Ingin Bertanya.
Apa Situasi yang bolehkan kita Solat Jamak, tapi takleh solat Qasar?
-------------------
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr raya2020 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Adalah dibenarkan bagi seseorang yang bukan didalam permusafiran melakukan Solat Jama' jika berlakuknya kesukaran untuk melakukan solat pada waktu tersebut.Perlu diberi perhatian bahawa, Qasar HANYA dibenarkan jika seseorang itu bermusafir sahaja, dengan ertikata lain, kemudahan menjama' Solat lebih luas lagi dari memendekkan Solat (Qasar). Situasi seperti hujan, peperangan dan sebagainya yang merupakan penghalang bagi melakukan solat yg kedua mengizinkan Solat Jama' Taqdim dilakukan. Begitu juga dengan keadaan Solat Jama' kerana Hajat, sebagai contoh, seorang Doktor yang menjalankan pembedahan dari pukul 2:30pm sehingga awal magrib, bolehlah melakukan Solat Jama' Taqdim keatas solat Zohor dan Asar. Begitu juga dengan seorang Polis Trafik yang menjalankan tugas pada waktu tengahari diperbolehkan melakukan Solat Jama' Ta'khir iaitu menjama' solat Zohor dan Asar didalam waktu Asar. Fatwa mengenai Solat Jama' tanpa bermusafir ini telah dibincangkan oleh Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ha. didalam link dibawah ini :-
Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi : Fatwa Solat Jama' kerana Hajat
Dari Ibn Abbas ra berkata :
صلَّى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر ، قال أبو الزبير : فسألت سعيداً – أي : ابن جبير - لم فعل ذلك ؟ فقال : سألت ابن عباس كما سألتني فقال : أراد أن لا يحرج أحداً من أمَّته
"Rasulullah saw bersolat Zohor dan Asar secara jama di Madinah, pada masa tersebut tiada ada ketakutan dan tidak pula bermusafir, berkata Abu Al-Zubair : Aku bertanya Sa'ed - iaitu ibn Jubair - Kenapa dia melakukan begitu? Dia berkata, aku telah bertanya Ibn Abbas soalan yang sama, dan dia berkata, baginda tidak mahu seorang pun dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" - [Hadith riwayat Muslim, #705]
Menurut Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah :
والقصر سببه السفر خاصة لا يجوز في غير السفر وأما الجمع فسببه الحاجة والعذر فإذا احتاج إليه جمع في السفر القصير والطويل وكذلك الجمع للمطر ونحوه وللمرض ونحوه ولغير ذلك من الأسباب فإن المقصود به رفع الحرج عن الأمة .
"Sebab untuk (khusus) Qasar ialah kerana bermusafir, dan tidak boleh selain dari bermusafir (memendikkan solat). Mengenai Jama disebabkan Hajat dan Uzur, maka jika seseorang memerlukan untuk melakukannya, ia boleh menjama;kan solat semasa bermusafir, samada bermusafir jauh dan dekat, dan dia juga boleh menjama' Solat kerana hujan dsb, kerana sakit dsb dan sebab-sebab yg lain, kerana maksud utamanya ialah membuang kesukaran kepada umatnya" - [Majmu' Al-Fataawa, 22/293].
Kesimpulannya, Islam membenarkan umatnya melakukan Solat Jama' tanpa melakukan permusafiran jika berlaku keuzuran didalam menunaikan Solat tersebut, sebagai contoh, hujan, tugas yang berat (Polis, Doktor, Penyelamat dsb). Solat Jama' tanpa bermusafir ini tidak boleh dilakukan dengan Qasar. Kerana Solat Qasar hanya dibenarkan didalam permusfiran. Wallahu 'alam.
wassalam
====================
Rujukan :
1. Mohammad bin Abdul Rahman Qasim. Majmu' Fatawa Shiekh Al-Islam Ibnu Taimiyah - 22 : Solat. Makkah : Percetakan Al-Hukumah, 1969. ms 293.
Dec 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment