Dec 28, 2008

Masalah Watan Asli Hakiki

Salam

1. kes saya begini. Sya dari Janda baik tempat krja dan tinggal di situ menghantar anak ke asrama di Raub jaraknya 80 km.Pada hari yang sama terus dari Raub ke karak utk menghantar seorang lagi anak di asrama karak -jaraknya 70 km.Dari bentong terus balik rumah di Janda Baik yang jaraknya >< 70km.Bolehkah sya buat jamak takdim/takhir -qasar di mana mana tempat samada di Raub,Karak dan Bentong iaitu pada hal hari yang sama dan jarak dari satu lokasi kelokasi lain seolah
satu pusingan kearah hala balik.Dapatkan penjelasan.

2.Masalah Watan Asli / Hakiki.Saya kurang Jelas.Contoh saya balik dari Bentong tempat kerja ke kampung tempat lahir di segamat johor lebih dua marhalh,tidak di benarkan solat musafir.Adakah maksud disini solat Qasar sahaja atau solat jamak juga,atau Jamak dibenarkan tamam 4 rakaat tanpa qasar kerana apa yang saya baca dlm forum di Al Ahkam banyak menyebut perkataan solat Qasar saja.Maaf kalau saya tak jumpa/kurang teliti.Bagaimana dgn solat sebelum ni,kerana kejahilan sya bila balik kampung solat jamak dan Qasar -2 rakaat.Wajib Qada ke?
3.Berkaitan soalan 2 di atas,jika saya dlm perjalanan dari bentong ke johor bahru ,singgah sebentar /bermalam di kampung segamat .Boleh kah saya jamak qasar di kampung dalam kes ini?

Dapatkan jawapan dan penjelasan dari penal.saya bersyukur bertemu dgn Al Ahkam kerana banyak masalah dan kejahilan terungkai.

terima kasih buat AlAhkam.maaf kalau soalan begini telah ada.

-------
Wassalam

الجواب/ alJawab

1. Jumlah perbatuan (KM) anda pada hari itu ialah 80 + 70 = 150KM. Maka mengikut fiqh Syafi'iyah pun sudah melebihi 83KM (dua marhalah)
Maka dengan itu anda bisa saja melakukan solat secara safar.

2. Watan hakiki adalah istilah dalam madzhab Hanafi yang merujuk kepada tempat kelahiran seseorang, di mana di situ masih ada saudara mara dan kaum kerabat. Seseorang tidak dianggap bermusafir bila pulang semula ke kampung halamannya (Fiqh Islami waa dillatuh jld 2)

Maka anda boleh solat secara musafir di perjalanan dari Bentong-Segamat. Bila anda tiba di Segamat, maka habislah uruf safar anda kerana anda telah pulang ke watan asli anda. Jika sebelum ini anda solat jama'-qasar di kampung anda di Segamat, anda tidak perlu qadha' kerana anda hendaklah mempunyai alasan berbuat demikian, kemungkinan anda mengikut Imam yang lain spt Ibn Taymiyah yang menyatakan safar secara mutlak membolehkan solat secara musafir dilakukan.

3. Adapun perjalanan anda dari Bentong ke JB, maka yang dikira adalah JB bukan Bentong, maka di sepanjang perjalanan itu jika anda singgah sebentar di Segamat, maka anda masih dikira musafir kerana anda tidak berniat akan bermukim di Segamat. Ini kerana yang dikira ialah destinasi sebenar anda ialah JB bukan Segamat. sekian

1 comments:

Anonymous said...

apa erti yang dalam perkataan sembahyang

Post a Comment