Salam ustaz, boleh tolong terangkan berkaitan dengan dua marhalah dalam Islam? pendapat Mazhab-mazhab berkaitan dua marhalah dan berapa km sebenarnya jarak yang dimaksudkan dengan dua marhalah? Terima kasih. Yellow Rolleyes
--------
Wassalam al-Jawab
Dua marhalah adalah kiraan jarak zaman dulu dan ulama' fiqih berselisih dalam 20 pendapat mengenai jarak 2 marhalah tsb. Unit lain dalam pengiraan marhalaha ialah farsakh, barid, mil dan dziraa'.
1 dzira'= 24 jari / 6 qabdhah/ jengkal
1 mil = 4000 dzira' (hasta)
1 farsakh = 3 mil
1 barid = 4 farsakh
1 marhalah = 4 barid
Jadi kalau 2 marhalah = 8 barid,
8 barid ini pun khilaf cara pengiraannya mengikut standard perbatuan hashimi 48 batu atau 60 batu hashimi; juga dikira mengikut standard perjalanan dari Mekah ke Thaif (83KM) atau Mekah ke Jeddah atau Usfan ke Makkah (yg lebih jauh sekitar 120 KM)
Juga berdasarkan perjalanan, dua hari dua malam menaiki unta (syafi'iyah) atau 3 hari tiga malam (hanafiah).
Malaysia mengira 2 marhalah bersamaan dgn 84/85 KM (alMajmuu', 4/322)
adapun Hanafi ialah melebihi 90KM (Fiqh Islami waadillatuh)
Sesungguhnya pengiraan 2 marhalah di zaman silam itu dalam kiraan KM sekarang amatlah mengelirukan. Tapi range 2 marhalah itu ialah melebihi 83 KM. sekian
Dec 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam,
Di sini saya ada sedikit kemusykilan. Maksud 2 marhalah tu merangkumi perjalanan pergi dan balik atau untuk satu hala sahaja? Contohnya, setiap hari saya berulang alik ke tempat kerja dari sepang ke senawang yang meliputi perjalanan melebihi 2 marhalah. Adakah ini dikira 2 marhalah dan dibenarkan solat jama' dan qasa. Sekian terima kasih.
jika jarak perjalan melebihi 92km ia anda layak status musafir....
As salam...
Mohon pencerahan, apakah dibolehkan solat jama' & qasar jika hadir mesyuarat 2 hari di langkawi jika seseorang itu rumahnya terletak di alor setar? Sekian, terima kasih.
Kalau saya berjalan 45 km dan berhenti tidur di hotel satu malam , kemudian saya teruskan perjalan 45 km lagi , adakah saya dikira musafir ? Mohon perjelasan
Kalau saya berjalan 45 km dan berhenti tidur di hotel satu malam , kemudian saya teruskan perjalan 45 km lagi , adakah saya dikira musafir ? Mohon perjelasan
Ye dan tidak.. ya jika total perjalanan lebih 2 marhalah.. tidak jika total perjalanan kurang 2 marhalah.. dalam bab solat jama', harus bila bermusafir dgn niat yg baik.. wallahu'alam
Boleh saya solat jamak dan qosar jika bercuti dilangkawi 3hr 2mlm tinggal di chenang
Post a Comment