Dec 28, 2008

Solat Jamak Kerana Tugas PRU

Assalamu'alaikum,
Ana mohon ahli panel jawab seberapa segera.

Sekiranya semasa proses undian dan kiraan undi, petugas terpaksa bertugas sehingga melepasi tempoh solat, adakah dibenarkan untuk jamak.

Contohnya, waktu solat Asar adalah hampir pukul 5 petang. Petugas counting agent yang dijadualkan masuk hendaklah sebelum pukul 5pm (cthnya dijadualkan 4pm utk elakkan masalah yg mungkin timbul) disebabkan pukul 5pm adalah masa dimana tempoh mengundi tamat.

Katakanlah, hal ini tidak memungkinkan counting agen solat Asar terlebih dahulu, bolehkah counting agent tersebut solat zohor dan jamak dengan asar lebih awal.

Ini kerana proses kiraan undi mungkin memakan masa sehingga masuk waktu Maghrib. Jadi terdapat kemungkinan solat asar terlepas atau terpaksa tinggalkan bilik kiraan utk solat (contohnya, wuduk telah terbatal utk solat di dalam bilik kiraan). Jika tinggalkan bilik kiraan, terdedah kepada kemungkinan penipuan disebabkan tiada wakil.

Jazakallah.
Wassalam.

-------
Wassalam

al-Jawab (instant):

Hukumnya boleh dan diamalkan dgn meluas dalam madzhab Hanbali dan disahkan oleh syaikhul Islam Ibn Taymiyah, juga disebut dalam Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq, (2/227) pada bab, menjama' kerana ada keperluan.

Dalilnya: Dari Ibn Abbas bin Abdul Muttalib ra:

جمع رسول الله صلى الله عليه وسلم بين الظهر والعصر ، والمغرب والعشاء ، بالمدينة . في غير خوف ولا مطر . ( في حديث وكيع ) قال قلت لابن عباس : لم فعل ذلك ؟ قال : كي لا يحرج أمته . وفي حديث أبي معاوية ، قيل لابن عباس : ما أراد إلى ذلك ؟ قال : أراد أن لا يحرج أمته .

Terjemahnya:

Baginda saw pernah menjama' solat Zuhur + Asr, Maghrib dan Isya' bukan kerana sebab takut atau hujan.. Bila ditanyakan kepada Ibn Abbas atas alasan apa Nabi menjama' solat? Jawab Ibn Abbas, " agar tidak menyukarkan umatnya."

sekian WA

0 comments:

Post a Comment