakukan jama', akan tetapi 'keuzuran' atau 'kesukaran' yang lain juga membolehkan solat dijama'kan, sebagai diakhir hadith diatas menyebut bahawa Nabi saw tidak mahu umatnya menghadapi kesukaran. Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa musyaqqah (kesukaran) itu pelbagai. [al-Sharh al-Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 2/216].

Jumhur ulama' mengatakan bahawa menjama' solat tanpa uzur tidak dibenarkan, bahkan kata Dr Abdullah al-Faqih [Fatwa ID :134] wajib seseorang itu melakukan solat pada waktunya jika tidak ada keuzuran.

Bahkan ulama' mengatakan bahawa hadith diatas ini umum, terdapat hadith-hadith lain yang membuktikan bahawa Nabi saw melakukan solat jama' kerana keuzuran seperti di Peperangan Tabuk, pada Masa Haji Wada' dsb. Terdapat hadith2 yang membenarkan solat jama' semasa permusafiran dan keadaan hujan. Kesemua ini menjelaskan bahawa solat jama' hanya dibenarkan apabila menghadapi kesukaran. WA.

Sekian, wassalam.

1 comments:

Unknown said...

assalam,saya kurang jelas ttng jawapan y diberikan..

"Jumhur ulama' mengatakan bahawa menjama' solat tanpa uzur tidak dibenarkan, bahkan kata Dr Abdullah al-Faqih [Fatwa ID :134] wajib seseorang itu melakukan solat pada waktunya jika tidak ada keuzuran."

adakah 'traffic jammed' tersebut tidak dikira sebagai 1 keuzuran,atau masih ada pilihan y bisa diambil utk mengerjakan nya..

Post a Comment