Dec 28, 2008

Solat Jamak Qasar Di Kampung Sendiri

Salam:

Di sini saya ada kemusykilan. Saya berasal dari klang, dan kini menetap di pahang hampir sepuluh tahun. Kalau saya ingin pulang ke kampung, dalam perjalan pulang ke klang, saya buleh buat solat jamak dan qasar, tp semasa berada dikampung, bolehkah membuat solat jamak dan qasar? Saya agak konfiuse sebab ada rakan saya mengatakan tidak boleh kerana saya berasal dari klang, maka dah sampai klang kelebihan jamak dan qasar dah tiada, betulkah? kekonfiusan ini juga turut dikongsi bersama isteri saya yang pulang ke johor, juga telah menetap di pahang hampir sepuluh tahun.

harap panel al-ahkam dapat memberi tunjuk ajar. Saya dahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

wassalam.

-------
salam,

ini permasalahan dalam pengistilahan watan hakiki (kampung tempat dilahir dan dibesarkan).

di sini ana lampirkan satu pengertian watan dari website PUM...

-------------

Dalam istilah fekah, kampung atau tempat kelahiran ini dikatakan al-Watan al-Asli (الوطن الأصلي) atau tempat asal kita. Manakala tempat belajar (IPTA) tergolong dalam tempat saudari bermastautin atau bermukim yang dinamakan tempat tinggal tetap (محل الإقامة الدائمة) atau ada yang menamakan watan hakiki, yang merupakan tempat tinggalnya, tempat cari rezki atau tempat belajar untuk tempoh yang lama (i.e 1-2 tahun). Jika saudari tiba disekitar tempat bermastautin atau bermukim, maka solat tidak lagi boleh di Qasarkan. Mukim (مُقِيم ) disini dimaksudkan 'saakin' (ساكِن) atau tempat residensi/ tempat tinggal, taman, kolej, dsb.

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=3404

---------------

Para ulama khilaf membicangkan apakah boleh solat sofar di watan asli. Ada yg mengatakan boleh dan ada juga tidak boleh. Kedua2 pendpt ini tidaklah mempunyai dalil yg jelas dalam menetapkan bahwa pendpt merekalah yg benar 100%.

Kalau enta selesa dgn pendpt yg membolehkan, silakan. Demikian juga kalau enta merasakan was2, maka tinggalkanlah dan solat secara tamam yakni penuh.

WA. wassalam

1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...sy blaja di uia gombak dan pulang ke kmpung di tmrloh...adkah sy leh mnjmakkn solt sy slme tmpoh sy brda d mpung.....jika x kbratan leh x email kn jwpn d azyanzayani@ymail.com..krana de pndpt mngtekn tdak bleh,ttpi de jge yg kte blh.....sy amt mmrlukan jwpn trsbut...tq:)

Post a Comment