Dec 19, 2008

Solat Jamak Qasar Dulu-dulu Tak Betul

Assalamualaikum...
Saya sudah memahami sedikit-sebanyak perkara jama' dan qasar tapi adakah perlu diqadha solat yang mana saya lakukan dalam keadaan jahil dahulu seperti kerap kali saya jama'kan dan qasar dalam keadaan yang dikenali al-watan asli. Saya makin risau sebab ramai saudara-mara yang tak ketahui keadaan yang sebenar dan apa yg sy perlu lakukan.
Jasa baik saudara penal hanya Allah jua yang membalasnya.
Wassalam.

Wassalam

alJawab:

Salat jama'-qasar yg anda lakukan dalam keadaan belum sampai ilmu adalah sah dan tidak perlu diulangi. dalilnya:

HR Daruqutni dari Tsauban,
" diangkat hukum dari umatku jika dipaksa, lupa atau tidak sengaja." [albani, sahih aljaami' 4461]
dari Ibn Majah, " sesungguhnya Allah mema'afkan yg tersalah, lupa dan apa yg dilakukan secara terpaksa dari umatku" hadith hasan

sekian

1 comments:

Anonymous said...

Situasi saya mungkin ada sedikit persamaan dgn permasalahan di atas iaitu saya tidak pasti samada dibolehkan jamak dan qasar lebih dari 3 hari atau tidak sedangkan pada hari pertama saya di kampung selepas tiba pada hari semalam saya telah melakukan jamak dan qasar.pada hari kedua hati saya ragu2 samada boleh ataupun tidak saya jamak dan qasar.jadi saya nak tahu samada saya perlu qada ataupun tidak atas kesilapan solat yang telah saya lakukan pada hari pertama.mohon pencerahan daripada admin.terima kasih.

Post a Comment