Dec 9, 2008

Jamak Dan Qasar Setiap Hari

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya kpd ikhwah semua tentang isu berikut:

Setiap hari, saya perlu travel dari rumah ke tempat kerja sejauh 200 km (pergi-balik).

Kalau mengikut syarat-syarat yg membolehkan solat jamak & qasar; iaitu jarak (melebihi 2 marhalah) dan niat (pergi cari rezeki) saya rasa dah boleh jamak & qasar.

Cuma kegusaran saya hanya kerana kekerapan melakukan jamak & qasar.

Jika berpegang kepada syarat ini, dalam seminggu hanya Sabtu & Ahad sajalah saya dapat bersolat secara biasa.

Harap pihak tuan dapat memberi nasihat mengenai perkara ini, takut pegangan yg saya ambil ini sebenarnya salah.

terima kasih

=================

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr etsar dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Jarak 100km merupakan satu jarak yang membolehkan seseorang itu menqasar dan menjama'kan solat. Jumhur ulama' mengatakan bahawa jarak yang membolehkan seseorang itu menqasar solat adalah 48 batu (77.232km, dimana 1 batu bersamaan 1.609km). Menurut Ibn Qudamah rh dalam kitabnya al-Mughni :-

مَذْهَبُ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ ( يعني الإمام أحمد ) أَنَّ الْقَصْرَ لا يَجُوزُ فِي أَقَلِّ مِنْ سِتَّةَ عَشَرَ فَرْسَخًا , وَالْفَرْسَخُ : ثَلاثَةُ أَمْيَالٍ , فَيَكُونُ ثَمَانِيَةً وَأَرْبَعِينَ مِيلا . وَقَدْ قَدَرَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ , فَقَالَ : مِنْ عُسْفَانَ إلَى مَكَّةَ ، وَمِنْ الطَّائِفِ إلَى مَكَّةَ ، وَمِنْ جُدَّةَ إلَى مَكَّةَ .
فَعَلَى هَذَا تَكُونُ مَسَافَةُ الْقَصْرِ يَوْمَيْنِ قَاصِدَيْنِ . وَهَذَا قَوْلُ ابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ عُمَرَ . وَإِلَيْهِ ذَهَبَ مَالِكٌ , وَاللَّيْثُ , وَالشَّافِعِيُّ .

"Mazhab Abu Abdullah (iaitu Imam Ahmad) mengatakan bahawa tidak boleh memendikkan solat bagi jarak yang kurang dari 16 farsakhs, dan satu farsah : bersamaan 3 batu, maka jadilah jaraknya 48batu. Ini merupakan jangkaan Ibn Abbas ra, Beliau berkata : (jaraknya adalah ) dari 'Usfaan ke Makkah, dari Thaaif ke Makkah, atau dari Jeddah ke Makkah. Maka berdasarkan ini maka jarak yang dibenarkan memendekkan solat adalah 2 hari menuju kearah destinasi. Ini merupakan pandangan Ibn Abbas ra. dan Ibn Umar, dan pandangan Malik, al-Laith dan al-Syafie. "

Maka dapat disimpulkan bahawa adalah jarak yang membolehkan qasar solat adalah lebih kurang 80km. Barangsiapa yang mencapai perjalanan 48batu ini dibenarkan / digalakkan keatasnya menqasar solat walaupun tiada terdapat kesukaran.

Persoalan sdr etsar berkenaan dengan bermusafir dan menqasar solat pada setiap hari2 kerja pernah dijawab oleh Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Berikut saya petik fatwanya :

أقطع مسافة 40 ميلا تقريبا بالسيارة للذهاب إلى عملي خلال أيام العمل الأسبوعية (من الأثنين إلى الجمعة) ، وأغادر المناطق المحيطة بمدينتي . وأعود إلى بيتي يوميا في المساء . فهل يجوز أن أقصر الصلوات في العمل وإن كنت أسافر كل يوم.

"Soalan : saya bermusafir lebih kurang 40 batu untuk bekerja dengan kereta setiap hari Isnin hingga Jumaat, meninggalkan pemandangan bandarku. Saya akan pulang setiap hari pada petang harinya. Bolehkah saya menqasarkan solat ditempat kerja walaupun saya bermusafir setiap hari?"

إذا سافر الإنسان عن بلده مسافة 100 كم ، أو ما يقاربها ، فإنه يعمل بأحكام السفر من القصر ، والفطر والجمع بين الصلاتين ، والمسح على الخفين ثلاثة أيام ، لأنّ هذه المسافة تعتبر مسافة سفرٍ، وهكذا لو سافر 80 كم أو ما يقارب ذلك فإنها تعتبر مسافة قصر عند جمهور أهل العلم .

"Jawapan : Alhamdulillah. Jika seseorang itu bermusafir 100km dari rumahnya, atau lebih kurangnya, sesungguhnya boleh menjalankan peraturan bermusafir dengan memendikkan solat, tidak berpuasa, menjama'kan solatnya dan mengesat setokin (didalam wudhu') selama 3 hari, kerana jarak tersebut dianggap sedang bermusafir, Sama juga ditujukan jika ia bermusafir 80km atau lebih kurang; itu yang dikatakan jarak membolehkan seseorang bersolat qasar menurut majoriti ulama'" [Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, Fataawa Ismaiyyah, 1/400]

Cuma apa yang kita bangkitkan disini adalah dari segi persoalan yang mana lebih afdal; Solat Jama' dan Qasar ataupun Qasar tanpa Jama' dengan bersolat pada waktunya? Ulama' melihat bahawa Solat pada waktunya merupakan seafdal2 solat; maka digalakkan menqasar solat sahaja tanpa jama'; sebagaimana pandangan Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah rh. Menurut Syiekh Ibn Utsamin rh :-

الأفضل للمسافر النازل أن لا يجمع ، وإن جمع فلا بأس إلا أن يكون في حاجة إلى الجمع إما لشدة تعبه ليستريح ، أو لمشقة طلب الماء عليه لكل وقت ونحو ذلك ، فإن الأفضل له الجمع واتباع الرخصة.
وأما المسافر السائر فالأفضل له الجمع بين الظهر والعصر وبين المغرب والعشاء ـ حسب الأيسر له ـ إما جمع تقديم ، يقدم الثانية في وقت الأولى ، وإما جمع تأخير يؤخر الأولى إلى وقت الثانية

"Adalah lebih afdal bagi mereka yang bermusafir berhenti (di dalam perjalanannya) dan tidak menjama'kan solat, akan tetapi jika ia menjama'kan solat maka tidaklah menjadi satu kesalahan, akan tetapi jika dia perlu menjama'kan solat kerana penat dan memerlukan rehat, atau sukar untuk mendapatkan air, dll, didalam kes ini adalah lebih afdal dia menjama'kan solat dan mengikuti ruhsah (kemudahan) tersebut. Akan tetapi bagi musafir yang berada diatas jalan, maka adalah lebih baik menjama'kan Zohor dan Asar dan Maghrib dan Isya', didalam keadaan yang memudahkannya, samada Jama' Taqdim, melakukan solat kedua didalam waktu pertama, atau Jama' Ta'khir, mengakhirkan solat yang pertama didalam waktu yang kedua" -[Mawaaqiit al-Salaah, ms 26].

Lanjutan bab Jama' dan Qasar boleh dirujuk pada URl berikut :-

SJ-06-0004 : Solat Qasar tanpa jama'
URL : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26776

Wallahu A'lam, wassalam

0 comments:

Post a Comment