Salam
Dalam perjalanan ke rumah kita meniatkan solat jamak takhir krn tak tentu dlm perjalan, mungkin singgah di mana utk beli belah dan sbgnya, kemudian sampai suatu masa krn telah hampir dgn masjid jadi kita niat pula jamak takdim. jadi kita solat jamak takdim.
persoalan saya adakah diterima solat jamak kita itu.
Wassalam
Wassalam
Solat itu sah. Ini kerana tidak disyaratkan kita berniat untuk solat jama' taakhir atau takdim sebelum memulakan safar (perjalanan). Apa yg dimaksudkan niat oleh tuan ADN itu hanyalah planning (perancangan) perjalanan sahaja. Jika di tengah jalan dirasakan lebih memudahkan utk solat takdim, lakukanlah, dan jika dirasakan lebih mudah (convenience) untuk ta'akhir, maka lakukanlah dgn syarat berniat sebelum habis waktu solat yg akan dita'akhirkan itu. WA
Dec 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
assalamualaikum.
saya ingin bertanya ustaz. mengenai sembahyang jamak. saya nak bermusafir. waktu zohor sudah masuk tetapi saya masih dirumah. saya tak sembahyang zohor ketika dirumah . saya jamakkan zoho dan asar apabila dalam perjalanan ataupun sudah tiba destinasi.. adakah boleh dijamakkan. terima kasih
wsalam
solat qasar dibolehkan setelah keluar dari mukim kita. kalau sudah masuk waktu zuhur, perjalanan belum mula, solat tamam (penuh) dulu kemudian bolehlah qasar solat 'asar bila telah keluar mukim dalam perjalanan.
wallahu'alam
boleh tak kalau kita jamak zohor dan asar sebelum perjalanan?
Sama seperti di atas solat qasar atau jamak untuk musafir bermula setelah perjalanan melepasi mukim (daerah) sendiri, bukan di kira dari mana mula0mula berangkat.
Solat zuhur penuh dulu dirumah, kemudian dalam perjalanan boleh qasar (pendekkan) solat 'asar dalam waktu 'asar.
asssalamualaium ustaz..
saya pernah baca solat jamak adalah seperti satu solat iaitu tidak boleh dipisahkan untuk suatu masa yang lama..jadi kalau ikut pendapat ustaz boleh qasar setelah mula perjalanan, ini agak mengelirukan saya kerana telah terpisah masa yang lama..mohon penjelasan ustaz..terima kasih..
Post a Comment