Dec 9, 2008

Solat Jamak Ketika Peperiksaan

Salam
Saya ada dua permasalahan di sini.
Permasalahan 1: Seorang sahabat terpaksa menduduki peperiksaan dari jam 12 tengahari sehingga jam 6.00pm. waktu zohor masuk pada jam 1.20 dan asar masuk pada jam 4.36ptg.
Soalan:
Bolehkah solat jama' di lakukan di sebabkan ada peperiksaan seperti permasalahan di atas?.

Permasalahan 2: ketika jalan jem (traffic jam) teruk, dan terperangkap hingga melewati waktu solat
Soalan:
Bolehkah kita solat di dalam kenderaan pada waktu tersebut. atau ada kaedah lain untuk permasalahan ini. Jika boleh, bagaimana dengan wudhu' pada masa itu?


Wassalam

Jawab:

Permasalahan 1: Boleh hukumnya. Inilah pendapat Muhammad ibn Sirin, Abu Bakar alQafal, alMundzir (Muhammad bin Ibrahim) dan Abi Ishaq alMarwazi (alKhattabi, Ma'alim asSunan: 1/229)

Dalilnya: HR Abd Razaq al San'ani, alMusanaf: 2/555) dari Ibn Abbas," baginda Nabi saw pernah menjama'kan solat bukan kerana takut atau hujan, tapi baginda tidak mahu menyusahkan umatnya."

alMuhaddith Nasiruddin Abu Abdul Rahman al_Albani (Fatawa Medinah alMunawarah) mengesahkan rukhsah (kelonggaran) ini berdasarkan personal basis (maksudnya terhad kepada masalah individu, di mana meeka yg mengalami kesulitan itu sendiri yg memutuskan tahap kesulitan itu), Imam alKhattabi memetik pendapat Ibn Sirin hajat ini (menghimpunkan solat kerana kesulitan yg mendesak) diambil kerana suatu hajat yg tidak dijadikan suatu kebiasaan).

Permasalahan ke 2: Traffic Jam ini sudah menjadi lumrah warga kota, maka menjadi tanggungjawab seseorang merancang perjalanannya. Kecuali traffic jam yg tidak dijangkakan spt berlaku kemalangan besar dilebuhraya. Maka ia masuk dalam clause "sesuatu hajat yg tidak menjadi kebiasaan" maka boleh dijama'. Tapi jam yg berlaku yg sudah menjadi kebiasaan hidup, maka ia bukan dharurat lagi. WA

0 comments:

Post a Comment